Selasa, 15 Mei 2012

Pembangkang sekarang ni takut dengan “tunggul”

Oleh Zainal Yusof

PEMBANGKANG kini bukan sahaja takut dengan bekas Ketua Polis Negara (IGP), Tun Mohamad Hanif Omar, malahan jika tunggul kayu pun diletakkan sebagai Pengerusi Panel Penasihat Bebas menyiasat demontrasi Bersih 3.0. Ini kerana mereka bimbang terdedah segala-galanya, apa yang mereka rancang, termasuk usaha memburuk-burukkan polis dan pasukan keselamatan yang mengawal kententeraman awam sepanjang Himpunan Bersih 3.0. Kalau Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak takut dengan gertakan Anwar Ibrahim dan Salahuddin Ayub, beliau tidak perlu gusar dengan perlantikan Tun Mohamad Hanif ini. Berilah kepercayaan kepada beliau untuk mengetuai panel ini kerana “kerajaan tidak perlu tunduk” kepada pembangkang kerana kerajaan sekarang ada mewakili suara majoriti manakala pembangkang pula mewakili suara minoriti. Anwar Ibrahim memang sudah pasti tidak menyokong perlantikan Mohamad Hanif kerana dia tahu Mohamad Hanif banyak tahu rahsia kehidupannya selama ini dan inilah yang amat-amat ditakutinya. Bagi Anwar, jika boleh dia mahukan itik atau angsa mengetuai panel ini kerana itik dan angsa boleh disuruh bercakap ikut cakap pembangkang. Jadi, kalau semua perlantikan mahu dibuat mesti mendapat persetujuan Anwar Ibrahim, lebih baiklah Menteri Dalam Negeri meletakan jawatan. Harapan suara majoriti nampaknya tidak menjadi keutamaan kerana “pihak yang mejoriti ini” senyap sebaliknya, yang minoriti sentiasa bising. Mereka yang menyokong pembangkang sebenarnya cukup-cukup takut dengan Mohamad Hanif. Dulu, ada desas-desus mengatakan Perdana Menteri bercadang melantik Tun Mohamad Hanif sebagai Senator dan melantiknya menjadi Menteri Dalam Negeri. Namun, desas-desus itu senyap begitu sahaja. Kalaulah Tun Mohamad Hanif dilantik menjadi Menteri Dalam Negeri, rasanya ada yang terkencing dalam seluar. Maklumlah, Tun Mohamad Hanif bukan sebarangan pegawai polis. Banyak benda yang beliau tahu dan banyak hal yang beliau sudah memaklumkan kepada Tun Dr Mahathir ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri. Begitu juga dengan Tan Sri Abd Rahim Noor, seorang lagi bekas IGP. Kalau beliau diberi peranan penting dalam hal-hal keselamatan negara, rasanya ada pihak yang demam tak kebah. Maklumlah, Rahim juga mempunyai banyak pengalaman mengenai Anwar Ibrahim dan beberapa orang pemimpin pembangkang. Jadi, kalau Menteri Dalam Negeri bercadang mahu menukar Tun Mohamad Hanif dari jawatan tersebut, lantiklah Tan Sri Abd Rahim Noor. Mudah-mudahan, dengan pertukaran itu tidak menyebabkan Anwar Ibrahim dan Salahuddin Ayob yang secara terang-terang membantah perlantikan Tun Mohamad Hanif akan “melarikan diri” ke Kedutaan Turki dengan dakwaan kononnya ada usaha membunuhnya. Malangnya, bagi penyokong PKR, telinga mereka sudah pekak. Mata mereka sudah buta. Mereka tidak mahu bertindak meninggalkan Anwar dan Pas kerana bagi mereka “menyokong Anwar dan Pas akan membawa mereka ke syurga”. Mereka ke surau-surau belajar agama sekarang ini, sentiasa mendengar hasutan dari ustaz-ustaz palsu kononnya menentang Umno dapat pahala dan menyokong Pas masuk syurga. Kesihannya dengan pengikut-pengikut PKR dan Pas. Mereka “setengah masak”. Mereka tidak pintar dan tidak dapat menerima kebenaran. Ada seorang Timbalan Menteri yang bertindak seperti budak tidak berapa cerdik dalam Umno, Datuk Saifuddin Abdullah juga dikatakan tidak bersetuju dengan perlantikan Mohamad Hanif. Timbalan Menteri yang bertindak seperti budak tidak berapa cerdik ini mungkin mahukan Hishammuddin bertanya kepadanya terlebih dahulu sebelum membuat perlantikan. Kesihannya Umno mempunyai seorang “timbalan menteri” yang macam lulus darjah enam sekolah rendah. Malangnya Perdana Menteri (PM) Mohd Najib Tun Abd Razak yang mengekalkan Timbalan Menteri yang kurang cerdik ini sebagai anggota kerajaan. Boleh buang sahaja dia. Cukuplah menjadi seorang Timbalan Menteri yang “tidak berfungsi” langsung demi pembangunan mahasiswa universiti dan melahirkan anak-anak Melayu cemerlang. Lebih baik lantik sahaja bekas-bekas IGP ini ke jawatan yang sedang disandang oleh Hishammuddin dan Saifuddin jika mereka ini terus menerus menjadi “gunting dalam lipatan”.

Tiada ulasan: