.jpg)
YAN – Berhari-hari saya meronda kawasan Dewan Undangan
Negeri (DUN) Sungai Limau, yang terletak di bawah Parlimen Jerai.
Apa yang saya nampak, Ibu Pejabat Umno tidak “cekap
mengendalikan” pilihan raya kecil.
Ibu pejabat ni, termasuklah Setiausaha Agung, Ketua
Penerangan dan Bendahari.
Walaupun saya difahamkan, Bilik Gerakan BN kali ini cukup
kecil bajet yang digunakan, tetapi ia tidak menjanjikan kemenangan kepada
calonnya.
Selama ini, jika diserahkan kepada Ibu Pejabat Umno
menguruskan Bilik Gerakan (CC), jutaan RM dihabiskan kerana “ada buaya” yang
mengganggakan mulut, menelan sebanyak mungkin RM kepunyaan parti.
Kali ini, Badan Perhubungan Umno Kedah melakukan sendiri,
tanpa kerjasama terus dari Ibu pejabat. Ini cerita yang saya dengar.
Betul atau tidak, saya tidak pasti tetapi saya puji sikap
Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah.
Malangnya, penceramah politik yang disediakan di sepanjang
kempen berlangsung, amat mengecewakan.
Saya sempat mendengar beberapa ceramah dari mereka yang
bergelar Ustaz, berserban dan berkopiah tetapi ceramah mereka, amat-amat
mengecewakan.
Atas alasan apa, Ibu Pejabat memilih penceramah-penceramah
ini, saya tidak pasti tetapi, saya dengar dari pengundi-pengundi sendiri, mereka
bosan dengan cara ceramah yang diberikan.
Sepatutnya, Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah melantik
seorang cukup berpengalaman sebagai “pengarah” pilihan raya ini walaupun
jawatan ini mungkin dipegang oleh Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan MB Kedah,
Datuk Paduka Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Tenaga anak-anak muda sepatutnya digunakan sepenuhnya
sebagai jentera dan tiada seorang pun yang tertinggal.
Wanitanya, tidak boleh dibiarkan tanpa apa-apa tugas.
Puterinya, patut diberikan tanggungjawab yang lebih berkesan.
Kalau ada sesiapa ingin datang membantu, terima dengan dada
terbuka dan bukan menolak dengan perkiraan wang ringgit.
Yang penting, BN menang. Selepas menang, barulah berkira.
Kalau berkira, dalam masa yang sama menghabiskan banyak wang untuk hal-hal
lain, akhirnya “kerugian” juga.
Beritahu kepada mana-mana ketua bahagian yang mahu datang ke
Sungai Limau, bahawa mereka mesti ada tugas yang mesti dipikul.
Kalau sekadar datang untuk tunjuk muka kepada pemimpin
kerajaan, elok nasihatkan mereka supaya ke Siam .
Yang tidak pandai berceramah, datanglah untuk meramaikan
hadirin dan memberi sokongan moral.
Bagi-bagi tempat supaya semua PDM nampak meriah dan penduduk
kampong, pengundi dan orang ramai disantuni (bersambung) (DHI) .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan