Oleh Safiah Musa
BILA Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak
sudah menjawab bahawa tarikh pembubaran Parlimen adalah terserah kepada Yang
DiPertuan Agong atas nasihatnya sebagai Perdana Menteri, maka barulah saya
sedar bahawa pemimpin-pemimpin PAS sebenarnya tak tahu Perlembagaan negara.
Sibuk mereka mendesak PM supaya jangan membubarkan Parlimen
ketika musim haji. Mereka tak tahu Perlembagaan. Kalau mereka nak arahkan
Perdana Menteri buat ikut tarikh yang sesuai dengan mereka, kena pinda
Perlembagaan terlebih dahulu.
Maknanya, bebal betul pemimpin PAS ini. Sampaikan tarikh PRU
pun mereka hendak tentukan. Mereka tak tahu bahawa itu hak mutlak Yang
DiPertuan Agong dan atas nasihat Perdana Menteri. Kalau mereka hendak sangat
buat pilihan raya kenapa negeri-negeri yang mereka pimpin, bubarkan dulu Dewan
Undangan Negeri masing-masing, tanpa perlu tunggu Parlimen dibubarkan.
Dari jawapan PM Najib ini, memberitahu saya yang kurang arif
mengenai politik bahawa, buatlah kerja masing-masing. Jangan sibuk nak buat
kerja yang Perdana Menteri punya kerja dan jangan sibuk-sibuk dan mengarahkan
Yang DiPertuan Agong untuk bersetuju dengan permintaan mereka.
Mereka (dalam PAS) bukan Perdana Menteri. Tak usahlah
sibuk-sibuk nak bercakap pasal pembubaran dan tarikh pembubaran. Yang paling
saya sedih, bila Naib Presiden PAS yang tidak ada kelulusan tinggi, mengarahkan
PM memberitahu tarikh PRU setahun lebih awal.
Maknanya, dia nak menafikan kuasa Yang DiPertuan Agong dalam
hal pembubaran Parlimen. Maknanya, tidak layak langsung dipilih menjadi Ahli
Parlimen walaupun dia menang kerusi Naib Presiden PAS.
Orang Umno yang sering bertanya bila PRU, juga eloklah kalau
boleh tutup mulut. Daftarlah pengundi baru dan buatlah kerja yang lebih elok
untuk memastikan rakyat dapat menjalankan hak mereka sebagai pengundi.
Serahkan kepada Presiden Umno yang juga Perdana Menteri
untuk memikirkan bilakah tarikh yang paling sesuai untuk membubarkan Parlimen,
selepas mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong. Jangan sibuk buat kerja Perdana
Menteri kerana kerja-kerja sendiri di peringkat Peti Undi dan Cawangan pun tak
mereka laksanakan.
Jangan ikut rentak orang PAS. Mereka dah siap keluarkan
fatwa, boleh tangguhkan pergi haji jika PRU diadakan. Mungkin mereka sudah
membisik-bisikan kepada para pengikut mereka secara diam-diam, bahawa
menumbangkan kerajaan BN ini adalah “macam perjuangan mati syahid”.
Jangan main-main dengan fatwa. Jangan dengar fatwa yang
datangnya dari ulama yang berkepentingan politik dalam merebut kuasa. Dengarlah
nasihat dan fatwa dari Majlis Fatwa. Ini badan yang berwibawa dan mempunyai hak
mengenai fatwa dan nasihat.
Pemimpin PAS dan orang PAS, mereka halalkan semuanya asalkan
ia menguntungkan mereka. Kalau ada pemimpin yang mereka sokong terlibat dalam
skandal seks, mereka kata itu fitnah. Tetapi kalau mereka dengar ada menteri
bagi duit kat artis wanita yang belum berkahwin, mereka akan serang
habis-habisan, seolah-olah desas-desus itu betul dan benar.
Orang PAS, PKR dan DAP sudah tidak nampak kebenaran lagi.
Mereka kemaruk inginkan kuasa dan ingin sangat mahu ke Putrajaya. Timbalan
Presiden PAS, Mohamad Sabu yang dikaitkan dakwaan ada skandal dengan isteri
orang Kelantan, teringin sangat nak jadi Timbalan Perdana Menteri. Katanya,
walaupun kelulusannya tidak setanding dengan kelulusan Tan Sri Muhyiddin Mohd
Yassin, tetapi tengkuknya sama besar dengan tengkuk Muhyiddin.
Disebabkan tengkuknya sama besar dengan tengkuk Tan Sri
Muhyiddin, maka dia layak menggantikan Tan Sri Muhyiddin sebagai Timbalan
Perdana Menteri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan