Oleh Tarmizi Md Salleh
TERIMA kasih Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kerana telah “melepaskan” PTPTN kepada pelajar-pelajar Unisel, yang sebelumnya digantung sementara bagi memberi peluang kepada Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan PKR membuktikan mereka mampu memberi pendidikan percuma apabila memerintah.
Dalam masa yang sama, ucapan terima kasih dan tahniah juga harusnya diberikan kepada Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Sdr YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar kerana menyatakan tidak bersetuju dengan tindakan Kementerian Pengajian Tinggi yang mengantung PTPTN kepada pelajar-pelajar Unisel.
Ramai yang percaya, Mohamed Khaled melakukan itu mestilah bersebab dan melepaskan penggantungan itu juga mestilah bersebab. Khabarnya, Naib Cencelor Unisel merayu kepada Menteri Pengajian Tinggi supaya pengantungan tersebut dilepaskan. Prihatin terhadap rayuan tersebut, Mohamed Khaled melepaskannya.
Ada tiga perkara di sini yang dapat kita semua pelajari. Pertama, semua pihak khususnya jangan pandai bercakap dan pandai berjanji sahaja. Kononnya hendak bagi pendidikan percuma. Baru tiga hari dikenakan “pengantungan PTPTN”.... mereka mengelabah. Eloklah, lain kali kalau nak bercakap, fikir dulu. Kalau hendak berjanji, tengok dulu.
Kedua, PTPTN memang perlu dan ia bukan perkara main-main. Ada yang hendak berpindah dari Unisel ke koleh lain dan ada yang nak berhenti belajar kerana tidak dapat pinjaman PTPTN. Di mana Rafizi Ramli yang kononnya akuantan pergi ketika ini. Bantulah Menteri Besar Selangor buat akaun supaya seluruh pelajar dari Selangor, tidak perlu meminjam PTPTN dan dibantu mereka untuk belajar.
Ketiga, negara ini mempunyai pemimpin yang berkaliber. Mereka bukan sahaja berusaha mendidik pelajar-pelajar tetapi dalam masa yang sama mereka mendidik ibubapa pelajar, pemimpin-pemimpin pembangkang dan kaki-kaki bercakap banyak yang tidak tahu mentadbir kewangan sebenarnya.
Jika bukan Mohamed Khaled Nordin yang berani berbuat demikian, siapa lagi? Hantarlah anak-anak mereka yang selalu tidak puashati terhadap kerajaan ke luar negara. Khususnya, negara-negara yang mereka sanjung tinggi kerana boleh memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya.
Para mahasiswa kena belajar memerhati dengan mata hati. Untuk bercakap memang mudah kerana tidak memerlukan modal. Tetapi untuk mentadbir negara, ia bukan dilakukan dengan bercakap dan berceramah sahaja. Ia memerlukan kecekapan dan kebolehan mentadbir dan mengurus.
Hari ini, Allah memberkati pemimpin-pemimpin negara ini dengan membantu mereka untuk bekerja siang dan malam, bagi memberi pelajaran kepada rakyat. Rakyat dan pelajar kena ingat, Unisel itu ditubuhkan oleh Umno dan Kerajaan Barisan Nasional (BN). Ia bukan ditubuhkan atas ilham dan idea pemimpin PKR, atau PAS atau DAP!
Malangnya, mereka yang bernaung dan mendapat pendidikan di situ tidak tahu betapa besarnya jasa pemimpin Umno dan BN selama ini. Mereka yang memerintah Selangor sekarang ini, semuanya mendapat pelajaran dan melalui kemewahan hidup atas kebijaksanaan pemimpin Umno dan BN selama ini.
Cuma, mereka sombong dan berlagak lebih pandai dari orang lain. Mana dia Teressa Kok dan lain-lain pemimpin yang sempat berbogel di Selangor bila pelajar-p;elajar Unisel tidak dapat PTPTN? Adakah mereka menghantar bantuan kepada para pelajar ini?
Jawapannya tidak. Tetapi kalau ada anak Melayu yang duduk berkhemah dan berdemontrasi di Dataran Merdeka, mereka akan dihantarkan makanan dan minuman. Sebab apa, sebab mereka ini seronok bila ada anak-anak Melayu yang pandai, tidak memilih untuk belajar, sebaliknya memilih untuk berkhemah di Dataran Merdeka. Sedangkan anak-anak bangsa lain, giat belajar dan menimba ilmu. Anak Melayu dijadikan alat untuk berdemontrasi dan merusuh!
Mengharapkan pemimpin-pemimpin PAS, mereka hanya akan pergi berceramah di waktu malam, manakala siangnya mereka tidur. Selepas berceramah, mereka akan dihulurkan sampul surat berisi wang sebagai “upah ceramah”.
Pemimpin Umno dan BN bekerja siang dan malam membangunkan negara. Mereka, tidur dan berceramah.... tetapi, malangnya, masih ada yang mahu menyokong kaki tidur dan kaki ceramah ini. Macamlah pembeli membeli ubat di kaki lima lagak mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan