Oleh zainal Yusof
KHABARNYA 16 tahun dahulu, Menteri Besar Kelantan yang orang
PAS panggil Tok Guru dan Mursyidul Am, pernah meletakkan batu asas untuk
membina jambatan Kampung Cina-Palekbang. Sampai hari ini, ia tidak terbangun
dan orang PAS sedang berdoa sekarang, agar Lebuhraya Rakyat Kuala Krai-Kota
Bahru akan terbina.
Sepatutnya, orang PAS bertanya dengan Tok Guru mereka, apa
hukumnya berbohong kepada rakyat? Barangkali dia akan jawab, jambatan di syurga
nanti lebih penting dari menuntut jambatan di dunia. Maklumlah, orang PAS amat
yakin dengan janji syurga dari para pemimpin mereka.
Mereka percaya, mengundi calon PAS dapat pahala. Kalau undi
calon BN tidak. Dulu, ada janji sesiapa mengundi PAS masuk syurga tetapi kalau
undi BN, tidak ada janji syurga. Namun Nik Aziz Nik Mat sudah menafikan bahawa
dia pernah berjanji sesiapa undi PAS akan masuk syurga.
Dalam PAS, para penyokong mereka jadi bodoh kerana tidak
dapat berfikir yang mana betul dan yang mana salah. Kalau pemimpin mereka kata
nak bina lebuhraya rakyat, mereka hulurkan derma. Khabarnya wang yang
diperlukan untuk membina lebuhraya itu berjumpa RM1.8 bilion, sejauh 60
kilometer.
Mereka tidak berani mempersoalkan jambatan Kampung
Cina-Palekbang kerana kata-kata Menteri Besar mereka, adalah kata-kata seorang
Tok Guru. Tidak langsung boleh dipersoalkan. Mereka mungkin menganggap Tok Guru
mereka ini terlalu mulia. Jadi, kalau mereka dengar Tok Guru nak rasmikan pecah
tanah pembinaan lebihraya, maka mereka berebut-rebut datang dan menderma kerana
“ada janji syurga” di sana.
Orang PAS tidak kisah kalau air paip kotor. Mereka anggap
air yang bersih ada di syurga nanti. Maka, mereka telanlah air keruh yang
dibekalkan kepada mereka. Untuk mempersoalkannya, mereka takut kena musibah
kerana Tok Guru mereka orang hebat.
Kesihan orang PAS. Mereka ikut saja apa yang Menteri Besar
mereka kata. Menteri Besar Kelantan pula dikelilingi penasihat-penasihat yang
kurang cerdik dari segi perancangan pembangunan. Mereka pandai mengajar agama
dan mereka pandai baca khutbah Jumaat.
Jadi, biarlah mereka minum air kotor dan berkarat asalkan,
mereka ada janji syurga kelak. Kalau minum air bersih, belum tentu mereka ada
janji syurga kelak. Jadi, mereka telanlah air yang dibekalkan.
Orang PAS tidak peduli Kelantan tidak maju kerana mereka
anggap kalau nak maju, nanti di syurga mereka akan jumpa segala-galanya. Jadi,
mereka tidak sibuk-sibuk merancang untuk membina masjid dan mereka tidak kisah
kalau masjid mereka kotor, tandas masjid kotor dan keadaan persekitaran masjid
tidak bersih.
Mereka yakin, masjid di syurga nanti bersih dan untuk apa
mereka fikir untuk membina masjid di dunia ini.
Kesihan orang PAS di Kelantan. Mereka tertutup pandangan dan
mereka tidak berupaya untuk berfikir.
Mereka seronok duduk di Kota Bharu dalam
keadaan kotor dan bagi mereka yang bersih hanya di syurga nanti. Maka, mereka
terus menyokong PAS dan menyokong Tok Guru yang mereka sanjungi itu.
Namun, kalau ada kesedaran di pihak pengundi muda, mungkin
dalam PRU 13 akan datang, mereka tidak akan mengundi PAS. Mereka nampak bahawa
BN boleh membawa pembangunan manakala PAS boleh dipilih di beberapa kerusi
untuk menjadi pembangkang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan