Rabu, 8 Februari 2012

BENARKAH MALAYSIA SUDAH TIDAK BEBAS

Oleh Roslan Latif
Presiden ALMA

Sepanjang tahun 2011 , saya amat tertarik dengan tulisan tulisan anak bekas Perdana Menteri di dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris sejak awal tahun hingga lah ke akhir tahun , bukan sahaja mengecam hak bersuara malah sama sama terlibat secara aktif di dalam beberapa perhimpunan termasuk Sexuality Merdeka dan sanggup basah kuyup dengan T shirt kuning semasa perarakan Bersih bersama sama rakan karib beliau dari kumpulan Sister in Islam dan pejuang kebebasan yang menjadi ikon beliau, Ambiga dan Irene Fernandez. Kemungkinan juga selama 22 tahun ayah beliau menjadi Perdana Menteri , beliau tidak begitu bebas bersuara sehingga sanggup membuat kenyataan di dalam sebuah akhbar pembangkang konon nya di Malaysia sudah tidak punya hak bersuara malah lebih teruk berbanding di zaman ayah beliau sendiri.



Sama sekali tidak terkejut dengan kenyataan yang beliau tulis di akhbar kerana NGO sokongan beliau , Sister in Islam merupakan salah satu dari organisasi yang terlibat menandatangani memorandum terbuka kepada Presiden Obama supaya melaksanakan gerakan demokrasi di Timur Tengah dan Malaysia semasa Forum US and Muslim World di Doha pada 10 hb March 2009 di mana Anwar Ibrahim menjadi salah seorang jurucakap yang bukan sahaja memuji Obama melangit malahan menawarkan diri untuk melaksanakan cita cita pendemokrasian di Timur tengah dan Malaysia tersebut. Turut menandatangani memorandum tersebut termasuk Zainah Anwar (SIS), Aly Abuzakouk (MFI ), Imad Ad Deen Ahmad ( MFI) , Jamal Berjinzi (IIIT) dan di ketuai oleh Radwan Masmoudi dari Centre for Study of Islam and Democracy (CSID) yang di taja oleh National Endowment for Democracy (NED) yang di pengerusikan oleh Carl Gershman yang merupakan penyokong utama Islam Liberal. Radwan Masmoudi bersama Anwar, Azyumardi Azra, Ulil Abshar Abdilla antara tokoh tokoh yang terlibat secara langsung menggubal rangka – Building Moderate Muslim Network. Kumpulan ini juga aktif di Malaysia di bawah tajaan Konrad Adennauer dan Frederich Nouman Foundation melalui IKD , di ketuai oleh Khalid jaafar yang aktif menganjurkan workshop tentang gagasan pembaharuan John Locke , Russeau dan Charles Kuzman yang di anggap ahli falsafah tersohor Islam liberal. Antara tahun 1984 hingga 1997 sahaja 9 program anjuran IKD dan International Institute of Islamic Taught (IIIT) telah di anjurkan di Malaysia. IKD juga aktif menterjemahkan buku Immanual Kant (2007)- Apa itu pencerahan dan buku tulisan Ali Abd Raziq (1925) yang di haramkan oleh Kerajaan Mesir- Islam Wa Ushul Al Hukum yang memuja Kamel Artartuk dan Islam Liberal.

Apa kah benar kebebasan sudah berkubur di Malaysia ? Kebebasan yang bagaimana yang di anggap bebas sehingga kita sanggup mengorbankan nilai nilai budaya Melayu dan batasan agama Islam yang di terima oleh majority dari rakyat Negara ini. Apa kah kerana Barat memberi hak kepada kumpulan gay dan lesbian untuk berkahwin sesama sendiri , kita yang berpegang kepada agama Islam juga perlu memperjuangkan hak segelintir kumpulan yang sudah tersasar ini untuk turut berjuang atas nama kebebasan. Apa kah benar system pilihanraya di Negara ini tidak bersih ? Kalau tidak masakan Anwar mampu bertahan di Permatang Pauh turun temurun sejak ayah beliau , Dato Ibrahim yang menang sejak 1959 di ikuti oleh beliau sendiri, isteri beliau Wan Azizah malah kawasan sama pernah di menangi oleh PAS dan Gerakan. Kalau lah pilihanraya tidak bebas masakan Dr Mahathir sendiri boleh kalah kepada Yusuf Rawa di Parlimen Kota Setar tahun 1969. Apa kah mungkin Lim Kit Siang menjadi MP sejak 1964 begitu juga Tok Guru Nik Aziz yang sudah lebih 42 tahun menjadi Wakil Rakyat. Apa kah mungkin Pakatan Pembangkang mampu menang di Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang malah hampir mendapat majority di Perak. Apa kah Khalid Samad yang kalah terus menerus dalam 4 atau 5 kali pilihanraya mampu menang di kawasan majority Melayu di Shah Alam kalau lah system yang ada berat sebelah. Malah pada pilihanraya 1974 , melalui BN parti PAS yang menjadi pengkritik utama system pilihanraya pernah menang 100% di mana beberapa MP mereka menjadi Menteri dan Timbalan menteri termasuk lah Mustafa Ali sendiri. Kenapa soal system pemilihan tidak di timbulkan. Malah selama 16 tahun Anwar di dalam kerajaan, tidak pernah sekali pun di suarakan soal soal perjalanan pilihanraya sebalik nya menghala meriam nya dengan pelbagai kata kesat terhadap DAP, PAS dan Semangat 46. Kenapa semasa berkuasa beliau tidak terpikir untuk memperbetulkan AUKU, ISA dan pelbagai lagi akta yang beliau dan kumpulan nya yang pernah di dalam kerajaan, persoalkan sekarang. Syabas kerana beliau terlalu bersih kerana berjaya menguasai media melalui pengambilan TV3 dan NST di awal awal beliau menjadi Menteri Kewangan di samping mengeluarkan ratusan juta “ Pink Forms” kepada bapa beliau, adik beradik serta sahabat karib ABIM sehingga ada sahabat yang dulu nya berjalan kaki bersama beliau di Yayasan Anda menjadi kaya raya menguasai berpuluh syarikat awam yang kini menjadi MP yang merasakan beliau begitu bersih.

Saya sendiri sebagai pelajar pernah di paksa menyertai berpuluh tunjuk perasaan sejak 1973 bermula dari Tunjuk Perasaan Anti Amerika di Bangunan AIA Jalan Ampang semasa lawatan Thanom Kittikatcorn. Pertama kali saya mengenali Hishamudin Rais, Kamaruzaman Yaakub. Pertama kali juga saya mendengar jeritan “ Imperialis Amerika “, “ Yahudi “ dan pelbagai macam kata kesat. Rupa rupa nya orang yang sama lah sekarang ini menjadi juara kepada Carl Gershman, Martin Indyk. Kalau di parlimen beliau begitu lantang tentang APCO tapi beliau lupa semasa di dalam kerajaan beliau juga sama sama terlibat dengan Saatchi & Saatchi. Malah orang yang sama juga sanggup menjadi jurucakap kepada puak yang beliau kutuk satu ketika dulu dan lantang menyokong Islam liberal tajaan CSID, NED, RAND Corporation dan pelbagai NGO anti Islam di pelbagai Forum Antarabangsa. Agak nya beliau sudah lupa Surah Al Baqarah #120 yang pernah beliau baca di awal tahun 70an dulu... selama lama nya orang Yahudi dan Nasrani itu tidak akan redha ( senang hati) kepada kamu hingga lah kamu mengikuti agama ( cara hidup) mereka. Mungkin juga beliau juga sudah lupa kepada Surah Al Mujadillah # 22 ...Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum itu yang benar benar beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih saying dengan orang orang yang menentang Allah dan rasul Nya.

Di sebabkan tindakan para pelajar di awal tahun 70an yang sering berdemonstrasi dan meninggalkan kuliah ini lah AUKU di ujudkan pada pertengahan tahun 1970an , sekurang kurang nya memastikan para pelajar Bumiputra terutama nya lebih menumpu kepada akademik mereka yang begitu ketara berbanding pelajar bukan Bumiputra. Di Universiti Malaya pada tahun 1971 misal nya hanya terdapat seorang pelajar Melayu di Fakulti Kejuruteraan dan tiga pelajar di Fakulti Perubatan. Hanya segelintir di Fakulti Sains, Ekonomi dan Undang Undang. Rata rata yang mengambil Jurusan Kemanusiaan juga hanya mampu mendapat Kelas Dua Rendah dan Ijazah Am. Itu pun terpaksa mengulang termasuk Anwar sendiri. Malah majority dari pelajar Bumiputra ini masuk dengan keputusan HSC yang tidak cukup syarat. Sedikit sebanyak selepas DEB di mulakan pada tahun 1970 dengan penubuhan beberapa Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Agama Persekutuan dan MRSM , jurang antara kaum dapat di rapatkan tetapi dari segi kualiti graduan jurang ini kian melebar. Walau pun mungkin dari segi bilangan pelajar Bumiputra di IPTA melebihi pelajar bukan Bumiputra tetapi dari segi pencapaian terutama di kursus kursus kritikal seperti Kejuruteraan, Perubatan, Perakaunan, Perundangan, jurang antara kaum kian melebar. Hanya kira kira 10% graduan Bumiputra dari IPTA tempatan yanag mendapat Ijazah kelas Pertama dari sejumlah lebih 1000 orang yang mendapat Kelas Pertama setiap tahun. Itu pun di dalam kursus bukan kritikal seperti Bimbingan dan Kaunseling , Bahasa dan Pengajian Islam. Di IPTS keadaan menjadi lebih ketara di mana sekitar 10 -15% sahaja mampu memasuki IPTS terutama kampus cawangan seperti Monash, Nottingham, Curtin, Newcastle dan beberapa kolej perubatan seperti IMC, PMC, Manipal sebagai contoh. Berbanding dengan pelajar bukan Bumiputra yang cemerlang di peringkat STP, A Level, IB, Australian Matriculation, sebalik nya rata rata pelajar Bumiputra bergantung kepada Program Matrikulasi di mana hanya sekitar 15% sahaja yang mendapat CGPA 3.5 ke atas. Pelajar Bumiputra juga ketinggalan dari segi penguasaan bahasa asing berbanding pelajar bukan Bumiputra yang dapat menguasai sekurang kurang nya tiga bahasa. Tidak heran lah dari sejumlah 60,000 pelajar Bumiputra yang mengambil MUET , hanya sekitar 10 -15 orang sahaja yang mendapat Band 6 , kurang dari 700 Band 5 di mana lebih 85% mendapat Band 3 ke bawah. Tidak heran juga lah di Taylors College sahaja 403 orang, majority nya pelajar bukan Bumiputra mendapat sekurang kurang nya 3A di peringkat A Level di mana dari jumlah itu 185 orang mendapat 5A. Tidak heran juga lah masih ada 50,000 graduan yang menganggur, majority graduan Bumiputra , sedangkan rakan mereka yang lulus baik di samping mempunyai ijazah professional seperti ACA, CIMA, CFA mendapat tempat yang bergaji tinggi di KPMG, Earnst & Young, Deloitte , Boston Consulting dan sebagai nya sedangkan rakan graduan Bumiputra mereka sekadar menjadi guru sandaran atau Pegawai Sangkut di agensi kerajaan. Ini tidak termasuk ratusan ribu yang bekerja di luar Negara bergaji tinggi. Terpulang lah kepada pelajar Bumiputra samada untuk terus berdemonstrasi memperjuangkan keadilan atau menjadi kuda tunggangan puak puak tertentu atau pun memperbaiki prestasi diri sendiri untuk menjadi graduan yang kompetitif di pasaran. Dari ribuan yang berarak kesana sini menuntut “ kebebasan” tidak nampak pun muka pelajar bukan Melayu. Mungkin mereka sibuk di perpustakaan bersiap sedia menghadapi peperiksaan dan keluar sebagai graduan Kelas Pertama berbanding dengan majority pelajar Melayu yang CGPA nya tidak seberapa tetapi ingin memperjuangkan kebebasan orang lain. Sebahagian besar di antara mereka ini akan di senarai hitam oleh PTPTN kerana gagal membayar balik pinjaman pelajaran berbanding pelajar bukan Bumiputra yang kebanyakan nya tidak perlu membayar semula tajaan keluarga mereka. Tidak heran lah setelah 3 atau 4 tahun keluar university mereka ini mampu tinggal di Mont kiara , Sri Hartamas atau Bandar Utama , memandu BMW 320, Mini Cooper atau Polo GTI berbanding graduan Melayu yang terpaksa memandu MyV dan tinggal di luar kawasan Kuala Lumpur. Mereka mampu shopping di Hugo Boss,Aigner , Brooks Brothers berbanding graduan Bumiputra pejuang kebebasan yang terpaksa menunggu waktu “ Sale” di Jalan tuanku Abdul Rahman.

Kebebasan tanpa had sebenar nya membunuh demokrasi itu sendiri. Walau pun kerajaan menghapuskan Akta Hak Berhimpun, tidak bermakna rakyat bebas berdemonstrasi sehingga menimbulkan kekacauan dan memudaratkan orang lain terutama peniaga yang mencari razeki. Lebih lebih lagi melakukan kerja kerja biadap dengan menceroboh premis orang lain, apa tah lagi menghina pemimpin Negara seperti yang di lakukan segulungan pelajar university baru baru ini. Sabda Rasulullah saw... Sesungguh nya Allah benci kepada orang orang yang keji dan membuat perkara keji dan menjerit jerit di jalanan...Riwayat Ibnu Abi Dunya dari Jabir RA. Dalam satu lagi Hadis yang di riwayatkan oleh At Tabrani, Sabda Rasulullah...Akan muncul 3 perkara buruk tanda kiamat...orang berjuang dan berjihad secara tunjuk perasaan/berdemonstrasi. Hak dan kebebasan apa sebenar nya yang di sekat oleh AUKU ? Kalau di tahun 70an mungkin Sudut Pidato menjadi tempat melepas geram, tetapi di zaman teknologi canggih pelajar punya I Pad , Blackberry dan sebagai nya untuk terus menyampaikan ketidakpuasan hati terus kepada Perdana Menteri tanpa sebarang sekatan. Ada lebih baik pelajar menumpukan kepada kegiatan kemasyarakatan atau kesukarelaan seperti yang di lakukan oleh sekumpulan pelajar kolej swasta yang mengutip makanan dan di bahagi bahagikan kepada gulungan geladangan di sekitar Kuala Lumpur. Malah kumpulan yang berdemonstrasi ini patut malu kepada seorang pemuda OKU yang tidak punya kedua belah tangan tetapi mampu membantu mangsa tsunami di Acheh dan aktif membantu mangsa bencana di seluruh dunia dengan belanja sendiri. Mampu mengendalikan I Pad hanya dengan jari kaki di samping mempunyai kelulusan di bidang Psychology dari sebuah university terkemuka di Australia.

Para pelajar terutama nya tidak perlu terikut ikut dengan kumpulan yang konon nya memperjuangkan kebebasan kerana sebagai bangsa yang berbudaya dan mempunyai kepercyaan agama kita mesti pandai menilai samada apa yang di lakukan selaras dengan ajaran agama Islam yang kita anuti berbanding dengan mereka yang mengaku Islam tetapi mencampuradukkan yang hak dan yang bathil. Seharus nya kita bersyukur berbanding rakan sebaya di Negara lain yang tidak punya peluang ke university seperti apa yang kita perolehi di Negara ini kerana janji Allah di dalam Surah Ibrahim # 7...Sesungguh nya jika kamu bersyukur dengan nikmat yang di kurniakan, pasti Allah akan tambah lagi nikmat itu kepada kamu. Tetapi sekira nya kamu kufur/ tidak bersukur dengan nikmat ku, sesungguh nya azabKu sangat lah pedih. Kita juga di ajar untuk patuh kepada Allah , kepada Rasul dan kepada Pemerintah. Untuk berlaku biadap kepada pemimpin samasekali terkeluar dari ajaran Islam . Sabda Rasulullah SAW... Dan jangan lah kamu maki hamun para pemimpin kamu, jangan kamu mengkhianati mereka dan jangan kamu menjadikan mereka marah. Bertakwa lah kepada Allah dan bersabar lah kerana urusan itu ada lah dekat/tidak lama... Ibni Abu Assim. Semoga agama, bangsa dan Negara yang kita cintai ini di berkati dan di bawah peliharaan Allah selama lama nya.

Tiada ulasan: