Ahad, 27 September 2009

Sudahkah Mubin berhenti menangis?


Oleh Wan Yusof Hj Wan Ngah

NEGERI Terengganu memang cukup terkenal dengan kisah penyu menangis. Setiap kali penyu bertelur, airmatanya berlinangan. Ini yang dikatakan penyu menangis.

Tapi kisah kali ini bukan kisah penyu menangis. Kisah yang hendak ditulis di sini, ada cerita mengatakan penuls atau blogger Abdul Mubin Ismail @ bekas PA kepada YB Datuk Din Adam, bekas Exco Belia dan Sukan Negeri dan ADUN Bukit Besi, Dungun dikhabarkan menangis tidak berhenti-henti menjelang sambutan Hari Raya Aidil Fitri.

Sama ada betul atau tidak kisah yang dikhabarkan ini, tiada siapa yang tahu kerana menangis, bukan setakat menitiskan airmata tetapi ada yang lebih teruk, menangis di dalam dada, yang tiada siapa nampak seseorang itu menangis, kecuali empunya diri.

Kalaulah (diulang: kalaulah) betul Abdul Mubin yang selama ini melalui tulisan-tulisannya, melalui blognya, http://jaranganakmelayu.blogspot.com cukup hebat menghina sesiapa sahaja yang dilihatnya menyokong dan menyatakan pendirian mahu bersama kepimpinan YAB Datuk Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu, tidak sepatutnya hiba menyambut kedatangan Syawal yang mulia.

Layarilah semula tulisan-tulisannya dalam entri terdahulu…hingga dia meramalkan yang Datuk Ahmad Said…jeng-jeng-jeng! …menunggu hari untuk digugurkan dari jawatan Menteri Besar Terengganu, sebaik sahaja Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tidak mengekalkan Datuk Ahmad Said sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu.

Ada seorang kenalan memberitahu, Abdul Mubin yang terlalu hiba ini juga kuat menyerang bekas Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Datuk Dr. Rosli Mat Hassan kerana menggunakan gelaran Doktor (Dr) di pangkal namanya, seolah-olah gelaran itu tidak layak digunapakai.

Tahap kebencian Abdul Mubin terhadap Datuk Rosli terlalu tinggi. Seolah-olah Datuk Rosli ada menghinanya atau pernah melukakan hatinya. Tetapi, ada satu sumber yang entah boleh dipercayai atau tidak memberitahu, Abdul Mubin marahkan Datuk Rosli kerana Datuk Rosli Berjaya mengalahkan Datuk Din Adam ketika merebut jawatan Ketua Umno Bahagian Dungun.

Hari ini, ketika Abdul Mubin bersedih kerana Datuk Din Adam yang dikatakan ‘bersaiz pendek’ sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai. Barangkali dia tidak berkata begitu tetapi, maksudnya lebih kurang bergitulah. Pusing-pusing, dengan bahasa yang mudah difahami, orang yang bersaiz macam Datuk Din Adam, memang tidak boleh dipercayai!

Saya rasa amat kesihan dengan Datuk Din Adam apabila Abdul Mubin menulis sedemikian. Kerana apa saya kesihankan kepada Datuk Din Adam ialah kerana saya percaya saiz tinggi atau rendah seseorang bukan atas kehendak dirinya sendiri kecuali ketentuan Illahi. Kenapa saiz menjadi KPI buat Abdul Mubin? Jika abdul Mubin mash bersedih, saya boleh menerimanya. Tetapi kalau masih menangis dan menitiskan airmata kerana perubahan sikap Datuk Din Adam, saya tidak dapat menerima dan mempercayainya. Apakah tidak, ‘sedangkan anak sungai pun berubah, inikan pula hati orang’. Lagipun, Datuk Din Adam yang mungkin memasang cita-cita ingin menjadi Menteri Besar Terengganu, yang mungkin juga bercita-cita mahu kembali menjadi Exco Kerajaan Negeri Terengganu dan mungkin lagi, mahu kekal sebagai ADUN Bukit Besi, memang patutnya berubah.

Berubah demi kebaikan tidak mengapa kerana jika dulu dia tersilap langkah, menolak perlawaan untuk menjadi Exco Belia dan Sukan dari YAB Datuk Ahmad Said, tetapi dia menolak melalui orang lain, kerana mungkin (diulang: mungkin, mungkin, mungkin) dia masih dalam keadaan terkejut kerana Sultan Terengganu tidak menerima cadangan pucuk pimpinan parti supaya Datuk Seri Idris Jusoh dikekalkan sebagai Menteri Besar Terengganu.

Jadi, demi menjaga hati dan tidak mahu nampak sangat dia tidak tahu berterima kasih kepada bekas bossnya ini, maka dia tidak mahu menerima tawaran menjadi Exco. Hari ini, mungkin dia menyesal dan mungkin juga dia tidak. Tetapi, dia sudah mengambil masa yang agak panjang memikirkan, untung dan rugi jika dia terus menerus ‘melawan arus’ hingga ada orang menyifatkannya sebagai penderhaka kepada Sultan Terengganu.

Datuk Ahmad Said sudah tentu tidak ada masalah untuk memaafkan seseorang yang sudah mengakui kesilapannya, tetapi jangan mudah melupakan perbuatan dan angkara mereka. Bukan mahu berdendam tetapi setiap luka yang sembuh, parutnya tetap ada.

Din sendiri tentunya tidak dapat menerima cerita SMS bernada ugutan yang diterimanya dulu, dengan dakwaan kononnya SUSK Menteri Besar Terengganu terlibat tetapi apabila pihak polis menyiasat sumber datangnya SMS itu, barulah diketahui yang kena dakwa adalah bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Ramzi Mohd Zuber yang terseret ke mahkamah.

Banyak lagi yang Din Adam boleh tengok dengan mata dan kepalanya…termasuklah kisah runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.

Jika kisah keruntuhan ini selain dari kebocoran kolam renang di Pusat Akuatik dan melayangnya bumbung Lapangan Terbang Sultan Mahmud masih tidak memberi kesedaran kepada mereka yang selama ini memuja-muji kepimpinan Datuk Seri Idris Jusoh, bermakna mereka memang sudah ditutupkan pintu hatinya oleh Allah SWT!

Kalau Abdul Mubin masih menangis kerana kesedihan dengan tingkah laku Datuk Din Adam, berhentilah menghabiskan airmata itu. Cukuplah! Tetapi kalau Abdul Mubin tidak pernah menangis dengan kisah Din Adam ini, hentikanlah segala bentuk penulisan yang menghina seseorang kerana kita belum tentu lebih mulia dari mereka yang berada di sebelah sana.

1 ulasan:

anak bukit besi berkata...

Dan semalam seharusnya menjadi hari yg paling menghibakan Mubin...jeng jeng jeng. Ini kerana Datuk Dr Jepun In Bracket yg senantiasa dihinakan itu memperlihatkan keutuhan jiwa yg besar apabila Datuk Pok mengarahkan sebahagian besar org2nya turut hadir di majlis Sambutan Eid Fitri di Pej DUN di simapng Bukit Besi. Kalau hubungan Mubin masih elok ngan Din Adam, mohonlah sekeping dua gambar Din memeluk Pok Rosli semalam di majlis tersebut. Mata rakyat memandang betapa luhur dan budi pekerti Pok Rosli yg tidak sekali2 menuding jarinya kpd setiap kesilapan Din Adam walau apa jua serangan yg diajukan. Tersengeh bangga dan tergezutt Din Adam dan org2nya melihat kehadiran rombongan pok Rosli bersama AJK Bahagian termasuk SUB Rosli Daud, Ketua Pemuda Azahar Jambol bersama AJKnya dan juga Ketua Puteri. Turut hadir YB MAtulidi dan YB Zaabar. Tidak kelihatan YB Zakaria (Paka...mungkin jua turut menangis bersama Mubin barangkali... Itulah politik org Melayu. Andai yg menyua tangan kita harus menyambutnya tanpa prasangka. Namun bagai yg dikata tuan, yg terluka mungkin sembuh tapi parutnya tetap ada. Semuanya Hanya ALlah Yg Maha Mengetahui. Usahlah Din Adam dan kawan2 yg lain coba menghalang kerja-kerja Tuhan. Berusahalah dan bekerjalah untuk kebaikan..rakyat didahulukan. Yg pasti, semalam mungkin hari yg paling bermakna untuk seorang insan kerdil yg bernama Din Adam. Org kanan Din Adam berkata semoga semua yg berlaku ini menjadi suatu harapan...kat cikgu Man Rantau Panjang.