Oleh Hassan Md Hussein (
SENGAJA saya mengambil masa yang agak panjang untuk mengulas tulisan Tan Sri Abdullah Ahmad (Dolah Kok Lanas) yang bertajuk Mesyuarat khas Pas harus ulangi tiada kerjasama dengan Umno – Sinar Harian Rabu, 28 Oktober 2009.
Ketika membaca tulisan itu, terdetik di fikiran saya mengatakan Dolah Kok Lanas ini mempunyai dendam kepada Umno dan kepimpinannya dan ada benda yang tak selesai dalam hati dan perasannya sejak dia kehilangan jawatan di NST, suatu ketika dahulu.
Tidak dapat tidak, setiap tulisannya, dia akan mengaitkan dirinya dengan Allahyarham Tun Razak Hussein, bekas Perdana Menteri Malaysia yang kedua, kerana Dolah Kok Lanas pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Tun Razak.
Kadang-kadang, bila membaca tulisan Dolah Kok Lanas, seolah-olah banyak benda sangat yang Dolah Kok Lanas buat untuk Negara dan sekaligus membuat kita terfikir seolah-olah Tun Razak banyak sangat bergantung kepada Dolah Kok Lanas dalam mentadbir negara, mengilhamkan kerajaan campuran dan beberapa hal lain.
Nak kita tanya kepada Tun Razak, Tun Razak sudah tidak ada lagi. Nak tanya dengan siapa hal ini, memang tiada siapa yang akan menjawab dengan jawapan yang tepat kecuali cerita-cerita hasil tulisan Dolah Kok Lanas yang cukup-cukup saya sangsikan sejak dia diberhentikan dari NST.
Sebenarnya, Nik Aziz Nik Mat bukan mendesak supaya diadakan EGM sebaliknya mencadangkan kepada Pas supaya mencari jalan bagi membersihkan dua tiga kerat pemimpin Pas yang menimbulkan persoalan di hati kecil Menteri Besar Kelantan ini.
Kalau Dolah Kok Lanas meneliti semula kata-kata Nik Aziz, kata-katanya hanya cadangan. “Kalau nak ikut, buatlah EGM, kalau tak mahu ikut, tak apalah,” itulah lebih kurang kata Nik Aziz kepada wartawan dan suara Nik Aziz yang agak perlahan kerana usianya yang lanjut itu turut disiarkan di kaca TV.
Ini bukannya desakan. Kenapa Dolah Kok Lanas menyifatkan hal ini sebagai desakan? Siapa yang terdesak sebenarnya dalam isu ini? Adakah Dolah Kok Lanas terdesak sekarang kerana orang sudah tidak memperdulikannya lagi dalam beberapa isu dan pandangan politik?
Dolah Kok Lanas seolah-olah risau jika Pas menukar pendirian, dari tidak mahu mengadakan kerjasama dengan Umno kepada mahu. Kononnya, Dolah menganggap, jika berlaku kerjasama antara Pas dengan Umno, ia bukan memberi faedah kepada rakyat tetapi faedah kepada beberapa kerat pemimpin sahaja.
Dolah Kok Lanas percaya, pemimpin Umno yang mahukan kerjasama antara Pas dengan Umno adalah mereka yang mempunyai agenda politik mereka sendiri.
Bagi sesiapa yang kenal dengan Dolah Kok Lanas ini, mereka pasti tahu ‘dunia politiknya’ penuh dengan agenda. Dia sering menulis untuk memberitahu ‘dunia’ bahawa dialah satu-satunya orang yang jauh lebih pandai dari orang lain.
Padahal, kelulusannya, pencapaiannya dan kerja buat yang pernah dia jalankan, tiada lain dari mengatakan dialah orang yang ‘menyebabkan’ Tun Razak menjadi Perdana Menteri yang hebat.
Memang betul Tun Razak menjadi Perdana Menteri yang jauh lebih hebat dari Perdana Menteri sebelum dan selepasnya tetapi janganlah kerana kita mahu menceritakan kehebatan Tun Razak, kita
Begitu juga Dolah Kok Lanas. Jika dia mahu menceritakan kepada dunia yang dia hebat, janganlah dia
Kalau mahu dibandingkan Dolah Kok Lanas dengan Tan Sri Annuar Musa sekalipun, jauh sangat hebat Annuar dari Dolah. Cuma, Dolah sudah berjaya menulis dan mencemarkan imej Annuar di mata ramai dengan kisah-kisah harta bertimbun, rasuah dan sebagainya.
Dalam bahasa mudah, untuk menjulang namanya, dia terpaksa memijak kepala orang lain. Hari ini, Annuar memimpin pasukan bolasepak Kelantan. Sentuhannya sudah menjadi dengan pasukan Kelantan menjadi pasukan yang cukup digeruni.
Apakah Dolah Kok Lanas mampu melakukan seperti apa yang Annuar lakukan?
Berbalik kepada tulisannya di Sinar Harian, sebagai orang Islam, Dolah Kok Lanas sepatutnya berusaha melihat Pas dan Umno bekerjasama. Tidak kiralah kerjasama itu nantinya akan memenuhi agenda siapa pun dalam Pas dan Umno, yang pentingnya, umat Islam dan orang Melayu boleh bekerjasama walaupun berlainan ideologi politik mereka.
Tapi, apalah yang mahu dihairankan dengan Dolah Kok Lanas…dia pernah dikaitkan dengan komunis walaupun dia sudah menafikannya dan pernah ditahan di bawah ISA kerana dikatakan terlibat dengan fahaman komunis.
1 ulasan:
Saya bersetuju dengan pandangan tuan/puan. Banyak tulisan DKL ini saya tak setuju. Ada org kata dia ni pengampu nombor wahid. Wallahuaklam.
Catat Ulasan