BILA disebut BN itu ertinya ‘Beri Nikmat’, ada penyokong
pembangkang menafikannya. Tetapi, jelas kedatangan pemimpin BN di DUN Sungai
Limau telah memberi nikmat kepada ramai orang di situ.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin
mengumumkan RM3 juta diluluskan untuk SMA Nahdzah, Yan untuk pembinaan asrama
sekolah dan dewan makan Pondok Moden Nahdzah di Bukit Besar.
Nanti, akan ada pemimpin pembangkang, kambus (tutup) cerita
kebaikan BN ini. Mereka akan putar belit cerita kononnya BN itu bererti barang
naik.
Sumbangan pembangkang kepada pembangunan dan pembaikan
sekolah, tidak ada langsung. Yang mereka ada, irihati dan cemburu melihat
pembangunan yang dibuat dan dibawa oleh BN.
Sesuailah jika Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Muhkriz Tun
Dr Mahathir memperkenalkan slogan Berani Hijrah kepada seluruh pengundi DUN
Sungai Limau.
Ini kalilah jika pengundi-pengundi semua sayangkan kampong
mereka, sayangkan kawasan mereka dan sayangkan DUN Sungai Limau, hijrahlah.
Dari menyokong PAS kepada mengundi BN. BN itu parti politik.
PAS juga parti politik. Mengundi PAS bererti menolak kemajuan dan pembangunan
yang hendak dibawa oleh BN.
“Tidak berdosa mengundi BN,” kata Muhyiddin sambil meminta
pemimpin-pemimpin PAS menunjukkan dahlil atau nas yang mengatakan mengundi BN
itu berdosa.
Pengundi perlu tahu, jika mereka memilih masa depan yang
cemerlang demi anak-anak mereka, mereka akan bersama-sama Menteri Besar Kedah
yang mempunyai iltizam kuat untuk
membawa kemajuan.
BN beria-ia untuk memperkukuhkan pendidikan Islam. Zaman
ini, pengundi-pengundi kena ingat bagaimana orang-orang PAS suatu ketika dahulu
menolak system pengairan sawah padi yang mahu diperkenlkan kerajaan.
Hari ini, siapakah yang menggunakan system pengairan yang
kerajaan BN perkenalkan itu?
Allah beri manusia otak. Otak digunakan untuk berfikir.
Berfikir bagaimana mahu memajukan masyarakat. Kerja memajukan masyarakat dan
merancang untuk kemajuan dan pembangunan telah dilaksanakan pemimpin-pemimpin
BN.
Pemimpin PAS hanya tidur siang dan berceramah malam. Mereka
tidak ada fikiran untuk memajukan masyarakat di kampong.
Yang mereka ada, mereka merancang mahu mengutip derma
kononnya derma untuk pembangunan Islam padahal derma itu untuk dibayar kepada
penceramah PAS menabur pelbagai cerita dongeng dan pembohongan.
Cukuplah mengundi PAS. Beranilah berhijrah untuk mengundi
BN. Semoga perbuatan baik yang BN lakukan selama ini, kita sebagai pengundi
mendapat pahala dari Allah, kerana kita menyokong usaha baik kerajaan. (DHI)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan