Jumaat, 25 Mei 2012

Aziz Bari: Apa Lagi?

Oleh: Safiah Musa
SAYA mungkin silap. Tetapi apa yang saya faham, bekas pensyarah UIA, Aziz Bari nampaknya tidak habis-habis mahu menyokong kebiadapan. Terbaru, dalam Harakah Edisi Jumaat, dia menulis satu artikel bertajuk Bila Perdana Menteri kena jerit di London. Kepada Aziz Bari, kita nak tanya, “apa lagi”… Apa lagi yang dia tak puashati ni? Kalau nak sokong ada seorang dua yang menjerit di majlis Perdana Menteri, apakah buta matanya tidak nampak ada ribuan yang mahu mendengar ucapan Perdana Menteri di London? Kenapa nak sokong kerja gila seorang dua yang kononnya bertanya haknya sebagai pengundi di negara ini? Saya juga lama duduk di luar negara mengikut suami bekerja. Bila sampai pilihan raya, kadang-kadang saya balik mengundi dan kadang-kadang, saya tak balik. Tengok kemampuan dan masa (cuti suami) ketika itu. Ada orang Malaysia, duduk di Malaysia, mendaftar sebagai pengundi pun tidak. Inilah sepatutnya yang Aziz Bari perjuangkan. Bukan jeritan secara biadap di majlis Perdana Menteri yang patut dia besar-besarkan. Ia sebenarnya berpunca dari hati. Kalau hati sudah busuk, ada niat nak dengki dan memang tak boleh tengok orang lain senang, macam-macam akan mereka lakukan. Aziz Bari ada penyakit busuk hati ke? Saya rasa tidak ada tetapi cara dia menulis tu, seolah-olah busuk betul hatinya kepada Perdana Menteri dan Umno yang mana Datuk Seri Mohd Najib adalah Presidennya kini. Ada rakyat Malaysia, dia mendaftar sebagai pengundi, tetapi dia tak pergi mengundi kerana dia memang jenis tidak ambil peduli. Maka, apa sangat dengan mereka yang duduk di London, kerana dia seorang berdua, SPR perlu sediakan dia tempat mengundi. Apa hal? Kalau macam tu, orang yang mengundi di Johor, kalau dia duduk di Perlis, SPR kena pi sediakan pusat mengundi untuk dia? Kalau nak menggunakan hak mengundi, baliklah mengundi. Kalau tak ada tambang, tak payah bising-bisinglah. Sendiri kena fikirlah! Aziz Bari yang kini giat beri ceramah baik melalui pentas pembangkang atau Forum Hal Ehwal Islam di merata-rata tempat, menulis kononnya kisah jeritan yang dilakukan terhadap Perdana Menteri di London itu “begitu mendapat perhatian”. Perhatian ni Aziz Bari ada dua. Satu perhatian yang positif dan satu lagi perhatian yang “orang meluat”. Yang pastinya ramai yang meluat kerana orang biadap ni samalah dengan orang yang berbogel di khalayak ramai. Memang dia dapat perhatian tetapi, ia sebenarnya cukup memalukan! Saya percaya Aziz Bari tidak akan beri perhatian yang wajar kepada orang yang berbogel di khalayak ramai. Mungkin apa yang saya percaya ini tidak sama dengan apa yang Aziz Bari mahukan. Saya pun tidak mahu “apa yang saya percaya, sama dengan apa yang Aziz Bari percaya”. Jadi, cukup-cukuplah! Apa lagi onar yang hendak dibuat terhadap Perdana Menteri? Beri beliau peluang memerintah negara ini dan tegurlah secara berhemah. Tulis surat kepadanya jika ada apa-apa yang hendak disampaikan. Atau, gunakan laman-laman tweeter atau FB untuk berhubung dengannya. Mudah-mudahan, kita semua menjadi manusia yang dapat mempertahankan kemerdekaan negara ini. Yang pastinya bukan Aziz Bari yang memerdekakan negara ini dari penjajah dan yang pastinya, Aziz Bari pernah bekerja di UIA, sebuah universiti yang ditubuhkan oleh mereka yang juga pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN). Dipetik dari http://rahmank.com/
Berita Selanjutnya >>

Rabu, 16 Mei 2012

Azmin nak PRU 13 diadakan segera

Oleh Ahmad Haji Ishak

SEBENARNYA YB Mohamad Azmin Ali dalam keadaan “demam”. Dia demam kerana macam-macam sudah terdedah sekarang. Bukan sahaja kisah “selingkoh” tetai masalah paling hina dalam hidupnya ialah “emaknya sendiri” mendakwa dia sudah tidak datang menjenguknya sejak sembilan bulan lalu. Emaknya sendiri kecewa dengan apa yang berlaku dan mengungkit betapa kecewanya dia kerana anak sendiri tidak memperdulikannya walaupun sudah hidup senang lenang sekarang, kerana terlalu sayangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kemudian, keluar pula gambar-gambar selingkoh seorang lelaki yang wajahnya salin tak tumpah wajah YB Mohamad Azmin Ali. Kebetulan, Mohamad Azmin dipetik sebagai berkata, itu semua taktik Umno untuk menghancurkan politik seseorang sepertinya. Dia tidak menafikan gambar lelaki mirip wajahnya itu adalah wajahnya sendiri. Saya tidak tahu kalau dia ada menafikan tetapi saya tidak terbaca tetapi yang saya tahu ialah dia tidak menafikan. Ada kawan-kawan lamanya ajak dia bersumpah lanat di Masjid Negara untuk menafikan dakwaan itu, tetapi YB Mohamad azmin tidak menghadirkan diri. Bagi orang PKR, cerita selingkoh ini tidak penting. Mereka tetap menyokong kalau pun gambar lelaki itu adalah YB Mohamad Azmin. Bagi mereka, semua mereka akan masuk syurga kerana PKR menyokong PAS dalam PRU “sebab” undi PAS akan dijamin masuk syurga. Itu janji ulama politik mereka. Kesihan orang PKR. Semua hal mereka halalkan kerana mereka “sudah tersesat jauh”. Mulut mereka sentiasa memaki hamun. Yang baik pun, tapi tidak menguntungkan PKR, mereka akan kata tak baik. Benda yang tak baik pun, asalkan ia dilakukan oleh PKR dan pemimpin mereka, mereka akan kata itulah yang baik dan dapat pahala di akhirat. Kenapa mereka kata begitu? Kerana mereka ini adalah penyokong LGBT. Mereka berketuakan orang-orang yang mengaku Islam tetapi bertopengkan “syaitan”. Di mana Anwar Ibrahim bersholat Jumaat? Siapa ada terjumpa Anwar Ibrahim sholat Jumaat? Dulu, dia pernah naik mimbar baca khutbah. Sekarang kenapa dia tak buat lagi? Dalam kehidupan ini, betul seperti senikata sebuah lagu nasyid, Islam ni buat agama diwarisi... kita kena belajar walaupun kita dilahirkan sebagai orang islam. Kerana kita beribu bapakan Islam. Tetapi tugas menuntut ilmu adalah wajib bagi kita. Janganlah kerana kita dilahirkan dari keluarga ustaz, kononnya kita lebih “alim” dari orang lain. Kalau benarlah Anwar Ibrahim yang ada dalam video yang tersebar luas bersama pelacur China itu, kalau benarlah Azmin yang bersama perempuan di dalam tandas seperti yang tersebar itu, sepatutnya semua pengikutnya (termasuk yang menyokong LGBT) wajib meninggalkan mereka, meninggalkan PKR. Parti ini sesat sebenarnya. Sampai hari ini, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abd Rahim Tamby Chik hairan mengapa Anwar tidak menyaman Datuk T yang bertanggungjawab mendedahkan video Anwar dengan pelacur China itu. Bukan Tan Sri Rahim sahaja yang hairan, tetapi ungka dan monyet juga turut kehairanan kerana Anwar tidak bertindak sedemikian. Betul kata Tan Sri Abd Rahim, selagi Anwar tidak bertindak mempertahankan dirinya itu, ibarat Anwar sekarang sedang berbogel di khalayak ramai. Malangnya, para penyokong PAS seronok “menyaksikan” Anwar berbogel, seperti kata Tan Sri Abd Rahim. Dulu, ada seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizeberth Wong juga ada gambar “separuh bogel”. Bukan main ribut Menteri Besar Selangor mempertahankannya. Kononnya YB Eli ni suci walaupun suci dalam debu. Dalam bab YB Azmin dan YB Anwar Ibrahim, Tan Sri Khalid Ibrahim seperti tidak berminat untuk memberi sokongan sebagaimana dia menyokong YB Eli dulu. Kenapa jadi macam ni? Dalam hal ini, saya tabik betul kepada beberapa pemipin PKR yang lain, yang lebih awal membuat keputusan untuk meninggalkan PKR. Mereka sudah nampak apa yang ada di depan mereka dan mereka tidak mahu berketuakan seseorang yang sentiasa berbogel di khalayak ramai kecuali masyarakat PKR semuanya sedang berbogel sekarang ini. Tentulah Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin mula terfikir, jika dia membaca artikel ini, apakah orang ramai juga menganggap dia sednag berbogel... oh tidak! Janganlah berbogel.... tidak menutup aurat, misalannya tidak memakai tudung pun Zuraidah marah-marah orang lain di khalayak ramai, inilkan pula berbogel di khalayak ramai. Tapi, kalau Azmin dan Anwar, mungkin Zuraidah akan pertahankan kerana Zuraidah takut kehilangan kerusi dan tidak terpilih menjadi calon lagi. Azmin, bila nak balik jumpa emak? Azmin, bila nak tinggalkan Anwar Ibrahim. Azmin, bila nak suruh Anwar pakai seluar dan baju supaya tidak terus berbogel?
Berita Selanjutnya >>

Selasa, 15 Mei 2012

Pembangkang sekarang ni takut dengan “tunggul”

Oleh Zainal Yusof
PEMBANGKANG kini bukan sahaja takut dengan bekas Ketua Polis Negara (IGP), Tun Mohamad Hanif Omar, malahan jika tunggul kayu pun diletakkan sebagai Pengerusi Panel Penasihat Bebas menyiasat demontrasi Bersih 3.0. Ini kerana mereka bimbang terdedah segala-galanya, apa yang mereka rancang, termasuk usaha memburuk-burukkan polis dan pasukan keselamatan yang mengawal kententeraman awam sepanjang Himpunan Bersih 3.0. Kalau Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak takut dengan gertakan Anwar Ibrahim dan Salahuddin Ayub, beliau tidak perlu gusar dengan perlantikan Tun Mohamad Hanif ini. Berilah kepercayaan kepada beliau untuk mengetuai panel ini kerana “kerajaan tidak perlu tunduk” kepada pembangkang kerana kerajaan sekarang ada mewakili suara majoriti manakala pembangkang pula mewakili suara minoriti. Anwar Ibrahim memang sudah pasti tidak menyokong perlantikan Mohamad Hanif kerana dia tahu Mohamad Hanif banyak tahu rahsia kehidupannya selama ini dan inilah yang amat-amat ditakutinya. Bagi Anwar, jika boleh dia mahukan itik atau angsa mengetuai panel ini kerana itik dan angsa boleh disuruh bercakap ikut cakap pembangkang. Jadi, kalau semua perlantikan mahu dibuat mesti mendapat persetujuan Anwar Ibrahim, lebih baiklah Menteri Dalam Negeri meletakan jawatan. Harapan suara majoriti nampaknya tidak menjadi keutamaan kerana “pihak yang mejoriti ini” senyap sebaliknya, yang minoriti sentiasa bising. Mereka yang menyokong pembangkang sebenarnya cukup-cukup takut dengan Mohamad Hanif. Dulu, ada desas-desus mengatakan Perdana Menteri bercadang melantik Tun Mohamad Hanif sebagai Senator dan melantiknya menjadi Menteri Dalam Negeri. Namun, desas-desus itu senyap begitu sahaja. Kalaulah Tun Mohamad Hanif dilantik menjadi Menteri Dalam Negeri, rasanya ada yang terkencing dalam seluar. Maklumlah, Tun Mohamad Hanif bukan sebarangan pegawai polis. Banyak benda yang beliau tahu dan banyak hal yang beliau sudah memaklumkan kepada Tun Dr Mahathir ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri. Begitu juga dengan Tan Sri Abd Rahim Noor, seorang lagi bekas IGP. Kalau beliau diberi peranan penting dalam hal-hal keselamatan negara, rasanya ada pihak yang demam tak kebah. Maklumlah, Rahim juga mempunyai banyak pengalaman mengenai Anwar Ibrahim dan beberapa orang pemimpin pembangkang. Jadi, kalau Menteri Dalam Negeri bercadang mahu menukar Tun Mohamad Hanif dari jawatan tersebut, lantiklah Tan Sri Abd Rahim Noor. Mudah-mudahan, dengan pertukaran itu tidak menyebabkan Anwar Ibrahim dan Salahuddin Ayob yang secara terang-terang membantah perlantikan Tun Mohamad Hanif akan “melarikan diri” ke Kedutaan Turki dengan dakwaan kononnya ada usaha membunuhnya. Malangnya, bagi penyokong PKR, telinga mereka sudah pekak. Mata mereka sudah buta. Mereka tidak mahu bertindak meninggalkan Anwar dan Pas kerana bagi mereka “menyokong Anwar dan Pas akan membawa mereka ke syurga”. Mereka ke surau-surau belajar agama sekarang ini, sentiasa mendengar hasutan dari ustaz-ustaz palsu kononnya menentang Umno dapat pahala dan menyokong Pas masuk syurga. Kesihannya dengan pengikut-pengikut PKR dan Pas. Mereka “setengah masak”. Mereka tidak pintar dan tidak dapat menerima kebenaran. Ada seorang Timbalan Menteri yang bertindak seperti budak tidak berapa cerdik dalam Umno, Datuk Saifuddin Abdullah juga dikatakan tidak bersetuju dengan perlantikan Mohamad Hanif. Timbalan Menteri yang bertindak seperti budak tidak berapa cerdik ini mungkin mahukan Hishammuddin bertanya kepadanya terlebih dahulu sebelum membuat perlantikan. Kesihannya Umno mempunyai seorang “timbalan menteri” yang macam lulus darjah enam sekolah rendah. Malangnya Perdana Menteri (PM) Mohd Najib Tun Abd Razak yang mengekalkan Timbalan Menteri yang kurang cerdik ini sebagai anggota kerajaan. Boleh buang sahaja dia. Cukuplah menjadi seorang Timbalan Menteri yang “tidak berfungsi” langsung demi pembangunan mahasiswa universiti dan melahirkan anak-anak Melayu cemerlang. Lebih baik lantik sahaja bekas-bekas IGP ini ke jawatan yang sedang disandang oleh Hishammuddin dan Saifuddin jika mereka ini terus menerus menjadi “gunting dalam lipatan”.
Berita Selanjutnya >>

Ahad, 6 Mei 2012

Azmin... pulanglah!

Oleh Wan Yusoff Haji Wan Ngah
SATU sahaja yang hendak saya nasihatkan YB Mohamad Azmin Haji Ali.... pulanglah! Jumpa ibu dan minta maaf. Masiha ada ruang untuk berbaik dan bermaaf-maafan. Jangan ikutkan hati. Ini bukan isu politik. Ini isu antara ibu dan anak. Kita dilahirkan oleh ibu kita dan kita tidak jadi seperti kita hari ini tanpa ibu kita yang terlalu banyak berjasa kepada kita. Jangan merujuk dengan Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam hal seperti ini. Jangan merujuk dengan Datuk Ambiga dalam kes seperti ini. Jangan bertanya dengan Mat Sabu dalam hal ibu dan anak. Tanya hati sendiri. Tenangkan fikiran dan ingat, kita tidak menongkat langit. Satu sahaja perkataan yang paling sesuai buat YB ialah pulanglah! Kalau malu, bawa balik anak dan isteri sekali. Ibu akan sejuk hati melihat cucu-cucunya. Mohon maaf dari ibu. Tidak kemana kita ni tanpa restu dan doa dari ibu. Apa yang kita kejar sebenarnya dalam hidup ini jika bukan syurga di akhirat kelak? Saya tidak berniat untuk mengajar YB Azmin. Ibumu Hajah Che Tom Yahaya merinduimu sebenarnya. Mustahil dendam tak berkesudahan. Ingat! Dalam kes seperti ini, usah merujuk kepada Nik Aziz, Ambiga atau Mat Sabu.... juga jangan sesekali merujuk dengan Subky Latif. Benar! YB sekarang sudah berjaya. Benar! YB sekarang sudah jadi YB. Sudah jadi Ahli Parlimen, sudah jadi ADUN dan sudah jadi Timbalan Presiden PKR. Tidak lama lagi, dapat jadi Presiden PKR dan mungkin juga akan dapat jadi macam-macam lagi, termasuk mungkin dapat jadi Menteri Besar Selangor kalau apa yang dirancangkan menjadi. Tetapi selagi YB tak selesaikan masalah YB dengan emak sendiri, YB tidak menjadi manusia dan pemimpin yang baik. YB hanya akan dipandang keji di mata masyarakat. Mana ada agama di dunia membenarkan anak menderhaka kepada emak sendiri. Berlinang airmata emak bila YB tak balik ke rumah sejak sembilan bulan lalu. Sampai emak YB sebut, dia mengandungkan YB selama sembilan bulan 10 hari.... maknanya, dia sudah terlalu sedih dengan apa yang YB lakukan. YB mungkin mempunyai alasan YB sendiri, lagi-lagi adik-beradik YB memainkan peranan besar yang menyebabkan YB sukar untuk pulang ke rumah. Pedulikan semua itu. Pulanglah! Nanti, macam-macam lagi akan keluar. Bukan setakat gambar dalam tandas, atas sofa dan sebagainya, malahan, banyak lagi bukti akan keluar. Bila airmata emak dah keluar, bukan sahaja YB akan dimalukan, malahan saya yakin YB akhirnya akan terkeluar dan mungkin di hujung-hujungnya “masuk ke dalam”. Masuk ke dalam mana? Tentulah YB fahamkan. Saya dengar macam-macam cerita mengenai YB semasa YB jadi SUSK Menteri Kewangan dulu. Ketika itu, siapa yang boleh melawan kehendak dan keinginan YB. Banyak juga YB diberikan hadiah jam tangan yang mahal-mahal, selain dari macam-macam pemberian dari mereka yang berkehendakkan “masa untuk berjumpa Datuk Seri Anwar Ibrahim”. Waktu itu, jika dkira logik akal, mana mungkin YB Datuk Seri Anwar boleh masuk penjara. Tetapi, kuasa Allah, siapalah yang tahu. Jadi, sebelum YB “masuk ke dalam”.... saya nak ulang sekali lagi, apapun fahaman politik YB, apa pun perjuangan YB, siapa pun YB dan tinggi mana pun pangkat YB, pulanglah! Jumpalah emak dan mohon maaf darinya. Ziarahlah pusara arwah ayah yang tidak jauh dari rumah emak! Mungkin tiada sesiapa dalam PKR yang berani menasihatkan YB. Mungkin juga tiada siapa dalam PAS yang sedia menasihatkan YB dalam hal ini. Tiada siapa dalam DAP yang mahu berkata benar dalam bab hubungan antara anak dan emaknya ini, tetapi saya, saya tetap mahu YB pulang ke pangkuan emak, walau apa pun alasannya. Perkara ni susah dan berat. Pertama, kerana ia sudah diketahui umum. Tak apalah. Tanggunglah. Melayu ni mudah lupa. Dulu, YB ada keluarkan kata-kata kesat kat Tun Dr Mahathir Mohamad. YB mungkin terlepas cakap, tetapi inilah kesan dan akibatnya kerana saya difahamkan, jasa Tun Dr Mahathir juga besar kepada kehidupan YB. Saya tidak bersetuju YB meninggalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Datuk Seri Anwar pun tidak mampu kehilangan YB. Saya yakin, kalau YB meninggalkan Datuk Seri Anwar, boleh meroyan salah seorang daripada Yb atau Datuk Seri Anwar. Ini mungkin berlaku kerana YB sekarang adalah ibarat Datuk Seri Anwar dan datuk Seri Anwar sekarang, ibarat YB Azmin. Kedua-duanya saling bantu membantu dan saling perlu memerlukan. Opph! Saya sudah tersentuh soal politik pula. Bila tersentuh soal politik, nanti ada orang ingat ini kes politik. Tidak, ini bukan kes politik. Ini kes YB dengan emak YB sendiri. Kalau emak masih sihat, ajak emak ke Makkah. Buat umrah. Kalau emak tak mahu pergi, ajak kakak-kakak dan ipar duai sekali. Berbaik-baiklah. Tapi, yang penting, senangkan hati emak. Yang lain-lain tu, macam pelakon tambahan aje... ada pun ok tak ada pun ok. Janagn saman Utusan Malaysia pula kerana mengeluarkan cerita ni. Kesihan kat Utusan Malaysia, asyik kena saman aje. Tetapi jasa Utusan Malaysia juga besar kepada YB kerana dengan pendedahan Utusan Malaysia ini, maka YB yang mungkin sedang terlupa disebabkan kemewahan hidup dan kuasa yang ada, boleh ingat semula. Semua manusia pernah melakukan kesilapan. Bumi mana yang tak ditimpa hujan. Yang paling penting, kita bila dah tersedar melakukan kesilapan, cepat-cepat bertaubat dan memohon maaf kepada insan yang perlu kita minta maaf. Kawan-kawan YB dah lama marahkan YB kerana perubahan sikap YB sejak kebelakangan ini. Ingat tak YB kenapa Datuk S Nallakarupan bertindak meninggalkan PKR? Tentulah kerana YB terlalu “dimanjakan” oleh Datuk Seri Anwar. Akhirnya, Datuk Seri Anwar terpaksa menahan dan menepis pelbagai serangan dari sahabat lamanya Datuk nalla. Kerana apa, kerana kasih dan sayangnya kepada YB. Oleh itu, pulanglah YB ke pangkuan emak!
Berita Selanjutnya >>

Sabtu, 5 Mei 2012

Kalau saya jadi Khalid Ismath...

Oleh Zamzuri Damanhuri
POLIS sudah menahan seorang pelajar UiTM, Khalid Ismath, 22 tahun yang menulis dalam FB nya, mahu membunuh polis. Khabarnya, bukan main marah bapanya, kerana anaknya bukan “mat rempit”. Saya kesihan dengan bapa pelajar ini kerana dia tidak sedar bahawa anaknya yang bernama Khalid lebih bahaya dari “mat rempit” yang dia minta polis tangkap itu. Kalau saya menjadi Khalid, saya tidak akan babitkan emak dan bapa saya untuk berdepan dengan polis yang hendak saya bunuh. Kalau saya, saya pergi seorang diri ke mana-mana balai polis kerana ini yang dikehendaki polis. Kalau polis nak tangkap saya, silakan kerana saya tidak pernah takut dengan polis yang saya nak bunuh kesemuanya. Apa barang bila bercakap tidak ikut akal. Tapi bila nak ke balai polis, ajak emak, ajak bapa, ajak peguam dan ajak macam-macam orang mengiringi. Takut ke? Macam mana nak bunuh polis kalau diri sendiri penakut. Ada sekeping gambar, Khalid Ismath dilihat memegang tulisan “menuntut kebebasan akademik”. Saya tidak berminat untuk mengulas perkara ini kerana sayang anggap mereka yang tidak berpuashati dengan sistem akademik di Malaysia, sepatutnya menyambung pelajaran di luar negara. Apa barang, bila belajar di UiTM yang kerajaan bagi subsidi, masih ada rasa tak puashati? Apa masalah budak ni? Kalau saya tak silap, UiTM ada 200,000 penuntut dalam satu-satu masa. Kalau ada seratus dua yang tidak bersetuju, kemaslah tikar bantal, belahlah! Kenapa nak menghasut pelajar-pelajar lain supaya jadi sepertinya? Nak jadi hero, bukan cara ini. Belajarlah pandai-pandai. Capailah keputusan cemerlang. Bandingkan keputusan sendiri dengan keputusan anak-anak bangsa lain. Bukan buat perangai nak bunuh polis. Dalam hidup kita, tidak ada sesiapa yang tidak pernah “makan budi” dengan polis. Yang marah polis hanyalah komunis. Kalau kita tidak termakan ideologi komunis, mustahil kita nak bunuh polis. Apa hal nak bunuh polis? Apakah kalau kita berurusan dengan JKR, apabila kita tidak puashati dengan kakitangan JKR, kita nak bunuh semua kakitangan JKR? Apakah kalau kita berurusan dengan kedua ibu bapa kita, kalau ada perkara yang kita tidak puashati, kita akan seru supaya bunuh kedua ibu bapa kita? Inikah yang kita belajar selama ini? Kita nak jadi apa sebenarnya? Khalid Ismath kena ingat, mempertahankan kerajaan yang terlalu banyak berjasa kepada kita, kepada kedua ibu bapa kita dan kawan-kawan kita, juga adalah “hero”. Amatlah tersilap jika dia beranggapan bahawa jika menentang kerajaan sahaja menjadi hero sedangkan hakikatnya, dia terlupa bertanya kepada dirinya “apakah sumbangan aku kepada negara aku?’ Kalau kita tidak ada sumbangan apa-apa, janganlah kita pula nak bunuh polis yang banyak menyumbang kepada sebuah negara aman damai seperti Malaysia yang kita tumpangi ini. Malaysia negara kita tetapi Malaysia juga negara kepada 28 juta penduduk lain. Kalau kita benci sangat dengan Malaysia, kita kena ingat, ada jutaan manusia lain amat mencintai Malaysia. Kalau kita nak berlawan dengan polis yang banyak menyumbang kepada keamanan negara ini, kena kenalah bersedia untuk berdepan dengan pelbagai masalah kerana ada jutaan manusia yang masih memerlukan sumbangan dan kehadiran polis dalam kehidupan sehari-harian. Kalau Khalid Ismath dan bapanya tidak percaya yang jutaan manusia memerlukan khidmat polis, pergilah ke mana-mana balai polis di seluruh negara. Setiap saat, ada sahaja manusia yang akan berada di balai polis kerana berurusan dengan polis. Adakah kerana polis memerlukan kehadiran mereka itu? Jawapannya, sebahagian besar yang hadir itu adalah dari kalangan yang memerlukan khidmat polis. Sebagai pelajar universiti, kenapa ini pun Khalid tidak boleh faham? Macam mana Khalid dididik sebelum ini? Kenapa budak ni jadi rosak seperti ini? Adakah dia berfahaman seperti Hitler yang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebut baru-baru ini? Kalau nak jadi Hitler, masuklah tentera..... Saya nak tengok VC UiTM Datuk Sahol Hamid Abu Bakar berani bertindak atau tidak terhadap Khalid Ismath. Maklumlah, ada VC yang tahu pelajar-pelajarnya terlibat dengan gerakan komunis seperti ini, masih menyerahkan kepada Menteri Pengajian Tinggi , Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang mengambil tindakan. Itulah sebabnya, apabila ada pelajar universiti berkhemah di Dataran Merdeka, tiada apa-apa tindakan diambil terhadap budak-budak ini. Itulah sebabnya, apabila ada pelajar-pelajar universiti menghantar batu nisan ke Pejabat Menteri Pengajian Tinggi, tidak kedengaran langsung tindakan diambil terhadap mereka ini. Saya juga ingin mendengar apakah tindakan pelajar-pelajar UPSI yang berguling dan berhimpun di atas jalan raya kerana berdemontrasi tidak lama dahulu diambil tindakan. Selagi VC main selamat dan tidak memperdulikan semua ini, akan berlaku lagi masalah-masalah seperti ini, kerana pelajar-pelajar ini tahu bahawa universiti tempat mereka belajar tidak mampu berbuat apa-apa. Inikah bakal pemimpin masa depan? Atau inilah bakal penyangak yang akan mengetuai tunjuk perasaan bila-bila masa sahaja, dengan syarat ada “orang yang anti Islam” mengarahkannya. Kesihannya budak-budak Melayu seperti ini.... mereka tidak cerdik dan mereka tidak bijak. Mereka jadi bodoh dan mudah diperbodohkan kerana ada pemimpin yang menjadi idola mereka sedia menjadi kuda tunggangan DAP.
Berita Selanjutnya >>