Oleh Ahmad Haji Ishak
SEBENARNYA YB Mohamad Azmin Ali dalam keadaan “demam”. Dia demam kerana macam-macam sudah terdedah sekarang. Bukan sahaja kisah “selingkoh” tetai masalah paling hina dalam hidupnya ialah “emaknya sendiri” mendakwa dia sudah tidak datang menjenguknya sejak sembilan bulan lalu.
Emaknya sendiri kecewa dengan apa yang berlaku dan mengungkit betapa kecewanya dia kerana anak sendiri tidak memperdulikannya walaupun sudah hidup senang lenang sekarang, kerana terlalu sayangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kemudian, keluar pula gambar-gambar selingkoh seorang lelaki yang wajahnya salin tak tumpah wajah YB Mohamad Azmin Ali. Kebetulan, Mohamad Azmin dipetik sebagai berkata, itu semua taktik Umno untuk menghancurkan politik seseorang sepertinya.
Dia tidak menafikan gambar lelaki mirip wajahnya itu adalah wajahnya sendiri. Saya tidak tahu kalau dia ada menafikan tetapi saya tidak terbaca tetapi yang saya tahu ialah dia tidak menafikan. Ada kawan-kawan lamanya ajak dia bersumpah lanat di Masjid Negara untuk menafikan dakwaan itu, tetapi YB Mohamad azmin tidak menghadirkan diri.
Bagi orang PKR, cerita selingkoh ini tidak penting. Mereka tetap menyokong kalau pun gambar lelaki itu adalah YB Mohamad Azmin. Bagi mereka, semua mereka akan masuk syurga kerana PKR menyokong PAS dalam PRU “sebab” undi PAS akan dijamin masuk syurga. Itu janji ulama politik mereka.
Kesihan orang PKR. Semua hal mereka halalkan kerana mereka “sudah tersesat jauh”. Mulut mereka sentiasa memaki hamun. Yang baik pun, tapi tidak menguntungkan PKR, mereka akan kata tak baik. Benda yang tak baik pun, asalkan ia dilakukan oleh PKR dan pemimpin mereka, mereka akan kata itulah yang baik dan dapat pahala di akhirat.
Kenapa mereka kata begitu? Kerana mereka ini adalah penyokong LGBT. Mereka berketuakan orang-orang yang mengaku Islam tetapi bertopengkan “syaitan”. Di mana Anwar Ibrahim bersholat Jumaat? Siapa ada terjumpa Anwar Ibrahim sholat Jumaat? Dulu, dia pernah naik mimbar baca khutbah. Sekarang kenapa dia tak buat lagi?
Dalam kehidupan ini, betul seperti senikata sebuah lagu nasyid, Islam ni buat agama diwarisi... kita kena belajar walaupun kita dilahirkan sebagai orang islam. Kerana kita beribu bapakan Islam. Tetapi tugas menuntut ilmu adalah wajib bagi kita. Janganlah kerana kita dilahirkan dari keluarga ustaz, kononnya kita lebih “alim” dari orang lain.
Kalau benarlah Anwar Ibrahim yang ada dalam video yang tersebar luas bersama pelacur China itu, kalau benarlah Azmin yang bersama perempuan di dalam tandas seperti yang tersebar itu, sepatutnya semua pengikutnya (termasuk yang menyokong LGBT) wajib meninggalkan mereka, meninggalkan PKR. Parti ini sesat sebenarnya.
Sampai hari ini, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abd Rahim Tamby Chik hairan mengapa Anwar tidak menyaman Datuk T yang bertanggungjawab mendedahkan video Anwar dengan pelacur China itu.
Bukan Tan Sri Rahim sahaja yang hairan, tetapi ungka dan monyet juga turut kehairanan kerana Anwar tidak bertindak sedemikian. Betul kata Tan Sri Abd Rahim, selagi Anwar tidak bertindak mempertahankan dirinya itu, ibarat Anwar sekarang sedang berbogel di khalayak ramai. Malangnya, para penyokong PAS seronok “menyaksikan” Anwar berbogel, seperti kata Tan Sri Abd Rahim.
Dulu, ada seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizeberth Wong juga ada gambar “separuh bogel”. Bukan main ribut Menteri Besar Selangor mempertahankannya. Kononnya YB Eli ni suci walaupun suci dalam debu.
Dalam bab YB Azmin dan YB Anwar Ibrahim, Tan Sri Khalid Ibrahim seperti tidak berminat untuk memberi sokongan sebagaimana dia menyokong YB Eli dulu. Kenapa jadi macam ni?
Dalam hal ini, saya tabik betul kepada beberapa pemipin PKR yang lain, yang lebih awal membuat keputusan untuk meninggalkan PKR. Mereka sudah nampak apa yang ada di depan mereka dan mereka tidak mahu berketuakan seseorang yang sentiasa berbogel di khalayak ramai kecuali masyarakat PKR semuanya sedang berbogel sekarang ini.
Tentulah Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin mula terfikir, jika dia membaca artikel ini, apakah orang ramai juga menganggap dia sednag berbogel... oh tidak!
Janganlah berbogel.... tidak menutup aurat, misalannya tidak memakai tudung pun Zuraidah marah-marah orang lain di khalayak ramai, inilkan pula berbogel di khalayak ramai. Tapi, kalau Azmin dan Anwar, mungkin Zuraidah akan pertahankan kerana Zuraidah takut kehilangan kerusi dan tidak terpilih menjadi calon lagi.
Azmin, bila nak balik jumpa emak? Azmin, bila nak tinggalkan Anwar Ibrahim. Azmin, bila nak suruh Anwar pakai seluar dan baju supaya tidak terus berbogel?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan