YAN : Menteri Besar, Datuk Paduka Mukhriz Tun Dr Mahathir
sudah mengumumkan bahawa Barisan Nasional Kedah (BN) akan menggunakan slogan
Berani Hijrah, bagi tujuan merampas kembali kerusi DUN Sungai Limau dari PAS.
Slogan Berani Hijrah yang mendapat sokongan dari Pengarah
PRK DUN Sungai Limau, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin akan menjadi slogan yang
cukup ditakuti oleh PAS selepas ini.
Dalam PRU 13 yang lalu PAS meminjam slogan DAP ‘Ini kalilah –
Ubah’. Rata-rata anak muda yang sudah boleh mengundi di DUN Sungai Limau
seronok jika BN turut meminjam slogan DAP itu, khusus untuk DUN Sungai Limau,
tetapi tidak menolak sama sekali slogan yang diperkenalkan Datuk Paduka Mukhriz
‘Berani Hijrah’.
Tiada yang mustahil. Kali ini PAS akan berputih mata, kerana
dalam keghairahan mereka mahu mempertahankan kerusi ini, mereka tidak dapat
lari dari menyambut Tahun Hijrah yang akan disambut 5 November depan.
Walaupun sukar menjadikan mereka yang sudah terbiasa
mengundi PAS kepada ‘Berani Hijrah’ tetapi sebagai umat Islam dan orang Melayu,
mempunyai sikap berani hijrah merupakan
satu trasformasi terpuji.
Sebenarnya Berani Hijrah adalah satu bentuk transformasi.
Memilih slogan ini membuktikan Datuk Paduka Muhkriz memang komited melihat
transformasi dilakukan di kawasan DUN Sungai Limau dan Parlimen Jerai.
Hari ini, pengundi Parlimen Jerai sudah membuktikan bahawa
daripada kawasan Parlimen itu diwakili PAS dalam PRU 12 yang lalu, kini mereka
memberi kemenangan kepada calon BN Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.
Tidak mustahil, atas kehendak Allah SWT, pengundi I DUN
Sungai Limau yang sudah lima penggal mengekalkan Allahyarham Tan Sri Ustaz
Azizan Razak sebagai wakil rakyat, kini berani hijrah dengan memilih calon BN,
Dr Ahmad Sohaimi Lazim mewakili mereka.
Insyaallah, apa yang pengundi nampak kebaikan yang ada pada
Arwah Ustaz Azizan, akan ada pada Dr Ahmad Sohaimi.
Sebagai seorang yang terpelajar, anak tempatan dan
berjawatan baik sebelum ini, Dr Ahmad Sohaimi akan terus menjadi insan bergelar
wakil rakyat yang mampu memberi sumbangan bakti kepada penduduk di DUN Sungai
Limau.
Lebih-lebih lagi kerajaan Negeri Kedah kini di bawah BN,
jika calon BN yang menang dalam PRK DUN Sungai Limau ini, nescaya dalam masa
yang singkat, penduduk dalam kawasan DUN Sungai Limau akan menikmati apa yang
dikatakan sebagai janji BN dalam pilihan raya.
Jom! Kuatkan tekad untuk berani hijrah. Orang yang berani
amat-amat disayangi oleh Allah. Hijrah kepada yang lebih baik daripada yang ada
sebelum ini. (DHI)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan