SATU perkara yang pengundi dalan kawasan DUN Sungai Limau
kena tahu, untungnya jika mereka ‘berani hijrah’, dari mengundi PAS kepada
mengundi BN, ialah mereka mengesahkan bahawa mereka menolak fantasi (PAS) dan
menerima realiti (BN).
Mereka sudah memberi peluang kepada PAS selama lima penggal mewakili DUN
Sungai Limau. Mereka setia menyokong Allahyarham Tan Sri Azizan Abd Razak. Dari
seorang ADUN biasa, akhirnya Allahyarham menjadi Menteri Besar Kedah.
Hari ini, Allahyarham sudah pergi meninggalkan kita semua.
Tiada apa-apa lagi yang pengundi-pengundi rasa terhutang budi dengan
Allahyarham.
Inilah masanya, pengundi-pengundi membuat keputusan untuk
‘berani hijrah’, kepada yang lebih baik.
Ternyata, BN yang selama ini menjadi ‘musuh’ kepada
pengundi-pengundi di DUN Sungai Limau, tetapi jika mereka inginkan perubahan
masa depan, kali ini, atau dalam bahasa yang popular, ‘ini kalilah’, mereka
memilih ‘realiti’ dan bukan memilih fantasi.
Jadikan impian sebagai kenyataan. Jadikan fantasi kepada
realiti. Pilih BN dan tolak PAS.
Kalau selama ini pengundi menghormati Allahyarham Tan Sri
Azizan, kini, kesetiaan itu perlu dibuktikan dengan tidak merosakkan masa
depan.
Kalau Allahyarham Tan Sri Azizan masih ada, pilihlah
Allahyarham. Tetapi, kini Allahyarham sudah tiada. Tidak bermakna, kita yang
masih hidup tidak mahu meneruskan penghidupan dengan menghadapi realiti.
Calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim, memperkenalkan ‘tagline’
SL for SL. Beliau yang mewakili BN datang menawarkan diri, memberikan
perkhidmatan kepada pengundi dan penduduk DUN Sungai Limau.
Sebagai seorang yang terpelajar, anak tempatan dan bergiat
aktif dalam kemasyarakatan, Dr Ahmad Sohaimi sebenarnya sudah biasa dengan
‘perkhidmatan’.
Beliau mungkin tidak boleh menjanjikan bulan dan bintang
kepada pengundi-pengundi tetapi, mewakili BN, dengan sokongan BN di peringkat
negeri dan BN di peringkat Pusat, Dr Ahmad Sohaimi diyakini mudah untuk
membantu penduduk di Sungai Limau.
Buatlah keputusan ‘berani hijrah’. Berhijrah dari
ketinggalan kepada kemajuan. Hijrah dari mundur kepada maju. Berhijrah dari PAS
kepada BN.
PAS sendiri berhijrah. Dari slogan ‘Negara Islam kepada
Negara berkebajikan’ dari tidak berkawan dengan DAP kepada berkawan dengan DAP,
mengapa pula pengundi di Dun Sungai Limau tak berani hijrah?
PAS yang pengundi-pengundi Dun Sungai Limau sokong selama
ini, bukan PAS yang ada sekarang.
PAS sekarang sudah menjadi ‘hamba dan budak suruhan’ kepada
DAP. Bayangkan, bila Menteri Besar dari PAS di Perak meluluskan tanah kepada kampung
baharu untuk 999 tahun, bererti Datuk Seri Nizar Jamaluddin diperalatkan DAP.
Kenapa dia tidak melakukan perkara yang sama untuk
kampung-kampung tradisional yang didiami orang-orang Melayu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan