Oleh Wan Yusoff Haji Wan Ngah
SATU sahaja yang hendak saya nasihatkan YB Mohamad Azmin Haji Ali.... pulanglah! Jumpa ibu dan minta maaf. Masiha ada ruang untuk berbaik dan bermaaf-maafan.
Jangan ikutkan hati. Ini bukan isu politik. Ini isu antara ibu dan anak. Kita dilahirkan oleh ibu kita dan kita tidak jadi seperti kita hari ini tanpa ibu kita yang terlalu banyak berjasa kepada kita.
Jangan merujuk dengan Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam hal seperti ini. Jangan merujuk dengan Datuk Ambiga dalam kes seperti ini. Jangan bertanya dengan Mat Sabu dalam hal ibu dan anak. Tanya hati sendiri. Tenangkan fikiran dan ingat, kita tidak menongkat langit.
Satu sahaja perkataan yang paling sesuai buat YB ialah pulanglah! Kalau malu, bawa balik anak dan isteri sekali. Ibu akan sejuk hati melihat cucu-cucunya.
Mohon maaf dari ibu. Tidak kemana kita ni tanpa restu dan doa dari ibu. Apa yang kita kejar sebenarnya dalam hidup ini jika bukan syurga di akhirat kelak?
Saya tidak berniat untuk mengajar YB Azmin. Ibumu Hajah Che Tom Yahaya merinduimu sebenarnya. Mustahil dendam tak berkesudahan. Ingat! Dalam kes seperti ini, usah merujuk kepada Nik Aziz, Ambiga atau Mat Sabu.... juga jangan sesekali merujuk dengan Subky Latif.
Benar! YB sekarang sudah berjaya. Benar! YB sekarang sudah jadi YB. Sudah jadi Ahli Parlimen, sudah jadi ADUN dan sudah jadi Timbalan Presiden PKR. Tidak lama lagi, dapat jadi Presiden PKR dan mungkin juga akan dapat jadi macam-macam lagi, termasuk mungkin dapat jadi Menteri Besar Selangor kalau apa yang dirancangkan menjadi.
Tetapi selagi YB tak selesaikan masalah YB dengan emak sendiri, YB tidak menjadi manusia dan pemimpin yang baik. YB hanya akan dipandang keji di mata masyarakat. Mana ada agama di dunia membenarkan anak menderhaka kepada emak sendiri.
Berlinang airmata emak bila YB tak balik ke rumah sejak sembilan bulan lalu. Sampai emak YB sebut, dia mengandungkan YB selama sembilan bulan 10 hari.... maknanya, dia sudah terlalu sedih dengan apa yang YB lakukan.
YB mungkin mempunyai alasan YB sendiri, lagi-lagi adik-beradik YB memainkan peranan besar yang menyebabkan YB sukar untuk pulang ke rumah. Pedulikan semua itu. Pulanglah!
Nanti, macam-macam lagi akan keluar. Bukan setakat gambar dalam tandas, atas sofa dan sebagainya, malahan, banyak lagi bukti akan keluar. Bila airmata emak dah keluar, bukan sahaja YB akan dimalukan, malahan saya yakin YB akhirnya akan terkeluar dan mungkin di hujung-hujungnya “masuk ke dalam”.
Masuk ke dalam mana? Tentulah YB fahamkan. Saya dengar macam-macam cerita mengenai YB semasa YB jadi SUSK Menteri Kewangan dulu. Ketika itu, siapa yang boleh melawan kehendak dan keinginan YB.
Banyak juga YB diberikan hadiah jam tangan yang mahal-mahal, selain dari macam-macam pemberian dari mereka yang berkehendakkan “masa untuk berjumpa Datuk Seri Anwar Ibrahim”.
Waktu itu, jika dkira logik akal, mana mungkin YB Datuk Seri Anwar boleh masuk penjara. Tetapi, kuasa Allah, siapalah yang tahu.
Jadi, sebelum YB “masuk ke dalam”.... saya nak ulang sekali lagi, apapun fahaman politik YB, apa pun perjuangan YB, siapa pun YB dan tinggi mana pun pangkat YB, pulanglah! Jumpalah emak dan mohon maaf darinya. Ziarahlah pusara arwah ayah yang tidak jauh dari rumah emak!
Mungkin tiada sesiapa dalam PKR yang berani menasihatkan YB. Mungkin juga tiada siapa dalam PAS yang sedia menasihatkan YB dalam hal ini. Tiada siapa dalam DAP yang mahu berkata benar dalam bab hubungan antara anak dan emaknya ini, tetapi saya, saya tetap mahu YB pulang ke pangkuan emak, walau apa pun alasannya.
Perkara ni susah dan berat. Pertama, kerana ia sudah diketahui umum. Tak apalah. Tanggunglah. Melayu ni mudah lupa. Dulu, YB ada keluarkan kata-kata kesat kat Tun Dr Mahathir Mohamad. YB mungkin terlepas cakap, tetapi inilah kesan dan akibatnya kerana saya difahamkan, jasa Tun Dr Mahathir juga besar kepada kehidupan YB.
Saya tidak bersetuju YB meninggalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Datuk Seri Anwar pun tidak mampu kehilangan YB. Saya yakin, kalau YB meninggalkan Datuk Seri Anwar, boleh meroyan salah seorang daripada Yb atau Datuk Seri Anwar. Ini mungkin berlaku kerana YB sekarang adalah ibarat Datuk Seri Anwar dan datuk Seri Anwar sekarang, ibarat YB Azmin. Kedua-duanya saling bantu membantu dan saling perlu memerlukan.
Opph! Saya sudah tersentuh soal politik pula. Bila tersentuh soal politik, nanti ada orang ingat ini kes politik. Tidak, ini bukan kes politik. Ini kes YB dengan emak YB sendiri.
Kalau emak masih sihat, ajak emak ke Makkah. Buat umrah. Kalau emak tak mahu pergi, ajak kakak-kakak dan ipar duai sekali. Berbaik-baiklah. Tapi, yang penting, senangkan hati emak. Yang lain-lain tu, macam pelakon tambahan aje... ada pun ok tak ada pun ok.
Janagn saman Utusan Malaysia pula kerana mengeluarkan cerita ni. Kesihan kat Utusan Malaysia, asyik kena saman aje. Tetapi jasa Utusan Malaysia juga besar kepada YB kerana dengan pendedahan Utusan Malaysia ini, maka YB yang mungkin sedang terlupa disebabkan kemewahan hidup dan kuasa yang ada, boleh ingat semula.
Semua manusia pernah melakukan kesilapan. Bumi mana yang tak ditimpa hujan. Yang paling penting, kita bila dah tersedar melakukan kesilapan, cepat-cepat bertaubat dan memohon maaf kepada insan yang perlu kita minta maaf.
Kawan-kawan YB dah lama marahkan YB kerana perubahan sikap YB sejak kebelakangan ini. Ingat tak YB kenapa Datuk S Nallakarupan bertindak meninggalkan PKR? Tentulah kerana YB terlalu “dimanjakan” oleh Datuk Seri Anwar.
Akhirnya, Datuk Seri Anwar terpaksa menahan dan menepis pelbagai serangan dari sahabat lamanya Datuk nalla. Kerana apa, kerana kasih dan sayangnya kepada YB. Oleh itu, pulanglah YB ke pangkuan emak!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan