Oleh Zamzuri Damanhuri
PAS tetap dengan pendirian mereka bahawa Perhimpunan Bersih
itu selari dengan syariat Islam, ketika Majlis Fatwa Kebangsaan tetap
berpendirian Bersih itu haram.
Keputusan PAS diumumkan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz
Nik Mat, manakala Majlis Fatwa Kebangsaan melalui Pengerusinya, Prof Tan Sri Dr
Abd Shukor Hussin.
Orang PAS dan penyokong PAS tentunya akan patuh dengan
keputusan PAS itu kerana mereka memang berguru dengan Nik Aziz sahaja. Kalau
Nik Aziz kata ketika siang terbit bulan, manakala waktu malam, ada matahari,
pun orang PAS akan percaya. Mereka tidak pernah nampak, Nik Aziz ni sudah jauh
tersasar.
Berbeza dengan Majlis Fatwa Kebangsaan yang dianggotai
Mufti-Mufti dan bijak pandai Islam, tidak pernah membuat sesuatu keputusan atau
pendirian kerana kepentingan mana-mana pihak kecuali kepentingan Islam, pun
orang-orang PAS tidak dapat menerimanya.
Orang PAS dan penyokong PAS sanggup mengutuk mana-mana Mufti
yang tidak membuat kenyataan dan pendirian yang menyebelahi parti mereka
termasuk pernah menggelar Mufti Negeri Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria
sebagai “haramasani”.
Macam-macam lagi gelaran yang mereka hamburkan, bukan kerana
kepentingan Islam, tetapi kerana mereka taksub kepada Nik Aziz, mereka tidak
peduli apakah wajar atau tidak mengelar seseorang yang berilmu dan baik dengan
gelaran yang buruk.
Pendirian Majlis Fatwa kebangsaan tetap dengan pendirian
haram bagi umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi bertujuan tidak
baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam
negara.
Prof Tan Sri Dr Abd
Shukor Hussin berkata, keputusan sebulat suara yang dicapai pada muzakarah
ke-99 jawatankuasa majlis itu , awal bulan lalu turut disepakati Mufti
Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
Beliau berkata, dalam membuat keputusan itu, pihaknya
mengambil kira bukan sahaja kesan penganjuran Bersih 3.0 sebaliknya dua
perhimpunan Bersih terdahulu dan beberapa demontrasi penunjuk perasaan di
negara ini.
Mengulas mengenainya, Abd Shukor berkata, kebanyakan
demontrasi mendatangkan kesan negatif
sama ada terhadap persekitaran, perpecahan, persengketaan dan ketegangan kaum
serta agama.
“Malah, jika demontrasi itu berhasrat untuk menjatuhkan
mana-mana pemerintah yang dipilih rakyat secara sah, maka jelas hukumnya haram,”
beliau dipetik sebagai berkata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan