Oleh Saiful Malek Muda
KENYATAAN tokoh akademik Prof Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim bahawa ahli politik yang berkebolehan layak untuk mengetuai sesebuah syarikat milik kerajaan (GLC) kerana latar belakang dalam bidang berkenaan bukan penghalang untuk mereka melaksanakan tanggungjawab yang dipikul sekaligus menolak pandangan budak-budak lembut bernama Tengku Zadrul Tengku Abdul Aziz dan Zainal Aznam Mohd Yusof, Auww!
Prof Kay Kim berkata, adalah tidak wajar sekiranya seseorang individu yang berkelayakan untuk mentadbir sesebuah GLC dilarang berbuat demikian hanya kerana beliau merupakan seorang ahli politik.
Utusan Malaysia 11hb Februari 2011 melaporkan perkara yang harus dilihat dalam diri seseorang individu ialah kebolehan yang dimiliki dan intergriti yang ditunjukkannya.
“Tidak menjadi satu masalah sekiranya individu tersebut merupakan seorang ahli politik. Apa yang penting ialah kebolehan beliau untuk menerajui GLC berkenaan sebaik mungkin.
“Kebolehan itu yang harus dititikberatkan daripada memandang kepada status beliau sama ada beliau ahli politik atau tidak,” katanya.
Prof. Kay Kim seterusnya berkata, tindakan melantik ahli politik mengetuai syarikat tidak mendatangkan sebarang masalah kerana individu dilantik itu tidak akan terpilih sekiranya tidak memiliki kelayakan yang diperlukan.
“Bukan semua ahli politik tidak berkemampuan untuk mengetuai GLC. Ada di antara mereka yang sememangnya layak memegang jawatan itu.
Mereka memiliki pengalaman dan itu aspek penting yang perlu ada di dalam diri seseorang pemimpin selain kelayakan akademik.
Harap-harap Tengku Zafrul yang dikatakan patner kepada Kalimullah Hassan dan Zainal Aznam yang didakwa sebagai budak Tun Daim Zainuddin, Auww! Membaca kenyataan Prof Kay Kim, seorang tokoh akademik bukan Melayu yang berpandangan lebih cerdik dari budak-budak berdua ini.
Kedua-dua budak yang dilihat mendabik dada macam orang yang hebat sangat sepatutnya malu dengan kenyataan dari Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, kenyataan Prof Kay Kim dan kenyataan terbaru dari bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menunjukkan kedua-dua budak-budak lembut ini tidak usahlah lagi menjadi anggota panel mana-mana forum kerana ‘mereka kurang seposen untuk cukupkan seringgit’.
Jauh sangat pemikiran kedua-dua budak-budak ini, walaupun khabarnya emak Tengku Zahrul adalah bekas pegawai kanan kerajaan di EPU dan Tengku Zafrul didakwa terlibat dalam membuat proposal mahu menyenaraikan Felda ke Bursa Saham beberapa tahun yang lalu.
Ramai juga yang sedang menanti dengan penuh debar, cabaran Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad untuk mengetahui sejauh mana kehebatan kedua-dua budak lembut ini, hingga mahu mengharamkan orang politik daripada mengetuai GLC di Malaysia.
Ketika Presiden Syarikat Terbaru PC Air di Thailand Peter Chan sedang mengambil golongan Mak Nyah sebagai krew penerbangan, sepatutnya Tengku Zafrul dan Zainal Aznam memohon bekerja dengan syarikat ini.
Jika ada sesiapa yang mengatakan kedua-dua budak ini tidak mempunyai roh Melayu, mungkin mereka berdua suka dan mungkin juga tidak. Tetapi, nampak sangat mereka berdua berbangga bila dapat menghina Mohd Isa kononnya kerana Mohd Isa pernah terpalit dengan rasuah ketika pemilihan Umno beberapa tahun yang lalu.
Apakah berdua mahu Mohd Isa dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana melanggar tata etika pemilihan Umno? Atau mereka berdua ini mahu Mohd Isa dikenakan hukuman gantung sampai mati atau mereka berdua mahu mencadangkan supaya Umno menambah satu fasa dalam Perlembagaan Umno supaya mana-mana ahlinya yang didapati bersalah, dibuang negeri?
Pertanyaan timbul di sini, apakah yang mereka berdua mahukan? Mereka mahu memimpin Umno? Mereka benci orang politik? Mereka meluat dengan Umno? Mereka tidak pernah mahu menyokong Umno atau mereka sebenarnya membawa suara pembangkang?
Ada beberapa blog menganggap bahawa jawapan-jawapan yang dilihat mempertahankan Mohd Isa sebagai ‘kerja-kerja pencacai Mohd Isa’ tetapi hakikatnya, semua jawapan ini untuk mempertahankan kebenaran.
Orang politik bukan terlalu buruk seperti yang cuba digambarkan oleh mereka yang mendapat pelbagai kemudahan sejak bersekolah dan melanjutkan pelajaran tinggi.
Tengku Zafrul dan Zainal Aznam usah terpersona dengan cerita seorang anak peneroka bernama Mazlan Aliman yang kononnya Mohd Isa berhenti dari jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan kerana terpalit isu ladang babi.
Yang pastinya, Mazlan Aliman kena tahu bahawa antara pemimpin Pas yang melawat ladang babi di Negeri Sembilan, hanya kerana mahu mencari pengaruh ialah Nik Abd Aziz Nik Mat.
Mohd Isa pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun, di manakah Tengku Zafrul 22 tahun yang lalu?
Ketika Mohd Isa mula-mula menjadi Exco Kerajaan Negeri Sembilan, Zainal Aznam sudah membina apa di Malaysia?
Jadi, sebelum bercakap, Tengku Zafrul walaupun suatu ketika dahulu dia dikatakan cukup berpengaruh dengan orang-orang tertentu dalam kerajaan era kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi, perlulah mengetahui apakah kesan dan risiko dari apa yang dihamburkannya.
Begitu juga Zainal Aznam. Walaupun dia sayangkan bangsa lain mungkin melebihi dari dia sayangkan bangsa Melayu, tetapi apabila dia memilih untuk mengajar Perdana Menteri supaya tidak melantik orang politik menjadi Pengerusi GLC, dia kenalah bersedia digugat dan digit Auww…oleh orang-orang Umno.
Zainal Aznam mungkin tidak risau dengan perlantikan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajudin Abd Rahman sebagai Pengerusi Felcra dan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik sebagai Pengerusi RISDA, tetapi nampaknya dia macam tidak boleh tidur malam bila Mohd Isa dilantik menjadi Pengerusi Felda.
Auww!, kenapa ya…Auww…ada apa yang terbuku di hatinya….Auww, Auww, Auww!
Terima kasih Prof Kay Kim kerana orang cerdik sahaja yang boleh mengajak orang yang kurang cerdik dan orang yang buat-buat cerdik. Auww!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan