Khamis, 21 Jun 2012

Faekah vs. Azmin: Khalid Akan Kalah


Oleh: Khadijah Seman
Dipetik dari www.rahmank.com
SEBENARNYA serangan beberapa pemimpin PKR terhadap Faekah Husin, Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bukanlah bertujuan menjatuhkan Faekah dari kedudukan itu, tetapi sebenarnya “mereka pukul anak sindir menantu”.

Serangan ini sebenarnya ada kaitan dengan kisah seorang wakil rakyat PKR Selangor yang tersebar gambar adegan lucah dalam tandas. Ramai yang mengesyaki bahawa ini kerja-kerja dari Pejabat Menteri Besar Selangor.

Kebetulan, wakil rakyat itu pernah dikatakan akan menjadi Menteri Besar Selangor kerana Khalid Ibrahim didakwa tidak begitu cekap menguruskan politik di Selangor dan kadang-kadang dilihat berbalah dengan Pegawai Kerajaan Negeri dan pihak Istana.
Faekah memang keras. Ramai yang tahu, selepas dia dilantik menjadi Setiausaha Politik, banyak kenyataan-kenyataannya dilihat terlalu keras dan bukan watak seorang ahli politik wanita. Namun, dalam PKR Selangor, memang ramai wanita PKR Selangor macam hilang budi bahasa kalau bercakap dan tidak pernah menghormati perasaan pihak yang diserang.
Biasalah. PKR memang melahirkan ramai pemimpin-pemimpin yang keras. Itu sebab ada yang menggelarkan PKR itu Parti Keras Rakyat. Keras yang bertempat, ok. Tetapi keras dengan kawan-kawan sendiri, tidak akan menjanjikan politik kepartian yang sihat.
Faekah kalau menyerang kepimpinan Umno dan BN di Selangor, opps…, maaf cakap, terlalu buruk bunyinya. Seolah-olah semua pemimpin BN dan Umno bodoh dan yang pandai, hanya mereka yang masuk PKR.
Malangnya, bila dia bertindak keras dengan sama-sama sendiri, dalam PKR, maka dia kenalah bersedia, kemas barang-barang dan keluar dari Pejabat Menteri Besar.
Khalid Ibrahim tidak ada pilihan. Kalau boss besar marah, memang tidak ada maaf bagimu lagi. Kalau Khalid Ibrahim mempertahankan Faekah, silap-silap, Khalid Ibrahim yang kena keluar dari Pejabat Menteri Besar Selangor. Berakhirlah riwayat politiknya, jika nasibnya tidak baik.
PKR bukan sebuah parti politik yang mempunyai agenda perjuangan kerana agama, bangsa atau negara. Mereka memperjuangkan kepentingan politik peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhajat menjadi Perdana Menteri, selepas terkeluar dari Umno dan BN.
Ingat, seorang Timbalan Ketua Menteri di Pulau Pinang, ditekan supaya melepaskan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri dan dipaksa mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri yang diwakilinya. Mustahil kita semua tidak ingat cerita ini. Kalau masih ingat, syukur Alhamdulilah.
Jadi, Faekah Husin, kalau masih berminat dengan politik PKR, berhati-hatilah. Kalau ditakdirkan dia jatuh dari kedudukannya, tidak ada sesiapa akan membantunya kerana kawan-kawan dalam PKR tidak akan mempertahankannya.
Semua yang duduk dalam PKR takut dengan kuasa yang ada pada Azmin Ali. Jika Azmin yang melakukan kesalahan, tidak ada sesiapa yang mampu membuat desakan supaya Azmin berundur.
Tetapi, kalau Faekah yang terkasar, macam-macam desakan akan muncul mendesak supaya Faekah disingkirkan.

Tiada ulasan: