Oleh Salwa Hj Md Hussein
MP PKR Kuantan, Fuziah Salleh sebenarnya sudah tidak ada
apa-apa isu yang hendak dimainkan, bagi menjamin dia terpilih semula bertanding
di kerusi yang dimenanginya dalam PRU 12 yang lalu, melainkan mengulang-ulangi
isu Lynas yang sudah boleh dikatakan selesai.
Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai
Lynas, Datuk Seri Khaled Nordin sudah membentangkan hasil siasatannya, yang
tidak disertai pembangkang kerana keengganan mereka sendiri, namun PKR dan PAS,
melalui beberapa MP nya termasuk MP Shah Alam Khalid Samad, terus menerus mahu
membandingkan Lynas dengan loji Asean Rare Earth (ARE) Bukit Merah.
Mereka ini, khususnya Fuziah Salleh terpaksa meneruskan
perjuangannya, walaupun dalam keadaan menegakkan benang yang basah demi
survival politiknya di Kuantan. Malahan, Khaled ketika bercakap di Parlimen
mengesahkan beliau sanggup tinggal di sebelah projek Lynas, sebagai bukti
bahawa ia tidak mempunyai kesna kepada kesihatan.
Namun, pembangkang di Malaysia cukup cekap dalam bab
berbohong. Jika mereka memulakan satu-satu pembohongan, mereka akan ulang-ulang
supaya ia seolah-olah benar dan dalam masa yang sama, rakyat yang terpengaruh
akan terus tertipu dengan permainan kata-kata ini.
Ingat dahulu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji mahu
menubuhkan kerajaan pada 16 September dan sudah mendapat sokongan dari beberapa
orang MP BN dan khabarnya ada Jenderal Tentera yang akan menyokong usaha
tersebut.
Malangnya, para penyokong pembangkang terus mengekori Anwar
walaupun mereka terus dibohongi. Maknanya, para penyokong pembangkang memang
suka memakan makanan “bohong” yang disajikan para pemimpin pembangkang.
Dulu, Azmin Ali dan Zulkifli Nordin (MP Kulim Bandar Baharu -
sekarang sudah meninggalkan PKR dan menjadi anggota Bebas di Parlimen) turut
menjaja cerita bohong kononnya Anwar Ibrahim diberi makan racun arsenik. Kesan
dari memakan racun ini akan menyebabkan rambut gugur dan kulit juga boleh
bercerai dari daging.
Ramai yang simpati dengan dakwaan dan pembohongan ini.
Namun, sampai sekarang, rambut dan seluruh bulu-bulu di tubuh badan Anwar masih
ada dan tidak gugur yang membuktikan bahawa tiada sesiapa yang meracun Anwar
kecuali mereka semua (yang duduk dalam pembangkang) terus meracun pemikiran
rakyat.
Masih juga orang percaya kepada pembangkang dan Anwar. Bagi
mereka, Anwar dianiaya. Anwar menjadi mangsa konspirasi. Yang Anwar berbohong
dan dakwaan palsu terhadap kerajaan dan pihak berkuasa, para penyokong
pembangkang telan begitu sahaja.
Maknanya di Malaysia, sesiapa yang mahu menjadi pembangkang,
bersiap sedialah untuk menjadi pembohong. Para penyokong pembangkang memang
makan makanan bohong setiap hari. Jika tidak makan makanan bohong, mereka tidak
boleh hidup.
Mudahlah untuk menjadi pembangkang di Malaysia. Itulah
sebabnya, apabila seorang Naib Presiden DAP cuba bercakap benar di dalam
Parlimen, beliau akhirnya tersingkir. Beliau tidak bersetuju dengan pihak-pihak
yang mahu melanggar undang-undang, tetapi disebabkan dalam parti pembangkang,
berkata benar menjadi satu “masalah” akhirnya Tengku Abdul Aziz terpelanting.
Di Selangor, seorang Exco Kerajaan Negeri dari PAS, datuk Dr
Hasan Ali juga terpelanting keluar dari hireki kepimpinan PAS kerana bercakap
benar. Beliau yang berusaha mempertahankan aqidah umat Islam di Selangor,
akhirnya menjadi mangsa politik rakus pembangkang.
Jalur Tiga atau JATI yang dipimpin Dr Hasan kini sedang
menjelajah seluruh negara menerangkan kisah sebenar perjuangan Islam, Melayu
dan Kedaulatan Raja-Raja, tetapi PAS yang sudah bersekongkol dengan PKR dan DAP
tidak memerlukan pemimpin macam Dr Hasan sebaliknya mereka memerlukan Khalid
Samad atau lebih dikenali sebagai Khalid Gereja di Selangor.
Jadi, jika Fuziah masih dipilih sebagai calon oleh PKR untuk
bertanding di Parlimen Kuantan, bererti, PKR mahu Fuziah terus mengunakan isu
Lynas sebagai bahan kempennya dan rakyat serta pengundi di kawasan Kuantan
perlu terus dibohongi.
Jika orang lain yang tidak menyokong pembangkang makan nasi,
makan kentang dan makan ayam, tetapi penyokong pembangkang akan terus makan
“pembohongan” pemimpin-pemimpin PKR, DAP dan PAS. Mereka suka dibohongi
selama-lamanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan