Sabtu, 29 Ogos 2009

Che Leh Jangok, terima kasih atas teguran

Oleh Wan Yusof Hj Wan Ngah

PERIBAHASA Melayu ‘kata yang benar ditidakkan, rahmat Tuhan dilarikan’. Saya petik peribahasa ini yang memberi makna lebih kurang begini, ‘seseorang yang tidak mahu mengakui kebenaran dan menidakkan sesuatu yang benar. Rahmat yang diberikan Tuhan pula disembunyikannya agar tidak diketahui oleh orang lain’.

Apabila saya amat-amati komentar dari Che Leh Jangok, yang kebelakangan ini agak acap mendampingi blog ‘citra-bangsa’, saya ingin menyatakan sesuatu bahawa mengatakan yang benar itu adalah hak dan menolak kemungkaran itu juga adalah hak.

Terima kasih. Inilah perkataan yang diajar oleh arwah orang tua saya, jika dapat teguran dari sesiapa sahaja, ucapkanlah terima kasih. Walaupun ucapan terima kasih ini adalah ucapan biasa, tetapi nilainya terlalu tinggi.

Kepada Tuhan, terima kasih kita ialah Alhamdullilah!

Dalam hal politik Terengganu, terlalu banyak blog yang digunakan untuk memperlekehkan Menteri Besar. Tidak perlulah saya menyenaraikannya di sini tetapi, jika pelayar-pelayar blog dan portal rajin mencari, tentunya mereka terjumpa dengan beberapa blog, yang tanpa segan silu, tidak beretika dan beradap, menyerang Menteri Besar.

Jika blog itu kepunyaan penyokong pembangkang, kita yang minat kepada Umno, kena biarkan. Sebab, mustahil blog milik penyokong pembangkang, kita harapkan mereka ‘mempertahankan’ kebenaran yang dibuat oleh pemimpin Umno.

Malangnya, apa yang saya terjumpa, mereka yang menulis dengan fitnah yang mereka jadikan seperti ‘sarapan’ yang tidak sedikit pun mereka rasakan sebagai berdosa dan akan dipertanggungjawabkan hingga ke akhirat nanti.

Apa yang saya takut, ada pembaca yang terpedaya dan akhirnya mempercayainya. Maklumlah, fitnah dan pembohongan, jika diulang-ulang akan menjadi ‘kebenaran’. Yang menjadi mangsa, bukan Datuk Ahmad Said tetapi generasi muda yang bakal menjadi pemimpin negeri dan negara pada suatu masa nanti.

Tugas yang saya buat ini cukup berat kerana saya juga diserang dengan pelbagai fitnah tetapi saya tidak pernah risau kerana bagi saya, saya tidak bertanding dalam pilihan raya dan saya tidak menjadi wakil rakyat kepada mana-mana rakyat di bumi bertuah Malaysia ini.

Apabila saya nampak ketidak adilan, apakah salah jika saya menegur? Apabila saya nampak kesilapan, salahkah saya memperbetulkannya dan apabila saya tidak mampu, saya mendoakan semoga semua ketidak adilan dan kesilapan itu akan dapat diperbetulkan.

Ini perjuangan. Saya tidak mengajak sesiapa mengikut langkah saya tetapi saya merasakan perlu ada benteng untuk menahan arus. Pembohongan kini sudah tidak dianggap salah dan berdosa. Bayangkan, ada wakil rakyat di Terengganu menghabiskan masanya di Kuala Lumpur untuk menabur fitnah. Fitnah itu pula jika termakan oleh pemimpin-pemimpin di Kuala Lumpur, akan ada orang besar di Terengganu yang menjadi mangsanya.

Zaman ini bukan zaman Raja berlaga ayam dengan mempertaruhkan sebahagian negerinya seperti sejarah Raja Kelantan yang kehilangan Daerah Besut. Zaman ini adalah zaman dunia tanpa sempadan. Pergaduhan di Terengganu, mudah diketahui oleh penuntut-penuntut kita yang berada di Jordan, USA dan London. Mereka tidak lagi mahu mendengar cerita Daerah Besut dijadikan pertaruhan laga ayam tetapi mereka mahu mendengar kisah betulkan ada orang Besut mencadangkan kepada orang-orang kuat Besut supaya mencari jalan memerdekakan Besut.

Kerana apa? Kerana mereka ingin Besut keluar dari jajahan takluk Terengganu disebabkan ‘assobiyah keBesutan’. Kerana apa? Kerana orang Besut tidak terpilih menjadi Menteri Besar.

Saya tidak menulis kerana saya seronok menulis tetapi saya menulis kerana ada perkara yang saya baca tidak benar tetapi sengaja ditulis. Tujuannya hanya satu, mahu merosakkan.

Saya tidak pernah gelabah tetapi saya terus tabah untuk mengharungi segala bentuk ancaman, kritikan dan mudah-mudahan kebenaran yang saya perjuangkan mendapat pahala dari Allah.

Diturunkan semula komentar dari Che Leh Jangok seperti di bawah;

Apa hal kita ni. Orang cetuskan kita pun ikut2 kembang2kan pula. Di muka umum ni. Dah lah tu. Jangan gelabah tak menentu.
Kalau berat benar gelabah kita hamba nak sampaikan satu pesan yang barangkali bileh dianggap sebagai satu falsafah yang sudah biasa hamba bawa merata. (Cuma dalam catatan ini hamba bentangkan dengan sedikit penyesuaian):
Kawan kalau dia benar pada kita adalah kawan, jangan dipermudah dan lupakan.
Kawan yang diragukan kalau kita ragukan rapat rapatlah (jangan tambah2 tekanan) semuga bertambah rapat ia.
Kawan yang kelihatan jauh2; dekat dekatkanlah semuga tidak jauh ia.
Kawam yang jelas jauh jauh; pasti ada sebabnya jangan ditambahkan jaraknya. Carilah hatinya; barangkali ada celah yang dapat kita sentuh. Barangkali dapat dimenangi sayangnya.
Yang nak kena kerjakan itu ialah kita. Bukan orang lain.
Inshaallah. Dengan keikhlasan kita... Inshaallah.

1 ulasan:

C L J berkata...

Maafkan hamba kalau pandangan yang cuba hamba hulurkan menyinggong jadinya. Pandangan2 hamba memang selalunya terbuka sifatnya. Ia bukan dituju secara khusus kepada individu secara khusus. Tujuan hamba adalah harapan semuga ia mengenai bagi siapa sahaja yang sensitif dengan apa yang diolahkata. Walau bagaimana pun hamba tetap rasa dihargai apabila ada pihak yang sensitif dan berterus terang. Syabasy dan terima kasih dari hamba. Cuma hamba pohon janganlah tuan jadi tersinggong pula. Dan akhirnya diharapkan pihak pihak lain yang terlibat juga akut merasai. Kerana sebagai faktor pendamai hamba selalu rasa kecewa kalau kawan kawan dalam lingkongan setiakawan bersengketaan berpanjangan. Apalagi di depan orang. Wassallam dan Maaf.