Jumaat, 3 Februari 2012

Terima kasih Ku Li kerana tak boikot Umno Kelantan

Oleh Zainal Yusof



BAGI orang Umno Kelantan, bila Tengku Razaleigh Hamzah sudah menafikan beliau memboikot mesyuarat Umno negeri, ia sepatutnya suatu berita gembira buat mereka jika mereka benar-benar mahu melihat Umno dan BN kembali memerintah negeri Cik Siti Wan Kembang itu.




Walaupun bukan Tengku Razaleigh yang bakal menjadi faktor penentu menang atau kalah Umno dan BN di Kelantan, tetapi jika semua ketua bahagian, termasuk Ku Li yang mengetuai Umno Bahagian Gua Musa sudah menyatakan kesediaaannya bersama-sama Umno Kelantan, nampaknya impian Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno, Datuk Seri Mustapa Mohamed akan tertunai pada PRU 13 akan datang.


Cuma, selepas Ku Li dah mengesahkan beliau tidak memboikot Umno Kelantan, janganlah pula ada ketua-ketua bahagian dari Kelantan yang buat perangai tak elok. Jangan cari masalah baru dan jangan bergaduh sama-sama sendiri, kalau mahu melihat Umno menang di Kelantan.


Datuk Seri Mustapa pula, apabila nak adakan mesyuarat Badan Perhubungan Negeri Kelantan, janganlah hantar surat lewat kepada Ku Li. Beliau mungkin ada kerja dan urusan lain yang sudah diatur yang menyebabkan panggilan mesyuarat tidak dapat dipenuhi.

Cuma satu hal yang ingin dicadangkan ialah, Umno bahagian-bahagian lain, aturkan ceramah untuk Ku Li berikan.

Buat di peringkat bahagian dan sesekali, buat di peringkat negeri secara besar-besaran. Ku Li boleh membantu Umno untuk menang semula di kelantan, jika orang Kelantan bersatu hati dan tidak cakap lain, tetapi buat lain.

Kalau orang Kelantan sayangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, hadiahkan kemenangan gemilang buatnya dalam PRU 13. Sudah terlalu lama Kelantan duduk di bawah PAS. Bila lagi orang Melayu Kelantan nak bangkit untuk membawa perubahan, kalau bukan dalam PRU 13?


Begitu juga dengan TPM, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. Beliau memasang harapkuan Umno dan BN.
Malangnya, orang Kelantan sendiri tdak berfikiran seperti pemikiran Datuk Sri Najib dan Tan Sri Muhyiddin. Masing-masing bercita-cita tinggi tetapi tidak ikhlas berkawan. Kalau mereka tidak dapat, mereka dengnki dan kalahkan orang lain yang dapat.


Dalam hal ini, kerajaan pusat sudah banyak membantu Kelantan. Tetapi rakyat Kelantan tidak langsung membantu kerajaan Pusat. Kalau menang banyak kerusi Parlimen itu bererti rakyat Kelantan memberi sumbangan kepada kerajaan Pusat memperkuatkan kerajaan.

Itu sahaja. Menangkan BN bererti menangkan rakyat Kelantan. Kalau kalahkan BN, maknanya, lemahkan kerajaan Pusat. Tak malukah orang Kelantan asyik mendapat bantuan kerajaan Pusat Seperti OKU tetapi tidak pernah membantu kerajaan Pusat untuk memperkuatkan kerajaan.


Dah 20 tahun lebih orang Kelantan menerima bantuan dari kerajaan Pusat, kali ini bayarlah semula pengorbanan dan bantuan kerajaan Pusat itu denagn memberi kemenangan kepada Umno dan BN dalam PRU 13.

Sudah cukuplah memberi peluang kepada PAS yang menyebabkan keadaan Islam dan orang Melayu kucar-kacir. Jangan biarkan ia berterusan begini kerana bimbang, Kelantan nanti akan menjadi pengeluar “orang kucar kacir” terhebat di Malaysia.
Banyak sangat fatwa songsang keluar dari mulut orang Kelantan. Kalau pasal bercakap, orang Kelantanlah yang pandai. Kalau pasal berniaga, orang Kelantanlah yang ramai berniaga. Kalau pasal berdikir barat, orang Kelantanlah yang cukup hebat, tetapi bila bab memilih kerajaan, orang Kelantan tidak cukup cerdik.
Jadi, bila Ku Li sudah menyatakan kesediaannya untuk bersama-sama hadir mesyuarat dengan Umno Kelantan, gunakan kesempatan ini untuk meminta jasa baik Ku Li membantu seluruh bahagian di Kelantan menang semula pilihan raya.

Gunakan juga khidmat bekas Menteri seperti Tan Sri Annuar Musa yang kini hebat bersama pasukan bolasepak Kelantan.


Ramai pemimpin tempatan Kelantan yang berkebolehan tetapi janganlah mereka ini selepas berjaya dan kaya-raya, tidak ambil kisah dengan nasib Umno.
Terus bercakap mengenai jasa Umno kepada rakyat. Terus ajak mereka tanpa ada rasa jemu. Kalau ada seorang berdua yang memilih untuk keluar meninggalkan Umno, hambat mereka cepat-cepat keluar dari Umno kerana orang ini pun, selama duduk dalam Umno tidak ada memberi sumbangan kecuali mereka yang dapat habuan dari Umno.

Mereka hidup mewah kerana Umno. Mereka hantar anak-anak belajar tinggi kerana Umno. Mereka dapat terbang ke sana ke sini kerana Umno. Tetapi akhirnya mereka mahu mengkhianati Umno, silakan. Orang seperti ini tidak akan selamat.
Pedulikan mereka kerana mereka tidak ramai.
Ku Li seorang pemimpin yang tinggi auranya. Orang Kelantan kalau bercakap pasal politik tidak dapat memisahkan nama Ku Li dari bibir mereka. Tak tahulah kerana mereka sayang atau kerana mereka benci tetapi Ku Li seperti aur dengan tebing dalam Umno Kelantan.
Bersatulah wahai orang-orang Kelantan. Berilah sokongan kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Jika Kelantan di bawah kerajaan BN lebih banyak peluang yang rakyat akan dapat. Anak-anak pun selesa belajar dan mencari ilmu. Orang PAS tidak mempunyai perancangan apa-apa dalam hal pendidikan anak-anak kecuali mereka ajar anak-anak membenci Umno dan BN.
Di Kuala Lumpur, orang Kelantan kalau bercakap pasal politik, mereka tidak akan lepas dari bercerita mahu membantu rakyat di kawasan masing-masing. Tetapi disebabkan Kelantan duduk di bawah PAS, banyak halangan dan rintangan yang terpaksa mereka tempuh.

Kali ini, jika rakyat Kelantan bersatu hati, mereka akan dapat merubah negeri ini dari sebuah negeri yang kotor kepada sebuah negeri yang indah dan membangun. Benarkan pengajian pondok tetapi modenkan sistemnya kerana dunia sekarang dunia yang serba baru dan canggih.

Jangan biarkan anak-anak Kelantan minum air kotor dan berwarna. Umno jika memerintah Kelantan pasti akan dapat memperbaiki semua ini.

Begitu juga dengan banjir yang melanda Kelantan pasti akan dapat diatasi, walaupun mungkin tidak serentak, teapi sedikit demi sedikit. Di bawah PAS, kita hanya diajar berdoa supaya Kelantan tidak dilanda banjir.
Usaha mengatasi banjir mereka tidak lakukan.

Tiada ulasan: