Rabu, 23 Oktober 2013

PRK N20 Sungai Limau

Penyokong PAS Jangan Terus Keliru

BARU-BARU ini, Tan Sri Muhyiddin Mohb Yassin ada menyebut dalam ucapannya, ketika memperkenalkan calon BN bagi PRK DUN Sungai Limau, bahawa antara PAS dengan Umno, banyak persamaan.

Alasan yang diberikan Timbalan Perdana Menteri ini, jika Umno memperjuangkan Islam, PAS juga memperjuangkan Islam.

Kata beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN, seterusnya berkata, tidak ada salahnya jika selama ini pengundi di DUN Sungai Limau memberikan undid an sokongan kepada PAS, tidak ada salahnya kali ini pengundi memberi undi kepada BN, demi kedaulatan Islam dan pembangunan yang berterusan di kawasan Sungai Limau dan Parlimen Jerai.

Tiba-tiba, sebuah akhbar taboid berbahasa Malaysia melaporkan dari Kota Bharu, Kelantan mengatakan Nik Aziz Nik Mat menolak kenyataan Muhyiddin tersebut sebaliknya menyebut bahawa Umno ada persamaan dengan komunis.

Penyokong PAS selama ini pernah mendengar kata-kata Mursyidul Am mereka ini, bahawa Nabi Mohammad SAW semasa kecilnya sama sahaja dengan Mamat-mamat di kampong.
Kenyataan celupar dan menghina Baginda Rasulullah itu mendapat kritikan pelbagai pihak namun, disebabkan Nik Aziz merasakan dirinya lebih pandai dari orang lain, lebih mulia dari orang lain, lebih tinggi dari orang lain, sehingga hari ini, dia tidak menarik balik kata-kata penghinaannya kepada Rasulullah SAW itu.

Penyokong PAS jangan sesekali beranggapan, apa yang Nik Aziz perkatakan umpama wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah. Nik Aziz adalah seorang manusia walaupun orang-orang PAS menganggap beliau sebagai ulama, tetapi tiada jaminan yang mengatakan Nik Aziz ini seorang yang maksum.

Cuba kita bertanya kepada Nik Aziz, jika Umno sebagai tunjang BN yang memerintah Malaysia merancang dan melaksanakan pembangunan termasuk membina masjid, sekolah agama dan meninggikan syiar Islam, pernahkan Komunis yang Nik Aziz samakan dengan Umno turut berbuat demikian.

Jika PAS gagal membina masjid, sebagaimana Komunis gagal membina masjid, Umno dan BN tidak pernah menyamakan PAS dengan komunis yang tidak membina masjid.
Oleh yang demikian, para pengundi di DUN Sungai Limau, usahlah keliru antara kata-kata Nik Aziz dengan wahyu yang Allah turunkan. Jika Nabi Mohammad SAW merupakan seorang manusia yang maksum, Nik Aziz tidak diberikan sifat itu oleh Allah.


Dengan memberi undi kemenangan kepada calon BN di DUN Sungai Limau, Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 4 November  ini, akan menutup mulut Nik Aziz daripada terus mengelirukan penyokong PAS yang semakin taksub. (DHI) 

Tiada ulasan: