Khamis, 14 Jun 2012

Tangguh Pergi Haji : Fatwa Baru PAS


Oleh Tarmizi Md Salleh

ORANG besar PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, yang juga anak saudara Datuk Nik Aziz Nik Mat sudah arahkan orang-orang PAS, tangguhkan dulu pemergian mereka ke Tanah Suci Mekah tahun ini, kerana pilihan raya umum (PRU) 13 mungkin diadakan dalam musim Haji tahun ini.

Arahan Tuan Ibrahim itu disokong Timbalan Pesuruhjaya PAS 111 Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, kerana hukum mengerjakan Haji katanya macam hukum wajib bersholat, iaitu bila-bila pun boleh, dalam waktunya.

Disebabkan Haji boleh dilakukan setiap tahun tetapi PRU hanya diadakan lima tahun sekali, maka mereka dikehendaki berada di kawasan masing-masing dan tidak pergi menunaikan Fardhu Haji.

Saya tidak berniat memperbahaskan arahan dari Tuan Ibrahim dan sokongan dari Mohd Amar ini tetapi saya nak beritahu kepada pembaca semua, orang PAS, apa sahaja yang dikeluarkan oleh pemimpin mereka, mereka akan patuh. Mereka anggap ini “wahyu” dan tidak boleh dilawan.

Dulu, mereka yakin dengan janji pemimpin PAS bahawa perjuangan PAS ialah mahu menegakkan Negara Islam. Mereka yakin. Mereka bukan yakin di dunia, malahan yakin sampai ke mati. Malahan, ada yang mahu kain kafan mereka mestilah Bendera PAS. Ini kerana mereka berkeyakinan sokongan mereka terhadap PAS akan menjanjikan syurga.

Yang sudah meninggal dunia, membawa keyakinan hasil janji pemimpin PAS itu hingga ke liang lahat. Sekarang pemimpin PAS berjanji pula mahu menubuhkan Negara Berkebajikan. Pun orang PAS percaya bahawa itu yang akan dilakukan oleh PAS. Keyakinan ini juga akan dibawa hingga ke liang lahat.

Bagi orang yang cerdik, mereka sudah faham tentang PAS. Pengikutnya dijanjikan syurga kerana itu yang kekal abadi. Apa yang di dunia hanya bersifat sementara. Memang mudah menipu manusia dengan janji agama. Itulah sebabnya ada ajaran sesat, ada Nabi Palsu dan ada yang mendakwa dia merupakan ketua kerajaan di langit.

Malangnya, penyokong PAS tidak dapat menerima ilmu secara terbuka. Semua mufti mereka sifatkan sebagai tidak betul kerana tidak menyokong PAS. Yang menyokong PAS sahaja betul. Inilah malangnya bagi penyokong PAS. Kalau mereka dapat menerima semua ilmu dari semua sudut, mereka tidak akan menjadi taksub seperti ini.

Macam mana hendak betulkan keyakinan penyokong PAS yang sudah meninggal dunia kerana mereka berjuang hingga ke akhir hayat mahu menegakkan Negara Islam? Mereka sudah pergi, tetapi para pemimpin PAS tidak pernah rasa bersalah dengan janji dan manifesto mereka itu. Kini mereka berjanji lagi.

Bagi orang yang tahu tembelang PAS ini, mereka menjauhkan diri. Sebab, hanya kesedaran sendiri sahaja yang boleh merobah keyakinan orang PAS. Jika mereka sedar mereka “berada di laluan yang salah”, tentulah mereka bersedia untuk mencari jalan yang lurus. Malangnya, mereka merasakan jalan yang salah itulah jalan yang lurus. Maka, sampai matilah mereka akan sesat kerana bagi mereka, tiada orang agama yang lebih pandai dari Nik Aziz Nik Mat.

Tiada ulasan: