Oleh Ahmad Hj Ishak
BAGI saya, memang ada segelintir orang Malaysia, tidak kira apa keturunan mereka, suka sangat mencaci orang lain dan cemburu dengan pencapaian seseorang. Hingga menyebabkan Curtin Universiti terpaksa mengantung semua komen dalam FB universiti berkenaan.
Ini berlaku apabila universiti tersebut menganugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Persuratan Universiti Curtin kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Pelbagai kecaman, fitnah dan caci maki dihamburkan, kerana ada rakyat Malaysia yang kotor jiwanya, jihik pemikirannya dan dengki dengan setiap kejayaan orang lain. Pihak universiti sebenarnya mempunyai hak mereka sendiri untuk menganugerahkan kepada sesiapa yang dikira layak untuk menerimanya.
Barangkali jika orang yang kuat mencaci ini tampil ke depan, ada universiti pembangkang yang sedia menganugerahkan mereka Ijazah Doktor Kerhormat Persuratan kepada mereka dalam bdang caci mencaci, cemburu dan kaki fitnah kerana pembangkang di Malaysia memang merupakan kilang caci maki dan memfitnah.
Ketika membaca satu berita di portal Malaysiakini bertajuk “Universiti gantung komen tentang Rosmah di FM” hati saya terdetik, kenapalah rakyat Malaysia terdiri dari golongan orang yang “sakit jiwa”?
Kenapa kita (sebagai rakyat Malaysia) tidak mahu berbangga dengan pencapaian seseorang rakyat Malaysia yang lain? Kenapa kita harus memusnahkan kegembiraan orang lain hanya kerana hati kita yang busuk dan sentiasa menyimpan hasad dengki?
Apa perasaan kita kalau ketika kita meraikan kejayaan, ada orang memfitnah kita? Apa perasaan kita ketika kita mencapai sesuatu yang kita impikan, ada orang berdengki dengan kita? Apakah kita disekolahkah oleh pembangkang supaya sentiasa menanam sifat kebencian bersarang dalam diri kita?
Saya tidak percaya, perkara ini dilakukan oleh mereka yang berada di dalam Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana mereka tdak pernah disekolah supaya sentiasa berdendam dan berdengki dengan orang lain.
Berbeza dengan mereka yang suka berdemontrasi di jalan raya, di dada mereka memang ditanam sifat suka memfitnah dan menjerit-jerit mengejek kejayaan orang lain dan menggelar orang yang berjaya dengan pelbagai gelaran.
Dulu, orang yang awal-awal menghina Datuk Mohamed Rahmat, Menteri Penerangan (Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat, Setiausaha Agung Umno) ialah pembangkang. Mereka gelar Tok Mat dengan gelaran Mat Bulat, Mat Setia dan Mat Bendera. Bukan orang Umno yang memberi gelaran seperti itu. Bukan juga orang MCA atau Gerakan.
Ketika itu, pembangkang di Malaysia ialah Parti Melayu Semangat 46. Merekalah yang menjerit-jerit memaki dan memfitnah kepimpinan negara.
Selepas itu, apabila berlaku pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kerajaan dan Umno, timbul pula gelaran Maha Firauan, Maha Zalim dan macam-macam Maha lagi bagi memberi gambaran betapa jahatnya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu.
Bukan sahaja Tun Dr Mahathir mereka kecam, mereka turut mengecam isteri Perdana Menteri, Tun Dr Hasmah Md Ali dengan pelbagai gambaran dan lakaran yang cukup menghina. Ia datang dari orang ADIL atau keADILan dan sekarang ini, Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Boleh dikatakan, bila mereka masuk sahaja parti pembangkang, mereka secara otomatik menjadi kaki fitnah. Mereka suka menghina, mereka cemburu dengan kejayaan dan pencapaian orang lain dan yang lebih menyedihkan mereka bawa cerita bohong hingga ke luar negara.
Inilah yang berlaku kepada FB Curtin Universiti. Mereka menerima “serangan” daripada kaki fitnah dari Malaysia kerana rakyat Malaysia yang berkelakuan begitu sebenarnya dilanda sakit jiwa yang kronik, sakit mental yang dahsyat dan sudah hampir-hampir mencapai tahap meroyan.
Datin Seri Rosmah tdak perlu ambil kisah hal ini tetapi saya kesihan dengan generasi hari ini, kerana mereka masuk “kuliah” pembangkang yang mengajar mereka untuk memfitnah, sentiasa busuk hati dan cemburu dengan kejayaan orang lain.
Kalau boleh mereka ingin untuk menerima anugerah seperti itu, khususnya untuk isteri-isteri pemimpin parti-parti pembangkang. Malangnya, mereka tidak berjaya. Jadi, mereka merekrut orang-orang mereka supaya bersangka buruk dengan orang lain dan terus memfitnah kepada orang-orang Barisan Nasional (BN).
Bila timbul cerita Datin Seri Rosmah, mereka yang berada di dalam parti pembangkang akan sanggup berguling atas jalan raya, sanggup menganjurkan demontrasi, sanggup mecungkil macam-macam sumber, bagi meneruskan hasrat mereka memfitnah isteri Perdana Menteri.
Rasa bencinya kepada Rosmah, entah apa sebabnya, dikatakan ada kaitan dengan “kuliah” yang mereka ikuti setiap waktu. Bagi penyokong pembangkang, memfitnah adalah “tidak berdosa”. Ini yang mereka ajar dan mereka mahu para penyokong mereka melakukannya.
Dulu, ada seorang blogger penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa siap dengan pengakuan bersumpah kononnya Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian pembunuh seorang wanita Monggolia.
Blogger itu akhirnya melarikan diri ke luar negara. Dakwaannya tidak dapat dipertahankan dan seorang penyiasat persendirian yang dikatakan membuat pengakuan itu juga sudah “melenyapkan diri” dari mata umum.
Sampai bila orang Malaysia akan “terus berada dalam kelas-kelas kuliah mengajar fitnah” kelolaan pembangkang ini? Sampai bila bekas-bekas pelawak, bekas penyanyi yang “escapism” mahu dianggap sebagai ustaz dan tok wali untuk mengajar “ajaran-ajaran sesat” ini?
Rakyat Malaysia, orang Melayu yang beragama Islam perlu diselamatkan. Seperti kata Menteri Besar Terengganu, ada parti pembangkang yang merupakan parti ajaran sesat yang pelru diperbetulkan akidah pengikut-pengikutnya.
Itu sebab, dalam bab Israel dan Palestin, tiada siapa dari kalangan orang PAS yang sanggup memberi amaran kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya “menarik balik kata-katanya” dan menyaman pihak yang dikatakan memfitnahnya.
Adalah lebih baik, jika orang-orang yang cukup berminat dengan kuliah sesat ini, mencari di manakah letak jam Omega milik seorang pemimpin pembangkang yang dikatakan tertinggal di bilik pelacur. Datin Seri Rosmah boleh meneruskan semua kegiatannya bersama masyarakat, kerana ramai yang menyukainya ketika ada beberapa kerat yang diajar supaya memfitnahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan