Oleh Zamzuri Damanhuri
POLIS sudah menahan seorang pelajar UiTM, Khalid Ismath, 22 tahun yang menulis dalam FB nya, mahu membunuh polis.
Khabarnya, bukan main marah bapanya, kerana anaknya bukan “mat rempit”. Saya kesihan dengan bapa pelajar ini kerana dia tidak sedar bahawa anaknya yang bernama Khalid lebih bahaya dari “mat rempit” yang dia minta polis tangkap itu.
Kalau saya menjadi Khalid, saya tidak akan babitkan emak dan bapa saya untuk berdepan dengan polis yang hendak saya bunuh.
Kalau saya, saya pergi seorang diri ke mana-mana balai polis kerana ini yang dikehendaki polis. Kalau polis nak tangkap saya, silakan kerana saya tidak pernah takut dengan polis yang saya nak bunuh kesemuanya.
Apa barang bila bercakap tidak ikut akal. Tapi bila nak ke balai polis, ajak emak, ajak bapa, ajak peguam dan ajak macam-macam orang mengiringi. Takut ke? Macam mana nak bunuh polis kalau diri sendiri penakut.
Ada sekeping gambar, Khalid Ismath dilihat memegang tulisan “menuntut kebebasan akademik”. Saya tidak berminat untuk mengulas perkara ini kerana sayang anggap mereka yang tidak berpuashati dengan sistem akademik di Malaysia, sepatutnya menyambung pelajaran di luar negara.
Apa barang, bila belajar di UiTM yang kerajaan bagi subsidi, masih ada rasa tak puashati? Apa masalah budak ni? Kalau saya tak silap, UiTM ada 200,000 penuntut dalam satu-satu masa. Kalau ada seratus dua yang tidak bersetuju, kemaslah tikar bantal, belahlah!
Kenapa nak menghasut pelajar-pelajar lain supaya jadi sepertinya? Nak jadi hero, bukan cara ini. Belajarlah pandai-pandai. Capailah keputusan cemerlang. Bandingkan keputusan sendiri dengan keputusan anak-anak bangsa lain. Bukan buat perangai nak bunuh polis.
Dalam hidup kita, tidak ada sesiapa yang tidak pernah “makan budi” dengan polis. Yang marah polis hanyalah komunis. Kalau kita tidak termakan ideologi komunis, mustahil kita nak bunuh polis. Apa hal nak bunuh polis?
Apakah kalau kita berurusan dengan JKR, apabila kita tidak puashati dengan kakitangan JKR, kita nak bunuh semua kakitangan JKR?
Apakah kalau kita berurusan dengan kedua ibu bapa kita, kalau ada perkara yang kita tidak puashati, kita akan seru supaya bunuh kedua ibu bapa kita?
Inikah yang kita belajar selama ini? Kita nak jadi apa sebenarnya? Khalid Ismath kena ingat, mempertahankan kerajaan yang terlalu banyak berjasa kepada kita, kepada kedua ibu bapa kita dan kawan-kawan kita, juga adalah “hero”.
Amatlah tersilap jika dia beranggapan bahawa jika menentang kerajaan sahaja menjadi hero sedangkan hakikatnya, dia terlupa bertanya kepada dirinya “apakah sumbangan aku kepada negara aku?’
Kalau kita tidak ada sumbangan apa-apa, janganlah kita pula nak bunuh polis yang banyak menyumbang kepada sebuah negara aman damai seperti Malaysia yang kita tumpangi ini. Malaysia negara kita tetapi Malaysia juga negara kepada 28 juta penduduk lain.
Kalau kita benci sangat dengan Malaysia, kita kena ingat, ada jutaan manusia lain amat mencintai Malaysia.
Kalau kita nak berlawan dengan polis yang banyak menyumbang kepada keamanan negara ini, kena kenalah bersedia untuk berdepan dengan pelbagai masalah kerana ada jutaan manusia yang masih memerlukan sumbangan dan kehadiran polis dalam kehidupan sehari-harian.
Kalau Khalid Ismath dan bapanya tidak percaya yang jutaan manusia memerlukan khidmat polis, pergilah ke mana-mana balai polis di seluruh negara. Setiap saat, ada sahaja manusia yang akan berada di balai polis kerana berurusan dengan polis.
Adakah kerana polis memerlukan kehadiran mereka itu? Jawapannya, sebahagian besar yang hadir itu adalah dari kalangan yang memerlukan khidmat polis.
Sebagai pelajar universiti, kenapa ini pun Khalid tidak boleh faham? Macam mana Khalid dididik sebelum ini? Kenapa budak ni jadi rosak seperti ini? Adakah dia berfahaman seperti Hitler yang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebut baru-baru ini? Kalau nak jadi Hitler, masuklah tentera.....
Saya nak tengok VC UiTM Datuk Sahol Hamid Abu Bakar berani bertindak atau tidak terhadap Khalid Ismath. Maklumlah, ada VC yang tahu pelajar-pelajarnya terlibat dengan gerakan komunis seperti ini, masih menyerahkan kepada Menteri Pengajian Tinggi , Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang mengambil tindakan.
Itulah sebabnya, apabila ada pelajar universiti berkhemah di Dataran Merdeka, tiada apa-apa tindakan diambil terhadap budak-budak ini.
Itulah sebabnya, apabila ada pelajar-pelajar universiti menghantar batu nisan ke Pejabat Menteri Pengajian Tinggi, tidak kedengaran langsung tindakan diambil terhadap mereka ini.
Saya juga ingin mendengar apakah tindakan pelajar-pelajar UPSI yang berguling dan berhimpun di atas jalan raya kerana berdemontrasi tidak lama dahulu diambil tindakan.
Selagi VC main selamat dan tidak memperdulikan semua ini, akan berlaku lagi masalah-masalah seperti ini, kerana pelajar-pelajar ini tahu bahawa universiti tempat mereka belajar tidak mampu berbuat apa-apa.
Inikah bakal pemimpin masa depan? Atau inilah bakal penyangak yang akan mengetuai tunjuk perasaan bila-bila masa sahaja, dengan syarat ada “orang yang anti Islam” mengarahkannya.
Kesihannya budak-budak Melayu seperti ini.... mereka tidak cerdik dan mereka tidak bijak. Mereka jadi bodoh dan mudah diperbodohkan kerana ada pemimpin yang menjadi idola mereka sedia menjadi kuda tunggangan DAP.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan