Jumaat, 22 Jun 2012

Maszlee Malik – Jangan sudu lebih dari kuah


Oleh Wan Yusof Wan Ngah

MEMBACA tulisan Maszlee Malik, moderator Debat Khairy Jamaluddin Abu Bakar-Rafizi Ramli (Harakah 22-24 Julai 2012) bertajuk Mengapa saya cabar Najib-Anwar?, mengundang saya mencatatkan sesuatu di sini, supaya rakyat, khususnya pembaca blog yang rajin berfikir dapat menilaikan pandangan kedua mengenai debat.

Sebenarnya, sebelum Maszlee tampil menjadi moderator, sudah ramai moderator dikenali di Malaysia ini. Antaranya Datuk Johan Jaafar dan beberapa orang lain. Namun, semua moderator yang pernah dikenali sebelum munculnya Maszlee ini, tidaklah celupar dan bertindak lebih sudu dari kuah.

Kalau dia bertanya, siapakah yang menang dalam debat KJ-Rafizi, saya sendiri mempunyai jawapan yang berbeza dengan Maszlee. Kebetulan, Maszlee adalah moderator malam itu, dan dia bukan pengadil. Macam mana dia boleh beri tahu orang lain siapa yang menang dan siapa yang kalah.

Jadi, kalau dia bertindak sebagai moderator, tidak usahlah dia mengada-ngada untuk bertindak sekaligus sebagai pengadil perdebatan. Dia tidak berhak langsung. Itulah sebabnya, ramai yang berpendapat, Maszlee sudah menunjukkan warnanya yang sebenar.

Dia mirip kepada pembangkang dan sukar untuk menerima hakikat bahawa KJ bawa fakta manakala Rafizi bawa auta. Dia seolah-olah berbangga dengan perdebatan itu kerana secara tidak langsung dapat memperkenalkan Rafizi di mata orang ramai, kerana sebelum itu Rafizi ini seperti tidak dikenali.

Rafizi boleh mengucapkan terima kasih kepada Maszlee kerana bantuan Maszlee kepadanya ketika perdebatan itu menyebabkan dia tidak dikalahkan secara teruk oleh KJ. Kepetahan KJ bercakap (berpidato) dengan fakta-fakta menyebabkan Rafizi menjadi budak mentah yang tidak bernilai apa-apa ketika itu.

Walaupun para penyokong PKR bertepuk gembira ketika Rafizi mendabik dada kononnya dia seorang akuantan tetapi hanya orang-orang yang tidak boleh menerima hakikat dan kenyataan sahaja yang tetap mempertahankan kepalsuan.

Bagi saya, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak tidak perlu berdebat (membuang masa) melayan dan menyahut cabaran. Rakyat Malaysia semuanya sudah matang. Bukan yang tahu berdebat sahaja yang matang dan bukan rakyat yang mengatakan perdebatan itu penting sebagai lambang kematangan, tetapi rakyat yang tahu bersyukur dan berterima kasih adalah sebenarnya rakyat yang matang.
PM Najib sibuk ke sana ke mari kerana menjalankan kerja dan sibuk di pejabat kerana merancang kerja-kerja untuk meneruskan pembangunan dan pembelaan kepada rakyat, manakala Anwar ibrahim sibuk juga menyusun pelbagai fitnah dan pembohongan untuk rakyat.

Keputusan PM Najib boleh melegakan rakyat dengan pelbagai bantuan dan durian runtuh. Keputusan Anwar pula tentulah menyedihkan rakyat apabila dia dilihat serupa dan mirip dengan seorang lelaki yang melakukan perbuatan tidak senonoh dengan seorang pelacur China.

Semua ini termasuk perbicaraan antara Anwar dengan Saiful Bahari Azlan sudah memperlihatkan Anwar ini mempunyai penyakit, tetapi Maszlee tidak pula mencabar Anwar supaya berdebat atau bersumpah. Yang nak dicabarnya ialah PM Najib yang mahu dimasukkan dalam perangkap durjana pembangkang, supaya jangan membuat kerja-kerja untuk rakyat, sebaliknya sibuk melayan cabaran dan berdebat.

Maszlee mendakwa kononnya rakyat Malaysia yang matang sebenarnya merupakan pihak yang menang dalam perdebatan KJ-Rafizi tetapi bagi saya, ialah sesuatu yang membuang masa bagi mereka yang menonton kerana apa yang Rafizi fitnah itu sudah dibuat oleh kerajaan dan apa yang diperkatakan oleh KJ itu, semuanya sudah jelas dan nyata.

Malangnya, bagi mereka yang tidak mahu meneirma hakikat dan kenyataan, yang hitam dikatakan putih dan yang putih dikatakan hitam. Mereka tetap tidak akan menerima hakikat dankebenaran kerana mereka telah termakan hasutan pembangkang mengatakan semua yang Barisan Nasional (BN) buat salah dan apa yang mereka janjikan, termasuk bulan dan bintang itu benar!

Padahal, rakyat sudah matang dan rakyat (majoriti) menerima BN dan PM Najib lebih dari mereka yang menerima Anwar. Ini yang Maszlee dan Rafizi perlu tahu.

Tiada ulasan: