Jumaat, 28 Ogos 2009

Khabar angin sudah menjadi ‘berita penting’


Oleh Wan Yusof Hj Wan Ngah

RUPA-RUPA, yang diterbitkan sebuah portal berita mengenai ada ‘pertemuan antara wakil rakyat Umno dengan Penasihat PKR’ masih belum habis diperkatakan.
Terbaru, ketua kepada kumpulan yang membokiot persidangan DUN Terengganu dahulu, Datuk Seri Idris Jusoh mengesahkan cakap-cakap ADUN Ajil, Datuk Rosol Abdul Wahid sebagai benar bahawa mereka tidak akan melompat parti.
Semalam, Menteri Besar Terengganu yang menjadi mangsa keadaan kemelut politik Terengganu, Datuk Ahmad Said sudah membayangkan Umno dan BN semakin kuat di Terengganu dan ADUN-ADUN yang pernah memboikot sidang DUN kini sudah berubah sikap, hadir penuh.
Inilah buruknya politik. Apabila ada pihak-pihak yang bercakap di depan lain, di belakang lain, yang untungnya ialah pembangkang. Namun demikian, di Terengganu Pesuruhjaya Pas, Datuk Ustaz Harun Taib menyifatkan ADUN melompat sebagai ‘jijik’ yang menyebabkan beberapa pihak termasuk kepimpinan Pas, kurang menyenanginya.
Ada cerita tidak rasmi memberitahu, jika Pas bersedia menerima Geng 10 ini, mereka semua akan melompat kerana gabungan Geng 10 dengan lapan ADUN Pas akan membolehkan mereka menubuhkan kerajaan.
Namun, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Terengganu, perlantikan Menteri Besar sebenarnya adalah kuasa mutlak Sultan Terengganu yang tentunya, ADUN-ADUN yang berangan-angan mahu ‘membuat perubahan’ terpaksa merujuk dengan pihak istana terlebih dahulu, sebelum satu-satu tindakan mahu dibuat.
Adalah lebih baik, jika semua ADUN-ADUN Umno ini tahu dan memahami Perlembagaan Umno, mereka sebenarnya tidak ada pilihan selain menumpahkan sepenuh kesetiaan kepada kepimpinan negeri dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan.
Kecualilah, mereka (Geng 10) merasakan mereka sudah tidak berminat lagi untuk ‘terus menjadi rakyat Terengganu’.
Di bawah diturunkan petikan dari Utusan Malaysia mengenai kenyataan Idris Jusoh


Tiada yang bertindak keluar parti – Idris Jusoh

BEKAS Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh menafikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Datuk Rosol Abdul Wahid mengetuai kumpulan sembilan ADUN negeri itu untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Idris berkata, khabar angina atau berita palsu itu cuba diwujudkan oleh pihak tertentu untuk memecah belahkan perpaduan di kalangan wakil rakyat Umno. Berdasarkan suasana politik sekarang, beliau berkata, sokongan kepada pucuk pimpinan dan kerjasama sesame wakil rakyat Barisan Nasional (BN) bertambah baik. “Sebenarnya tidak pernah berlaku perkara ini. Oleh itu, tidak perlu kita membenarkan atau memperbesarkan perkara yang tidak pernah terjadi,” katanya Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Bulan Kemerdekaan ke 52 Peringkat Majlis Amanah Rakyat (Mara) di ibu pejabat agensi itu di Kuala Lumpur. Idris mengulas mengenai kumpulan terbabit yang kononnya mengadakan pertemuan dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kemaman selepas selesai Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai yang lalu. Tegasnya, beliau sama sekali tidak mempercayai berita berkenaan yang disifatkan cuba menjejaskan perpaduan wakil rakyat BN di negeri itu – Utusan Malaysia, Jumaat 28 Ogos 2009

1 ulasan:

C L J berkata...

Apa hal kita ni. Orang cetuskan kita pun ikut2 kembang2kan pula. Di muka umum ni. Dah lah tu. Jangan gelabah tak menentu.
Kalau berat benar gelabah kita hamba nak sampaikan satu pesan yang barangkali bileh dianggap sebagai satu falsafah yang sudah biasa hamba bawa merata. (Cuma dalam catatan ini hamba bentangkan dengan sedikit penyesuaian):
Kawan kalau dia benar pada kita adalah kawan, jangan dipermudah dan lupakan.
Kawan yang diragukan kalau kita ragukan rapat rapatlah (jangan tambah2 tekanan) semuga bertambah rapat ia.
Kawan yang kelihatan jauh2; dekat dekatkanlah semuga tidak jauh ia.
Kawam yang jelas jauh jauh; pasti ada sebabnya jangan ditambahkan jaraknya. Carilah hatinya; barangkali ada celah yang dapat kita sentuh. Barangkali dapat dimenangi sayangnya.
Yang nak kena kerjakan itu ialah kita. Bukan orang lain.
Inshaallah. Dengan keikhlasan kita... Inshaallah.