Oleh: Safiah Musa
dipetik dari: www.rahmank.com
SATU perkara yang Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Abdul Ghani Othman perlu tahu ialah ada pemimpin Umno bahagian bertindak di luar batas Perlembagaan Umno, apabila namanya tidak dicalonkan.
Jadi masalah, bila ada arahan supaya tiga nama dihantar oleh bahagian ke Ibu Pejabat Umno, ada yang tidak dapat menerima hakikat bahawa Jawatankuasa Bahagian tidak menyokongnya.
Salah seorang kepimpinan bahagian, bila hanya mendapat dua sokongan, menganggap ada pihak tidak suka kepadanya.
Tentulah, ketua bahagian menjadi sasaran. Macam-macam fitnah disebarkan sekarang di Kluang, kononnya, ketua bahagian berkonspirasi dengan ahi-ahli jawatankuasa bahagian supaya tidak mencalonkan seseorang itu.
Hari ni, seseorang itu sudah meroyan. Menjadi sasau tidak tentu pasal dan memfitnah ketua bahagian. Resume peribanya sudah sampai ke merata tempat, untuk melobi menjadi calon dalam PRU 13, mewakili BN, padahal, Ketua Umno Bahagian baru sahaja sepenggal menjadi ADUN dan kini merupakan Exco Kerajaan Negeri.
Perbuatan ini perlu diketahui Menteri Besar selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri. Ia perlu disekat kerana Umno akan hancur jika perbuatan seperti ini berterusan. Hakikatnya, di Kluang, memang ada satu kerusi diwakili Umno dan setakat ini, tempat itu diisi oleh Ketua Bahagian.
Apa yang menyebabkan orang-orang lain sasau dan meroyan? Sabarlah.
Kalau ada rezeki, tidak ke mana. Sejarah membuktikan pemimpin Umno bahagian dari Kluang tidak pernah tersisih. Dulu, semasa arwah Datuk Syed Zain menjadi ketua bahagian, arwah bertanding di DUN Parit Raja, di bawah Parlimen Sri Gading.
Maknanya, kepimpinan Umno Johor bijaksana. Disebabkan Bahagian Kluang tidak mempunyai kerusi yang diperuntukan kepada Umno, maka ketua bahagian di situ diberikan tempat bertanding di luar kawasan itu.
Kemudian, apabila sudah ada kawasan yang diperuntukan kepada Umno, ketua bahagian Kluang dapat bertanding di kawasan sendiri, bermula dari Ghafar Gorahu, yang pernah dilantik menjadi Senator dan kemudiannya ADUN.
Kini, tempat Ghafar disandang YB Md Jais Sarday. Apa yang menyebabkan ada orang meroyan? Bukankah Md Jais layak dan berkebolehan? Kenapa perbalahan dalam Umno dipanjang-panjangkan sedangkan, beliau menang sebagai ketua bahagian walaupun sering cuba dijatuhkan pelbagai pihak.
Ada orang-orang yang mengaku rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan memainkan peranan untuk melihat kepimpinan Md Jais dilihat sebagai tidak baik. Hakikatnya tidak begitu. Rakyat dan pengundi di Kluang menerima Md Jais dengan gembira walaupu ada yang meroyan melihat kehebatan Md Jais.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan