Selasa, 22 Oktober 2013

DUN Sungai Limau

Penyokong PAS Kena Berlapang Dada

PARA penyokong PAS mungkin beranggapan parti yang mereka sokong selama ini sebuah parti maksum.
Maksum ni, terlepas atau terpelihara dari melakukan kesalahan. Para pemimpin mereka dianggap betul semua dan tidak pernah melakukan kesalahan.
Itu sebab mereka menyokong PAS kerana mereka dijanjikan masuk syurga jika menyokong dan mengundi PAS.

Hakikatnya, mereka tahu syarat masuk syurga bukan kerana mereka mesti mengundi PAS atau mengundi BN. PAS adalah sebuah parti politik. Parti yang berdaftar, sama seperti UMNO dan BN. Jadi, apa yang istimewanya PAS ini?

Baru-baru ini, Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS yang juga ADUN Salor Kelantan telah mengkritik PAS di Dewan Undangan Negeri Kelantan.
Khabarnya pemimpin kanan PAS akan mengadakan perjumpaan khas dengan Husam bagi mendapatkan penjelasan mengapa beliau mengkritik PAS.

Kalau pengundi DUN Sungai Limau terbaca kisah Husam dan PAS Kelantan ini, tentulah mereka terfikir, bahawa PAS juga sebuah parti politik, sama seperti UMNO. Jadi kalau selama ini mereka mengundi PAS, kenapa 4 November depan mereka tidak boleh mengundi BN?

Husam sendiri mengkritik PAS. Husan sendiri dapat mengesan PAS tidak betul. Kalau Husam sebagai Naib Presiden PAS nampak akan kepincangan yang berlaku, sepatutnya pengundi di DUN Sungai Limau cepat-cepat berubah.

Jangan terus mengundi PAS kerana PAS tidak sebaik yang mereka sangka. BN dan UMNO yang selama ini mereka benci, tetapi apabila memerintah, UMNO dan BNlah yang mengujudkan BR1M, yang nikmatnya dirasai oleh kita, termasuk pengundi di DUN Sungai Limau.
Calon yang BN ketengahkan kali ini, Dr Ahmad Sohaimi Lazim adalah anak tempatan yang berkelulusan tinggi.

Dengan sokongan kerajaan Negeri Kedah di bawah kepimpinan Datuk Paduka Mukhriz Tun Dr Mahathir, tidak mustahil pelbagai nikmat lagi akan diterima oleh penduduk dan pengundi di Sungai Limau.
Berubahlah... kali ini kita cuba sekali untuk menyatakan sokongan kita kepada Datuk Paduka Mukhriz yang berjanji akan memberi perhatian dan tumpuan bagi membangun dan memajukan Sungai Limau, Yan dan seluruh Negeri Kedah.


Ayuh! Tanam tekad dan keazaman untuk mengundi BN. BN sentiasa di hati (DHI)

Tiada ulasan: