Jumaat, 11 Februari 2011

Zainal Aznam : Sime Darby balik ke Malaysia perjuangan siapa?

Oleh Ujang Saiful Bahari





SAYA menerima satu sms dari seorang kenalan. Tulisnya, “Sime Darby dibawa balik ke Malaysia perjuangan siapa?
“Bukankah usaha Tun Ghafar Baba dan perjuangan Umno?”
Di mana Zainal Aznam dan tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika itu?
Begitu besar perjuangan orang politik dan apabila ada anak-anak Melayu yang tidak terjun ke arena politik di beri peluang di Sime Darby, mereka menghancurkan segala-galanya.
Apakah busuk sangat orang politik kepada Zainal Aznam Mohd Yusof dan Tengku Zafrul Abdul Aziz?
Satu lagi sms yang saya terima menyebut, jika Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tidak menyingkirkan Zainal Aznam dari menjadi Anggota Panel Penasihat Ekonomi Negara (NEAC), dibimbangi (meminjam kata-kata Zainal Aznam pasaran bimbang) dia akan menyalurkan segala-gala apa yang dia tahu perbincangan berlaku dalam NEAC kepada pihak yang tidak setuju dengan kerajaan.
Kepercayaan perkara ini berlaku ialah kerana nada yang dihamburkan oleh Zainal Aznam seolah-olah sama dengan suara yang dihamburkan oleh Pas, melalui Harakah dan beberapa orang-orangnya termasuk Mazlan Aliman dan Idris Ahmad.
Untuk membuktikan Zainal Aznam akan melakukan perkara ini memang tidak ada, tetapi dibimbangi ia akan berlaku kerana rata-rata melihat dari kenyataannya, seolah-olah dia hanya bersuara tetapi bukan suaranya, sebaliknya suara parti pembangkang.
Lebih teruk lagi, kalau Zainal Aznam ini kawan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Zainal Aznam menyuarakan hasratnya untuk melihat pengharaman dilakukan terhadap orang politik daripada dilantik menerajui GLC.
Paling dia bimbang, dengan perlantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad akan menyebabkan pasaran bimbang.
Rakyat dan ahli-ahli Umno pula bimbang jika Zainal Aznam ini kawan kepada Anwar Ibrahim.
Ramai juga yang bimbang, kalau Zainal Aznam ini sebenarnya pengkhianat. Walaupun tidak dapat dibuktikan pengkhianatannya itu tetapi dibimbangi ia akan menjadi pengkhianat.
Ini bukan tuduhan yang Zainal Aznam ini pengkhianat tetapi dibimbangi akhirnya dia akan menjadi pengkhianat.
Tiba-tiba, dia menyerang Mohd Isa. Apa dosa Mohd Isa kepada Zainal Aznam tidak diketahui. Kalau hanya kerana dia khuatir pasaran bimbang, ramai juga yang bimbang jika Zainal Aznam akhirnya diketahui mempunyai agenda tersembunyi.
Zainal Aznam ini terlibat menubuhkan Felda? Tengku Zafrul terlibat menjadikan Felda begitu besar dan hebat sekarang?
Kalau kedua-dua nama ini tidak terlibat langsung dengan Felda, kenapa mereka berdua tiba-tiba melahirkan rasa sayangnya kepada pasaran hingga menyebut perlantikan Mohd Isa sebagai “hari yang menyedihkan”?
Tahukah Zainal Aznam dan Tengku Zafrul bahawa rakyat cukup bimbang apabila mereka melihat ada orang Melayu yang bersikap kurang ajar dengan menyerang pemimpin mereka sendiri.
Orang Melayu risau jika sikap dan sifat kedua-dua yang dibimbangi menjadi pengkhianat ini akan diteladani oleh mereka yang cetek fikirannya.
Adalah lebih elok jika Zainal Aznam mencari kerja di luar negara, jika dia masih laku dan ada pihak yang mahu menerimanya.
Anwar Ibrahim sendiri pernah ke luar negara kerana dilantik menjadi Penasihat Ekonomi kepada beberapa kerajaan Arab. Sejauh mana kejayaan Anwar tidak pula diketahui.
Apakah Zainal Aznam mahu mencadangkan negara-negara lain menubuhkan Felda dan dia sendiri menawarkan diri menjadi Pengerusi Felda di negara lain?
Malulah Zainal Aznam yang digambarkan sebagai pakar ekonomi apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mempertahankan perlantikan orang politik mengetuai GLC.
Kalau Zainal Aznam ada maruah, sepatutnya dia yang juga dilantik oleh orang politik untuk menjadi terkenal sebagai Anggota Panel Penasihat Ekonomi Negara, bolehlah melepaskan jawatannya sekarang.
Kata orang, terlajak perahu boleh diundur, telajak kata buruk padahnya. Bijak pandai ada berkata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merana. Berundurlah Zainal Aznam dan Tengku Zafrul yang merasakan dia terlalu hebat di Maybank Investment, cuba-cubalah cerminkan muka sendiri apakah dia lebih baik dari Mohd Isa?
Masalah Tengku Zafrul ini ialah, dia bercakap tidak berpandukan nasihat orang-orang tua, cakap siang pandang-pandang, cakap malam, dengar-dengar.
Pihak di atas Maybank perlulah melihat keperluan mengekalkan Tengku Zafrul sebagai CEO di maybank Investment.
Kenapa budak ini begitu celupar? Kenapa budak ini begitu biadap? Mengapa budak ini agak gelojoh bila bercakap?
Tidak siapa boleh mengesahkan budak ini berkawan dengan Anwar Ibrahim atau tidak. Tidak ada siapa juga boleh memberitahu, Anwar Ibrahim sukakan budak ini atau tidak. Yang pastinya, suara Tengku Zafrul, yang suatu ketika dahulu bekerja di Tune Money macam suara pemimpin parti pembangkang.
DAP mungkin sukakan Tengku Zafrul ini. Pas juga mungkin sedang meninjau-ninjau kalau-kalau Tengku Zafrul berminat dengan parti mereka.
Namun, Tengku Zafrul juga barangkali sedang diperhatikan oleh PKR kerana ….ops…tak mahu cakaplah!
Perjuangan Umno mahu mengeluarkan rakyat dari kejahilan. Perjuangan Umno ialah mahu meninggikan syiar Islam. Perjuangan Umno ialah mahu membebaskan rakyat dari kemiskinan.
Malangnya, mereka yang jahil, apabila sudah celik matanya, bukan menjadi manusia yang tahu berterima kasih sebaliknya menjadi pengkritik yang hebat.
Apakah kerana dua kerat manusia yang dilihat tidak begitu matang akhirnya rakyat akan beranggapan bahawa orang Melayu tidak boleh dibantu untuk belajar hingga pandai. Bila mereka pandai, akhirnya mereka merasakan diri mereka lebih pandai dari orang lain.
Hingga mereka mahu mengajak Perdana Menteri supaya tidak melantik orang politik mengetuai GLC sedangkan Perdana Menteri sendiri adalah orang politik yang tidak habis-habis memperjuangkan nasib anak bangsanya.

3 ulasan:

jangan macam tu berkata...

sapa2 yang terjumpa lahanat ni boleh lah menampar muka dia....gampang punya pondan

tongkosong berkata...

Such a stupid write up. Even the first line contains a factual error. Ghafar responsible for the Dawn Raid? Come on lah!

Cheguman berkata...

Tongkosong... Memang tongkosong. Bersembunyi dlm tongkosong dan bersuara dari dlm tongkosong.

Ha ha ha. Klu nak tunjukbwajah pun tak berani, renti je le...