Ahad, 27 Oktober 2013

PRK DUN Sungai Limau :

Terdesak Sungguh Mahfuz Omar

BERPOLITIK cara PAS, adalah berpolitik cara orang terdesak. Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar semasa hayat Allahyarham Tan Sri Azizan Abd Razak, sering didakwa tidak sehaluan dengan Menteri Besar itu.

Kini, bila Presiden PAS lantik Mahfuz jadi Pesuruhjaya PAS Kedah, menggantikan Arwah Ustaz Azizan, Mahfus gelabah habis.

Bukan mudah hendak menyaingi kehebatan Ustaz Azizan. Disebabkan terdesak, Mahfuz gunakan macam-macam talian hayat.

Terbaru, dia dan beberapa orang PAS di Yan, menziarahi ayahanda Datuk Seri Jamil Khir Baharom, yang menderita strok.

Mahfuz dikatakan membuat kenyataan selepas lawatan itu, yang ayahanda Datuk Seri Jamil Khir berjanji akan mengundi calon PAS dalam Pilihan raya Kecil Dun Sungai Limau 4 November depan.
“Lawatan politik,” ulas Datuk Seri Jamil Khir bila ditanya watyawan mengenai Mahfuz melawat ayahandanya.

Selain itu, poster, bunting dan kain-kain rentang gambar Arwah Ustaz Azizan juga semakin banyak digunakan PAS.

Khabarnya profil calon PAS Mohd Azam Abd Samat juga diletakkan gambar Arwah Ustaz Azizan.
PAS bukan sahaja guna orang sudah meninggalkan untuk siri kempennya, orang sakit juga dijadikan modal berpolitik.

Tidak hairanlah kalau agama dan ayat-ayat al-Quran ditafsirkan ikut suka hati mereka.
Apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin menyebut bahawa penderitaan Arwah Ustaz Azizan akibat kencing manis hingga kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong, PAS mengatakan Muhyiddin tidak berhemah kerana mengaitkan harga gula dengan penderitaan Ustaz Azizan.

PAS sudah terasa aura Datuk Paduka Mukhriz Tun Dr Mahathir dan perwatakan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim sudah memberi kelebihan kepada BN dalam PRK DUN Sungai Limau ini.

Itu sebab, apa sahaja yang BN lakukan, mereka akan cuba pertikaikan dan mereka menyerang GST yang bakal dilaksanakan 17 bulan lagi sebagai bahan kempen.

Kepimpinan PAS Pusat sedang melihat kemampuan Mahfuz sebenarnya. PRK DUN Sungai Limau adalah ujian buat Mahfuz.

Itu sebab, sedaya upaya, Mahfuz cuba mengekalkan kerusi DUN Sungai Limau kepada PAS.
Usaha ini sukar sebenarnya kerana yang bertanding mewakili PAS bukannya Ustaz Azizan tetapi Mohd Azam.


Antara Ustaz Azizan dengan Mohd Azam, macam langit dengan bumi. Tidak hairan kalau pengundi mengambil sikap Berani Hijrah kali ini, dengan mengundi Barisan Nasional. (DHI) 

Tiada ulasan: