Khamis, 31 Mei 2012

Debat Anwar – Najib: Apa Perlunya?


Oleh: Wan Yusoff Hj Wan Ngah
Dipetik dari www.rahmank.com
PIHAK pembangkang, yang sudah tidak terkejar dengan populariti Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, mengacah-acah Perdana Menteri supaya sedia berdebat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Saya tertawa dengan acahan tersebut, kerana pembangkang menjadikan isu debat Rafizi-KJ baru-baru ini atas tajuk PTPTN, sebagai bahan mereka menyerang KJ dalam komentar selepas perdebatan tersebut.
Sepatutnya pihak pembangkang yang terlalu ghairah mencabar Perdana Menteri berdebat, menukarkan debat antara Anwar yang mereka kasihi dengan Datuk T, Trio Datuk yang mendedahkan video, adegan lucah seorang lelaki mirip Anwar dengan pelacur China.
Itu yang lebih perlu. Topiknya, betulkan lelaki mirip ketua pembangkang itu bukan ketua pembangkang. Kemudian, cari bukti di mana hilangnya jam omega yang didakwa kepunyaan Anwar, disimpan oleh seorang saksi dalam pendedahan adegan video seks ini.
Barulah seronok dengar debat seperti ini. Jika, isu PTPTN dan janji palsu pendidikan percuma cuba dihebahkan pembangkang dan kenyataan balas KJ yang berwibawa tidak dapat diterima, memang tidak ada gunanya Perdana Menteri berdebat dengan Ketua Pembangkang.
Pertamanya, buang masa. Keduanya, mereka nak menumpang keluar TV kerana jika Perdana Menteri yang tampil berdebat, sudah pasti mendapat liputan TV.
Maka, saya sukalah menyarankan Perdana Menteri dan pegawai-pegawai Perdana Menteri supaya menasihatkan Perdana Menteri, supaya jangan masuk perangkap seorang lelaki yang wajahnya mirip-mirip pemimpin besar pembangkang.
Perdana Menteri rancak mengadakan pertemuan dengan rakyat sambil menghulur bantuan. Anwar Ibrahim buat apa? Semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, pernahkah dia terfikir mahu mengadakan “durian runtuh” seperti ini kepada rakyat?
Jadi, Perdana Menteri boleh terus melaksanakan tugasnya dan usah melayan keinginan pembangkang yang tidak kunjung padam ini. Mereka nak tunjukkan kehebatan Anwar berpidato. Itu zaman dahulu. Zaman di mana orang tidak tahu sebab apa Anwar pandai pidato.
Sekarang, sejak orang sudah tahu Anwar sanggup berjanji bulan dan bintang, di samping membuat fitnah, orang tidak hairan dengan kehebatannya berpidato. Semuanya bohong dan saja-saja nak bercakap supaya kerajaan dapat digambarkan sebagai “tidak mampu”.
Padahal, Anwar sendiri tahu apa yang Perdana Menteri lakukan sekarang, cukup memberi tekanan kepada pembangkang. Malahan, pembangkang tercungap-cungap mahu mengejar pergerakan Perdana Menteri ke seluruh pelosok tanahair.
Maka, cara mereka nak menampakkan kehebatan mereka ialah dengan mengajak berdebat. Perkara yang hendak didebatkan itu tidak lain tidak bukan adalah perkara-perkara yang boleh memalukan kerajaan dengan fitnah mereka.
Percayalah! Mereka tidak ada fakta tetapi mereka banyak auta!

Tiada ulasan: