CALON PAS PRK DUN Sungai Limau, Mohd Azam Abdul Samat
terpaksa mengaitkan dirinya dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak,
dengan pertalian persaudaraan bagi menagih simpati pengundi, memberi sokongan
dan undi kepadanya pada 4 November depan.
Apakah ada jaminan persaudaraan dan susur galur seseorang
itu dengan seseorang yang menjadi idola, akan memberi jaminan dia seorang yang
baik dan mampu menjalankan tugas yang diamanahkan?
Pengundi di DUN Sungai Limau jangan mudah terpesona dengan
kata-kata seumpama ini. Ingatlah, kebaikan iman, taqwa dan kejujuran tidak
boleh diwarisi.
Kita semua mahu memilih seorang wakil rakyat di DUN Sungai
Limau. Kita bukan nak memilih suami atau memilih menantu atau memilih isteri,
yang menyebabkan kita terpersona dengan cerita pertalian keluarga dan
sebagainya.
Pengundi di DUN Sungai Limau perlu memikirkan masa depan
anak-anak mereka, dengan meletakkan kepentingan pembangunan dan perubahan di
kawasan DUN Sungai Limau, jika mereka memilih calon BN, Dr Ahma Sohaimi Lazim
yang merupakan seorang bekas pensyarah kanan.
Dr Ahmad Sohaimi sudah berikrar sebaik sahaja diumumkan
sebagai calon BN di DUN Sungai Limai, 21 Oktober lalu, bahawa beliau akan
memperjuangkan pendidikan di kawasan yang diwakilinya, jika terpilih kelak.
Apa lagi yang pengundi mahu, jika mereka memikirkan
perubahan nasib hidup keluarga jika bukan dengan pendidikan?
Mengundi Dr Ahmad Sohaimi yang mewakili BN bererti pengundi
dan penduduk DUN Sungai Limau meletakkan kepentingan pendidikan masa depan
anak-anak sebagai perkara utama dan tidak terus hidup dalam kekeliruan
sepanjang masa.
Allahyarham Tan Sri Azizan Abd Razak sendiri adalah seorang bekas
pensyarah. Jika pengundi sayangkankan Allahyarham, Dr Ahmad Sohaimi dari BN
adalah penganti yang wajar diberikan undi.
Perlu diingatkan, pengundi DUN Sungai Limau, bahawa mereka
tidak mungkin sanggup terus hidup dalam keadaan di mana, segala-galanya kerana
“isu saudara”. Yang pergi tetap akan pergi dan kita yang masih hidup, perlu
meneruskan kehidupan.
Tentulah Allahyarham tahu tiada siapa yang layak
menggantikannya termasuk Mohd Azam. (DHI)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan