Khamis, 9 Februari 2012

PKR memang hebat, NFC lembab menjawab

Oleh Zainal Yusof



RASA kecewa ada, geram pun ada, tetapi saya kena terus menulis kerana saya yakin, kebenaran perlu dipertahankan dan kejahilan perlu disingkirkan sejauh mungkin.


Saya pilih tajuk PKR memang hebat kerana dalam kes NFC, nampaknya PKR sudah berjaya menyerang dan menghancurkan segala-galanya. Pertama, keluarga Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Msyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dilihat berantakan dan kelam-kabut dikerjakanya.

Setuju sangat dengan kenyataan Pengarah Eksekutif NFC, Shahinur Izran Salleh bahawa NFC menjadi mangsa PKR, tetapi dalam masa yang sama, saya kecewa dan geram kenapa Lembaga Pengarah NFC .

Mana kepandaian mereka selama ini, pandai membuat pinjaman wang dari kerajaan dan mendapat kelulusan bergaya, tetapi bila diserang oleh PKR, mereka seolah-olah menyembunyikan diri. Maka, yang menjadi mangsa, emak mereka (dan isteri kepada Pengerusi NFC, Datuk Seri Mohd Salleh Ismail), Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil.
Jika mereka menyediakan grup atau jawatankuasa menjawab pelbagai dakwaan yang dilemparkan, oleh PKR, rasanya keadaan tidak menjadi begini teruk. Malangnya, mereka yang didakwa mendapat gaji besar dari NFC tidak berjiwa besar. Mereka dilihat terpaksa bergantung kepada pengaruh emaknya.
Sudah banyak artikel disiar dalam blog ini mempertahankan Datuk Seri Shahrizat, tetapi saya tidak pernah terfikir untuk mempertahan Ahli Lembaga Pengarah NFC kerana mereka “adalah anak menteri dan mereka anak kepada Pengerusi NFC”.
Biasanya anak-anak orang kaya, seperti anak Menteri memang tidak berkawan dengan penulis-penulis seperti saya. Mereka juga tidak membaca tulisan-tulisan saya. Mereka biasanya tak bercampur politik dan mereka ada grup elit mereka sendiri.
Jadi, bila mereka kena serang dengan orang politik, mereka masih boleh tidur nyenyak tetapi emak mereka yang merupakan Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia menjadi mangsa. Kalau mereka tahu pentingnya berkawan dan ambil tahu hal politik, khususnya Umno yang emak mereka memegang jawatan penting, mereka semuanya boleh dipertahankan.
Saya melihat, hanya seorang sahaja orang luar yang mempertahankan Datuk Seri Shahrizat. Orang itu ialah Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin. Yang lain-lain senyap dan ada yang mencurahkan cua getah ke atas luka yang Shahrizat alami.
Ini termasuk Timbalan Presiden Gerakan, Chan Ko Youn dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Yang dalam Umno menyerang Datuk Seri Shahrizat tidak perlu saya senaraikan kerana mereka ini semua “tidak berguna kepada parti” melainkan mereka menjadikan parti ini bagi mencari populariti diri sendiri.
Berpeganglah kepada prinsip, seseorang itu belum bersalah selagi dia tidak dijatuhkan hukuman bersalah oleh mahkamah. Malangnya, orang Umno (bukan semua) termakan hasutan pembangkang, sama-sama mahukan Shahrizat melepaskan jawatan dalam politik dan kerajaan.

Kerana apa mereka ini sibuk-sibuk? Mereka nak apa? Mereka sayangkan Umno atau mereka kemaruk mahu gambar dan kenyataan mereka tersiar dalam akhbar?
Saya pelik, bila isteri Perdana Menteri diserang oleh pembangkang, mereka ini tidak sibuk-sibuk pula. Tetapi dalam bab Shahrizat bukan main lagi. Nampak sangat mereka “setuju dengan pembangkang” dan tidak setuju dengan kepimpinan Umno.
Jangan buat kerja Perdana Menteri. Perdana Menteri tahu apa yang patut beliau buat terhadap Shahrizat. Jadi, janganlah ada sesiapa yang nak menyibuk. Macam Timbalan Presiden Gerakan, kenapa dia tidak jaga partinya yang sudah mahu hancur?
Begitu juga dengan Presiden MCA, krisis dia dengan bekas Presiden tidak berkesudahan. Kenapa dia nak campur hal Umno dan menyibuk?
Esok atau lusa Shahrizat boleh berundur. Tidak jadi masalah. Perdana Menteri boleh sahaja melantik seorang Menteri Kabinet baru kerana Perdana Menteri berkuasa melakukannya. Tetapi, yang menyibuk ni buat apa sebenarnya? Apa kerja yang mereka sudah buat untuk memperkuatkan parti?
Saya tidak bersetuju Shahrizat berundur. Bukan kerana tidak sayangkan parti tetapi kalau benar-benar sayangkan parti, pertahankan. PKR menyerang itu bukan menyerang Shahrizat tetapi mereka menyerang parti.

Sepatutnya orang parti, bukan Shahrizat dan Khairy Jamaluddin sahaja, tampil mempertahankan serangan ini. Malangnya, mereka bersama-sama pembangkang, yang kita ketahui memang sengaja menjadikan isu ini panas bagi tujuan mengalih perhatian orang ramai terhadap isu dalam parti mereka.
Sepatutnya mereka yang bersetuju dengan pembangkang dalam isu NFC, keluar dari Umno dan masuk PKR. Lebih banyak serangan boleh mereka lakukan dari luar Umno macam mana Anwar Ibrahim menyerang Perdana Menteri dan kerajaan sekarang.
Bila saya tengok muka-muka mereka yang menyerang Shahrizat ini, macam sama dan serupa. Dalam PKR pun muka macam tu dan yang dalam Barisann Nasional pun muka mcam tu. Entah mereka ini bersaudara atau tidak, saya tidak pasti. Mungkin mereka dari darah serupa. Pun saya tak tahu.

Jadi, kalau boleh NFC carilah team yang boleh menjawab serangan. Dan sesekali, serang juga PKR kerana mereka ini perlu diseret ke mahkamah kalau kalian semua berada di pihak yang benar. Jangan seret orang Umno dan BN ke mahkamah kerana mereka tak ada duit nak lantik peguam nanti.

Berbeza dengan orang-orang PKR, mereka biasanya mendapat khidmat guaman percuma kerana dalam PKR ramai peguam yang tidak ada kerja.
Datuk Seri Shahrizat juga sepatutnya mempunyai “net working” untuk menyerang balas kumpulan penjahat ini.

Jangan berseorangan di dalam menjawab serangan kerana mereka di dalam PKR memang ramai yang tidak ada kerja lain selain mencari isu-isu NFC dan Wanita umno.
Malang sungguh Wanita Umno jika mereka tidak mempunyai “jaringan kerja” untuk tujuan mempertahankan sayap itu dari fitnah yang dibuat oleh PKR.

Tiada ulasan: