Isnin, 25 Jun 2012

Zuraidah Ampang : Berangan Nak jadi Menteri ke?


Oleh Safiah Musa

SATU masalah dalam parti-parti pembangkang, mereka samakan Presiden parti mereka dengan Presiden Umno. Itu satu kesilapan. Bukan kesilapan kecil, tapi kesilapan besar. Pertama, Umno sebauh parti yang ditubuhkan pada tahun 1946, tetapi PKR baru ditubuhkan 10 tahun yang lalu.

PAS pula, ditubuhkan kerana ada berlaku serpihan dan DAP hanya wujud dalam tahun 1962. Maka, Pengerusi DAP, walaupun namanya Karpal Singh, tetapi dia tidak setanding dengan Presiden Umno.

Kalau Presiden Umno keluar dari Umno, bertanding dalam DAP, senang-senang boleh menang jawatan Pengerusi tetapi kalau Pengerusi DAP keluar DAP, nak bertanding ketua bahagian mana-mana parti dalam komponen BN pun tak akan boleh menang.

Isnin lalu, bila MP Ampang, Zuraidah Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai “mak lampir” bertanya kepada Perdana Menteri yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, mengapa jawatan itu tidak diserahkan kepada Wanita, PM Najib yang juga Presiden Umno menjawab; “saya pegang sementara sahaja sehingga pilihan raya umum”.

Sebenarnya Zuraidah menujukan soalan itu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, kalau PKR menang PRU 13 nanti, jawatan itu dia yang hendak pegang. Ini kerana Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil adalah menteri berkenaan sebelum melepaskan jawatan ekoran serangan Zauraidah yang tidak berhenti-henti.

Mungkin dalam hati Zuraidah, itulah tempatnya nanti. Dia tak mahu Anwar terlupa pula. Kalau bukan Anwar yang jadi Perdana Menteri,  kerana kes-kes yang dihadapinya, uraidah mahu Lim Guan Eng yang mungkin menjadi Perdana Menteri tidak lupa melantik Zuraidah untuk pegang jawatan tersebut.

Barangkali, PKR sudah bercadang melantik anak Anwar Ibrahim, Nurul Izah menjadi Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat yang menyebabkan Ketua Wanita PKR yang juga MP Ampang, Zuraidah Kamaruddin mula runsing dan bimbang.

Satu hal lagi, Zuraidah tak payahlah meminta PM Najib membubarkan Parlimen. Mustahil PM Najib nak bubarkan Parlimen atas permintaan Zuraidah. Inilah malangnya Wanita dalam PKR. Mereka ingat mereka kerajaan dan Umno/BN itu pembangkang.

Kalau mereka ingin sangat nak adakah pilihan raya, ada empat negeri yang mereka kuasai. Buatlah dulu pilihan raya, tak payah tunggu Parlimen dibubarkan.

Silap kalau Zuraidah meletakkan dirinya sebagai “sama taraf dengan Ketua Wanita Umno”. Ini satu kesiapan yang tidak dapat dimaafkan. Dari segi usia parti, Umno jauh lebih dewasa dari PKR. Dari segi jumlah ahli parti, keahlian Umno jauh lebih besar dari ahli PKR. Dari segi pengalaman parti, Umno jauh meninggalkan pengalaman yang ada di kalangan PKR.

Maka, Zuraidah belajarlah politik semasak-masaknya sebelum cuba nak mengacah-acah Perdana Menteri walaupun dia pernah dilihat berjaya menjatuhkan Shahrizat.

Dia tunggulah. Selepas PRU 13, dia tidak akan masuk Parlimen lagi. Perkhidmatannya di Ampang menjadi titik tolak apakah dia masih dipilih kembali sebagai Ahli Parlimen kawasan tersebut. Rakyat sudah muak dengan gelagatnya dan rakyat sudah tidak dapat menerima kehadiran PKR di situ.

Dia boleh measang cita-cita untuk menjadi menteri kalau Pakatan Rakyat menang PRU 13 tetapi, itu mungkin mimpin dia sahaja. Lagipun, wataknya tidak melayakkan dia menjadi menteri, tidak kiralah dia berada di parti mana. Kalau dalam Umno, Zuraidah ni, jadi MP memang tidak layak langsung. Dia tidak ada kualiti sebagai seorang wakil rakyat.

Mulutnya celupar dan satu kejayaan besarnya ialah ketika dia mempertahankan Elizeberh Wong yang dikatakan pernah bergambar separuh bogel dahulu. Itulah kejayaan paling besar dia.

Tiada ulasan: