Khamis, 12 Julai 2012

Jika BN memerintah siapa MB Selangor?


Oleh Zainal Yusof

BN di Selangor berhempas pulas berusaha mahu berkuasa semula di Selangor. Pelbagai program di susun bagi mendekati rakyat. Walaupun Juara Rakyat yang diperkenalkan Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan Umno nampaknya sudah mati, tetapi Jelajah Janji Ditepati nampaknya mengambil tempat dengan jayanya.

Dalam kesibukan mereka bekerja untuk meraspas kembali Selangor dari tangan DAP (disebut DAP kerana DAP lebih berkuasa dari PKR) Bn seolah-olah tidak menonjolkan siapakah bakal Menteri Besar Selangor jika BN menang kembali.

Bila disebut nama Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamad, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor, ramai yang mengatakan bahawa Mohd Zin tidak dilahirkan di Selangor. Namun, jika Sultan dan rakyat Negeri Selangor mahu menerima Mohd Zin, tidak timbul sebarang masalah mengenai isu ini.

Ada pula yang tidak suka jika nama Datuk Noh Omar diketengahkan kerana mereka medakwa Noh tidak “mesra rakyat”. Kata-katanya kasar dan tidak mudah senyum dengan orang ramai. Mereka takut tengok cara Noh berpakaian – satu sut dari atas sampai bawah. Ia tidak sesuai jadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan MB Selangor yang sering masuk ke sawah dan kampung-kampung.

Kata mereka, Noh layak kalau jadi Menteri Fesyen Lelaki supaya mudah wanita-wanita mendekatinya. Ini kata mereka yang tidak sukakan Noh.

Ada juga yang mencadangkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin. Namun, tidak pula kedengaran yang Khusrin berminat atau pun tidak.

Ada juga yang mencadangkan agar nama Tan Sri Razali Ismail, tauke Puncak Niaga diketengahkan. Tetapi ada juga yang tidak yakin dengan kemampuan dan kelayakannya.

Tiba-tiba ada orang menyebut nama Bendahari Umno Selangor, Datuk Fateh Iskandar. Korporat muda ini dikatakan layak untuk diketengahkan dan setakat ini tiada kedengaran suara-suara yang menentangnya. Jika Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bersetuju, rasanya tidak banyak masalah untuk mengenengahkan tokoh muda yang berjaya dalam dunia perniagaan ini.

Jadi, dalam pemilihan calon BN dalam PRU akan datang, PM kena memilih nama-nama baru dan muda, walaupun beberapa orang lama perlu dikekalkan. Noh dan Zin sendiri tidak boleh berkecil hati jika nama mereka digugurkan kerana rakyat Selangor sudah menyampah dengan orang-orang lama yang tidak pernah mahu belajar dari sejarah lambau.

Selangor kini pelru disandarkan dengan muka-muka baru yang lebih dipercayai dan lebih diyakini. Jangan nanti, rakyat menolak calon-calon yang Perdana Menteri ketengahkan hanya kerana mereka sudah dilihat tidak mampu lagi memberi perhidmatan terbaik kepada rakyat.

Yang baru sepenggal menjadi wakil rakyat, PM boleh pertimbangkan nama mereka untuk dicalonkan semula jika mereka masih diterima rakyat. Tetapi yang sudah lebih dari dua penggal, eloklah berundur dengan cara baik kerana mereka semuanya sudah tidak bertenaga dan idea pun sudah beku dan sebu.

Oleh itu, PM kena cari jalan, kemukakan muka-muka baru yang lebih diyakini dan tidak ada rekod pernah terpalit dengan cerita kahwin dua, kahwin tiga dan banyak skandal.

Maklumlah, di Selangor ni, anak kampung pun bila dipilih jadi wakil rakyat serta-merta berangan-angan nak beli rumah berharga RM20 juta, padahal, rumah yang mereka diami ketika di kampung tidak sampai RM20,000 nilai pasarannya.

Terserahlah kepada PM dalam menentukan siapakah calon dan bakal MB Selangor.... BN diyakini akan menang jika pilihan calon dan bakal MB tepat!

Tiada ulasan: