Oleh Ahmad Haji Ishak
SAYA pelik. Budak-budak sekarang seperti tidak mengertai. Kalau tak mahu membayar hutang, jangan sesekali meminjam. Bayangkan, kalau orang meminjam dengan kita, kemudian, mereka tak mahu membayar. Sediakan kita?
Samalah juga dengan PTPTN.... yang meminjam kita, kenapa kita tak mahu membayar? Biarlah orang yang nak membayar sahaja meminjam. Peliklah perangai budak-budak sekarang, tahu nak meminjam tetapi tak sedia membayar.
Satu contoh, kalau kita sewakan rumah kita kat orang, kemudian orang tu tak nak membayar sewa rumah kita, perlulah yang tak mahu membayar sewa rumah itu bangkit berdemontrasi.... hapuskan sewa rumah, batalkan sewa rumah.... dan maki hamun tuan punya rumah.
Kalau kita seorang yang rasional, kita tidak akan bersedia menerima keadaan seperti ini. Kita tidak akan jadi begitu bodoh, sanggup meminjam dan kemudian, kita maki orang yang bagi kita meminjam. Ingat, orang yang bagi kita meminjam adalah orang yang melepaskan kita di waktu kita sesak. Tetapi selepas kita terlepas dari sesak, kita maki orang yang melepaskan kita dari kesesakan.
Nanti orang akan kata “ibarat melepaskan anjing tersepit”. Bila ada orang kata begitu, tentu tak elok kerana budak-budak disamakan dengan anjing. Padahal budak-budak itu bukan anjing Cuma bidalan mengatakan seperti itu. Anjing pun tahu membalas budi tuannya tetapi kenapa budak-budak universiti tak boleh jadi lebih baik dari anjing tersepit?
Sudah-sudahlah. Sebagai manusia, tiada siapa yang tidak melakukan kesilapan. Kalau dah tersilap, atau dah tersesat di hujung jalan, kembalilah ke pangkal jalan. Ada pula, yang marah-marah Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Kata mereka, kenapa menteri tak bertindak?
Yang patut kena marah ialah budak-budak universiti yang berdemontrasi tu. Mereka patut diketuk kepalanya. Mereka yang patut dimaki. Bukan kita maki menteri kerana menteri sudah menjalankan tugasnya dengan baik.
Satu hal lagi, para Naib Cencelor (VC) universiti ni buat apa? Kenapa mereka tak berani bertindak terhadap budak-budak mentah yang kurang ajar ni? Apakah mereka tidak melanggar peraturan universiti? Sampai boleh mereka menghantar batu nisan ke Kementerian Pengajian Tinggi?
Datuk Seri Mohamed Khaled seorang yang bijak. Beliau tidak mahu membalas tindakan budak-budak hingusan ini dengan menghadiah batu nisan atau keranda atau kain kapan kepada budak-budak ni. Beliau seorang pemimpin yang tinggi adap sopannya. Maka, beliau menasihatkan budak-budak ni (baca: mencabar) supaya memulangkan semula pinjaman PTPTN yang sudah mereka ambil.
Kalau saya, saya sahut cabaran Menteri Pengajian Tinggi itu. Kalau saya nak melawan, saya pulangkan semula apa yang saya pinjam. Kalau saya nak meminjam, saya tak akan melawan sebab saya tahu mengenang budi orang yang membantu saya.
Nanti akan ada orang berkata, masih belajar dah berhutang. Memanglah. Mana ada manusia yang tidak berhutang? Kalau mereka sedar, paling tidak mereka terhutang budi. Mak mereka melahirkan mereka di hopsital kerajaan. Mereka sudah terhutang budi dengan pihak kerajaan kerana semuanya percuma.
Mereka bersekolah rendah di sekolah kerajaan. Semuanya dengan bantuan kerajaan. Nanti mereka kata memang tanggungjawab kerajaan tetapi dalam masa yang sama, mereka tidak pernah bertanya apakah tanggungjawab kita kepada kerajaan.
Kalau kita tak boleh membalas budi kerajaan, kita kenanglah. Hutang budi dibawa mati. Itu yang diajar oleh kedua ibubapa saya kepada saya. Ibu bapa saya kata, jangan makan budi orang kalau kita takut tak dapat nak mengenang budinya atau tak dapat membalas budinya.
Nasib baik saya tidak membenarkan diri saya berhutang dengan kerajaan termasuk meminjam PTPTN. Sebab saya takut kalau suatu masa nanti saya tak boleh bayar, saya juga akan memaki kerajaan. Tapi Alhamdulilah, walaupun saya tak pernah meminjam PTPTN, tetapi saya tidak pernah melupakan budi kerajaan yang membina sekolah, hopital, jalan raya dan masjid untuk saya gunakan setiap masa.
Nak suruh emak dan bapak saya buat masjid, rasanya mustahil. Jadi bila kerajaan buat masjid, tugas saya ialah menjaga kebersihan masjid dan menggunakan semua kemudahan yang kerajaan bagi dengan sebaik mungkin. Ini kerana, orang lain juga nak gunakan kemudahan itu.
Samalah dengan PTPTN. Kalau kita bayar apa yang dipinjam, orang lain akan dapat pinjam dan gunakan pula. Kalau saya pinjam dan tak mahu pulangkan semula, orang lain yang berhak mendapat pinjaman tidak dapat menggunakannya.
Cuba kita bandingkan dengan meminjam buku di perpusatakaan. Kalau kita tak pulangkan apa yang kita pinjam, macam mana orang lain nak pinjam selepas itu?
Saya yang tidak belajar di universiti pun dapat berfikiran macam tu, malangnya budak-budak hingusan yang sempat belajar di universiti tak dapat berfikiran secara baik.
Isnin, 16 April 2012
Tak nak berhutang, usah meminjam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan