Oleh: Safiah Musa
Dipetik dari : www.rahmank.com
ORANG kuat PKR sekarang, Rafizi Ramli yang khabarnya dipanggil oleh Bank Negara, mendapat pembelaan awal dari seorang peguam keturunan India. Kenyataan awal peguam keturunan India ini ialah menganggap panggilan dari Bank Negara ini sebagai pelik (Malaysiakini, 30hb Mei 2012).
Belum tahu apa-apa lagi, belum pergi ke Bank Negara lagi, dah buat kenyataan awal, ini sesuatu yang pelik. Dahsyat betul peguam yang menyokong PKR sekarang ni. Mereka boleh buat apa sahaja, pihak yang dikaitkan akan dianggap pelik jika memanggil mereka.
Kalaulah peguam ini duduk di Madras, India, mungkin mereka boleh jadi tukang perbaiki basikal rosak sahaja. Undang-undang yang mereka pertikaikan itu sudah ada di Malaysia sebelum PKR wujud lagi.
PKR adalah sebuah parti baru. Undang-undang berkaitan kesalahan di bawah akta Bank Negara sudah wujud lebih lama dahulu, sebelum Rafizi masuk PKR dan Peguam ini belum disahkan sebagai peguam.
Saya saja tak mahu sebut nama peguam itu di sini kerana saya menyampah. Mereka, kalau boleh mahu terus melanggar undang-undang dan pihak berkuasa tak boleh ambil apa-apa tindakan. Kalau baru nak ambil tindakan, mereka mahu politikkan…. mereka akan anggap ini agenda politik Umno dan Barisan Nasional (BN).
Sebenarnya, Rafizi kena bertanggungjawab. Kalau berani buat kena berani tanggung. PKR banyak duit dan kos guaman bukan masalah kepada PKR untuk membela Rafizi. PKR kena jaga Rafizi kerana Rafizi merupakan orang penting PKR sekarang.
Hanya Rafizi satu-satunya budak mentah yang masih sayangkan PKR. Yang lain-lain, ramai yang sudah melarikan diri. Takut duduk lama-lama dalam PKR.
Pepatah Melayu ada mengatakan; “tangan yang mencincang, bahu yang memikul”. Rafizi yang berpendidikan akaun mungkin kurang tahu pepatah ini tetapi masa bersekolah menengah, tentu dia ada belajar pepatah seperti ini.
Ketika dia menyerang satu-satu pihak dahulu, bukan main suka dia dengan publisiti yang dia terima. Sekarang, bersedialah menerima kesan dari apa yang dia buat. Dia jangan ingat semua benda dia boleh bercakap kerana negara ini ada undang-undang.
Jangan pula bila dia kenakan orang lain, dia anggap undang-undang itu adil. Bila dia kena pula, dia anggap undang-undang itu untuk melindungi penguasa dan ini merupakan konspirasi mahu mengenakan dia.
Kalau macam itu, mudah sangatlah hidup sebagai pembangkang. Mereka boleh buat apa sahaja manakala pihak yang berkuasa, kena berhati-hati untuk bertindak takut dituduh sengaja mahu mengenakan penyokong pembangkang.
Kalau rakyat yang cerdik membaca tuduhan Rafizi pada satu-satu pihak sebelum ini, mereka akan tahu bahawa budak mentah ini tidak tahu apa yang dia cakap dan betulkan caranya menyerang satu-satu pihak cara begitu.
Tapi, mungkin dia terfikir kali inilah dia boleh popular dan mendapat tempat di hati Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka dia sanggup melakukannya.
Barangkali juga dia ingin menjadi calon dalam PRU 13 ini atas tiket PKR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan