Isnin, 2 Julai 2012

Saudagar Janji : Zahid Minta Rakyat Kelantan Fikir


Oleh Tarmizi Md Salleh

NAIB Prsiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta rakyat Kelantan memikirkan sebaik mungkin tentang sumbangan kerajaan Pusat kepada Kelantan berjumlah RM5.3 bilion bagi membantu pembangunan dan kemiskinan rakyat negeri itu.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, dalam rancangan Malaysia ke 10, wang sebanyak itu sudah disalurkan kepada Kelantan melalui pelbagai agensi. Malangnya, para penyokong PAS yang hanya belajar agama dari Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat sudah dibutakan matanya dan dipekakkan telinganya.

Mereka tidak mahu menerima hakikat bahawa kerajaan BN adalah pilihan tepat untuk negeri itu dan demi masa depan rakyat Kelantan, BN pasti dpaat merobah keadaan ketinggalan Kelantan kepada Kelantan yang lebih maju.

Nik Aziz mungkin menjanjikan syurga kepada rakyat Kelantan tetapi orang Kelantan sepatutnya yakin dengan janji Allah. PAS bukan agama dan kenapa mereka takut sangat dengan ugutan yang mereka terima kononnya tak dapat pahala kalau mengundi BN?

Sebenarnya PAS sudah gagal membuktikan bahawa mereka mampu memerintah. Di Kelantan, masalah air jika dijadikan topik perbincangan, seluruh kepimpinan PAS patut malu kerana mereka gagal membekalkan air bersih kepada rakyat Kelantan.

Namun, pemimpin PAS tidak ada maruah. Penyokong PAS pula mengejar air dalam sungai di syurga yang dijanjikan oleh pemimpin mereka, jika mereka terus menyokong PAS. Padahal, mereka dibohogilah oleh pemimpin mereka. Janji-janji syurga itu hanyalah kerana mereka hendakkan kuasa kekal di tangan mereka.

Jika tidak silap, baru-baru ini, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed ada memberitahu kepada rakyat Kelantan supaya memilih mereka yang ikhlas sebagai pemimpin. Ikhlas yang dimaksudkan oleh Mustapa ialah ikhlas dalam membangunkan negeri dan membangunkan masyarakat.

Rakyat Kelantan tidak boleh selama-lamanya duduk di bawah pemerintah PAS. Pemimpin PAS sebenarnya tidak layak mentadbir negeri. Mereka hanya layak mengajar agama di masjid, dengan syarat mereka tidak menyelewengkan ajaran agama. Jangan janji syurga kepada para pengikutnya dengna hujah-hujah palsu mereka. Lidah itu tidak bertulang.

Rakyat Kelantan boleh menukar pemerintah negeri ini dari PAS kepada BN. Beri peluang BN membantu rakyat Kelantan. Bagi mereka yang tidak inginkan kemakmuran di dunia, undilah BN kerana kemakmuran yang mereka tolak itu sebenarnya amat diperlukan genarasi muda di Kelantan.

Manakala mereka yang inginkan kemakmuran pula, undilah BN kerana di tangan BN, rakyat Kelantan akan dapat menghirup udara kemerdekaan dan kemajuan seperti rakyat dari negeri-negeri lain. Biarlah Husam Musa dengan projek Lebuhraya Rakyatnya.... tetapi kalau BN memerintah, duit yang rakyat mahu dermakan kepada kerajaan negeri untuk membina lebihraya boleh digunakan untuk menderma masjid dan surau yang banyak kerajaan BN dirikan sejak sekian lama.

Mustahil rakyat Kelantan tidak dapat memikirkannya!

Tiada ulasan: