BILA Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin menyebut kematian
Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abd Razak akibat kencing manis yang teruk,
bukan main lagi orang-orang PAS pusing cerita kononnya ia menghina Allahyarham.
Padahal, semasa hayat Ustaz Azizan, mereka yang masih
berjawatan dalam PAS buat macam-macam kepada Ustaz, hingga ada yang mendesak
Ustaz Azizan perlu melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.
Orang PAS, memang bersikap sedemikian. Kesalahan dan
kesilapan orang, diperbesar-besarkan.
Kebaikan BN dan Umno disembunyikan. Mana pernah kta dengar
orang PAS memuji Umno dan BN walaupun Umno dan BN banyak memberi keselesaan
kepada PAS untuk berkembang?
Kalau Umno dan BN zaim, sudah lama PAS dikuburkan. Kalau BN
dan Umno zalim, sudah lama DAP dihancurkan. Kalau Umno dan BN zalim, PKR tidak
boleh menyerang dan memaki hamun Umno dan BN
.
Kalau kita semua waras, kita pasti berterima kasih kepada
Umno dan BN kerana mereka menyediakan keselesaan dan keselama
tan kepada PAS,
DAP dan PKR untuk terus memaki hamun kepimpinan Umno dan BN.
Makilah. Malahan, ada Ustaz-ustaz dari PAS berdoa agar Umno
dan BN KO. Akhirnya, mereka yang KO. Allah bayar tunai.
Pun, mereka masih tidak sedar diri dan masih terus menyerang
Umno dan BN.
Orang PAS akan terus menghasut rakyat. Siang dan malam,
mereka berceramah menanam perasaan benci kepada BN dan Umno.
Apa sahaja yang Umno dan BN buat, mereka akan maki, kutuk
dan serang. Padahal, kebaikan yang dapat, mereka sama-sama menikmati.
Kalau kerajaan BN buat hospital, bukan penyokong Umno dan BN
sahaja yang dapat menggunakannya.
Bila kerajaan buat masjid, orang Umno dan BN (yang beragama
Islam) setakat singgah sholat sahaja, tetapi orang-orang PAS gunakan masjid untuk
mereka tidur, mereka mandi dan menggunakan segala kemudahan yang ada.
Dalam masa yang sama, Nik Aziz kata Umno sama dengan
komunis. Walaupun Nik Aziz sendiri sembayang di masjid yang kerajaan BN buat.
Hari ini, jangan terkejut kalau dengar ceramah orang-orang
PAS menyanjung Allahyarham Ustaz Azizan kerana mereka sebenarnya mahu membayar
hutang terhadap ustaz Azizan yang mereka hina ketika Allahyarham menjadi
Menteri Besar.
Pengundi-pengundi di DUN Sungai Limau, berhijrahlah. Berani
Hijrah dari mengundi PAS kepada mengundi BN akan memberi satu tanda bahawa
penghormatan semua kepada Allahyarham yang menerima penghargaan dari
pemimpin-pemimpin Umno sendiri.
Pemimpin PAS hanya mahu undi dan menang PRK tetapi pemipin
BN mahu berkhidmat! (DHI)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan