Oleh Zainal Yusof
DAH baca dua portal ini? Satu Malaysiakini.com dan satu lagi Mstar.com.my. Kedua-duanya menyiarkan gambar Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil dilihat berada di Pejabat SPRM, jam 4 petang tadi.
Dalam Malaysiakini mendakwa Datuk Seri Shahrizat dipanggil oleh SPRM manakala di dalam Mstar.com.my mengatakan Datuk Seri Shahrizat dengan sukarela menawarkan diri untuk ke SPRM bagi menyelesaikan perkara-perkara yang perlu diketahui oleh SPRM.
Gambar yang kedua-dua portal ini siarkan ialah Datuk Seri Shahrizat bersalaman dengan Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali.
Mudah-mudahan, Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli akan berpuashati. Begitu juga dengan Zuraidah Kamaruddin. Mereka mungkin boleh tidur nyenyak kerana kalau ada kes SPRM akan mendakwa Shahrizat tetapi, kalau tidak ada kes, jangan pula mereka susah hati hingga hilang selera makan.
Maklumlah, mereka berdua ini khabarnya selepas selesai sahaja menyerang Datuk Seri Shahrizat mahu mencari jam Omega Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hilang dari simpanan. Khabarnya mereka berdua juga akan menjalankan siasatan sejauh mana video seks membabitkan seorang lelaki berperut boroi sedang melakukan hubungan seks dengan seorang pelacur China.
Kalau lambat lagi kes Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil selesai, lambat lagilah jam Omega yang hilang itu akan mereka cari. Maklumlah PKR khabarnya cukup percaya dengan kebolehan kedua-dua mereka ini, Mohd Rafizi dan Zuraidah Kamaruddin di dalam melakukan siasatan.
Mereka berdua bukan sahaja pakar menyiasat isu NFC tetapi mereka juga berkebolehan di dalam mencari jam Omega dan kesahihan tokoh berperut boroi di dalam video seks dengan pelacur China.
Tentulah ramai orang yang sedang menanti dengan penuh minat hasil siasatan mereka berdua ini. Ramai yang hendak tahu benarkan jam Omega itu dipunyai oleh seorang tokoh pembangkang terkemuka dan siapakah identiti sebenar lelaki yang berperut boroi dengan pelacur China tersebut.
Pastinya, selepas ini Mohd Rafizi dan Zuraidah Kamaruddin akan lebih popular di kalangan media dan orang ramai kerana pasangan ini dilihat cukup berkelayakan di dalam melakukan siasatan. Sesekali, kebolehan mereka berdua mengatasi kebolehan pegawai-pegawai penyiasat dari agensi penyiasatan tanahair.
Saya sendiri turut tidak sabar menanti hasil siasatan tersebut kerana saya ingin tahu apakah dakwaan mengatakan ada jam Omega yang ditemui itu benar-benar wujud atau sengaja dibuat-buat cerita untuk menarik perhatian ramai.
Kalau boleh, Mohd Rafizi dan Zuraidah Kamaruddin seringlah mengadakan sidang akhbar untuk melaporkan perkembangan hasil siasatannya itu. Jangan diam sahaja kerana mereka adalah pasangan penyiasat yang diharapkan mampu meletupkan sesuatu berita sensasi.
Ramai juga sebenarnya nak tahu berapakah harga seorang pelacur China yang dilanggani lelaki berperut boroi itu. Siapa yang membayarnya dan adalah lelaki
berperut boroi itu “regular customer” atau baru sekali menjadi pelanggannya.
Ada juga yang ingin tahu, kalau boleh Mohd Rafizi dan Zuraidah dedahkan, di manakah lokasi bilik berlakunya adegan yang dirakamkan video tersebut.
Lebih penting yang ingin diketahui oleh peminat video tersebut ialah siapakah yang merakamkan gambar tersebut? Adakah seorang Ahli Parlimen atau musuh poltiik seseorang.
Tolong ya Mohd Rafizi dan Zuraidah Kamaruddin jalankan siasatan dan dedahkan..... jangan tunggu lama-lama kerana pilihan raya sudah semakin hampir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan