Oleh Wan Yusoff Wan Ngah
TEPAT! Inilah perkataan yang paling sesuai untuk saya tujukan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil apabila beliau mengatakan “tidak mahu lagi bercakap mengenai isu NFC” kerana menghormati pihak berkuasa yang sedang menyiasat kes berkenaan.
Atau, dalam bahasa yang lebih mudah, “tutup mulut”. Bagus sangat kalau Shahrizat buat pendirian tegas tersebut kerana semua pihak sepatutnya berilah peluang kepada Polis dan SPRM menjalankan siasatan mengenainya.
Kenapa masih ada pihak yang mendesak Shahrizat supaya berundur? Elok sangat kalau Wanita Umno boleh hadiah mereka yang bermulut celupar ini dengan pakaian Wanita Umno, supaya mereka boleh berlagak sebagai seorang Ketua Wanita Umno. Jika itu yang mereka inginkan.
Mesej Shahrizat juga jelas, yang ditujukan kepada Tan Sri Rafidah Aziz bahawa beliau dididik oleh keluarganya, supaya menghormati orang yang lebih tua. Barulah saya tahu Ragidah Aziz sudah tua dan lebih tua daripada Shahrizat. Jadi, kalau sudah tua, eloklah jika boleh jaga cucu di rumah kerana saya diberitahu oleh orang Kuala Kangsar, Rafidah semenjak tidak menjadi Menteri, jarang sangat balik kawasan yang diwakili.
Betul atau tidak dakwaan itu, saya tidak tahu tetapi inilah yang orang beritahu saya. Saya tidak percaya. Biarlah Rafidah yang jelaskan dan kalau orang itu berbohong kepada saya, berdosalah dia. Sebab, kalau Rafidah jarang balik kawasan, bermakna dia tidak patut kekal sebagai Ahli Parlimen Kuala Kangsar mewakili Barisan Nasional (BN).
Biasanya, wakil rakyat BN ni kerap berada di kawasan yang diwakilinya kecuali mereka yang merasakan dia sudah berada di penggal terakhir dan tidak berminat lagi mahu mengekalkan kerusi tersebut.
Ada juga ketua Umno bahagian yang mempunyai blog sendiri, menyerang Shahrizat. Kononnya Shahrizat mahu menjadikan Wanita Umno sebagai benteng buat NFC. Ini tuduhan yang datangnya dari orang yang tak ada kerja. Dia ada tenaga tetapi tak ada kerja. Maka sisa-sisa tenaga yang dia ada, digunakan untuk menyerang Shahrizat.
Padahal serangan itu tidak diperlukan kerana orang Umno kena tahu, musuh mereka ialah PKR yang terus-menerus menyerang Shahrizat dan Umno. Kalau PKR serang pemimpin Umno, tidak mengapalah sebab itu memang kerja mereka tetapi kalau orang Umno sendiri yang menyerang pemimpin Umno dan Wanita Umno.
Saya ulangi, sepatutnya orang-orang Umno menyerang musuh. Musuh mereka PKR, PAS dan DAP. Tetapi mereka kini seronok menyerang Shahrizat dan menyerang Wanita Umno. Mereka tidka tahu tugas sebagai seorang ahli Umno, sebagai orang Umno dan sebagai pemimpin Umno. Mereka menyibuk dengan tugas yang tidak diperlukan.
Kenapa mereka menyibuk? Kenapa mereka dendam dengan Shahrizat? Kenapa mereka jadikan alasan untuk menyerang Shahrizat dengan kata-kata mereka sayangkan Umno dan Umno perlu dipertahankan daripada mempertahankan Shahrizat?
Maknanya mereka sudah jadi agen pembangkang, seperti kata Ketua Pergerakan Wanita Umno Negeri Johor, Datuk Shahrifah Azizah Datuk Syed Zain.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassun kenalah menghantar ketua-ketua bahagian ini berkursus supaya mereka tahu peranan mereka.
Jika mereka masih tidak tahu peranan mereka , pesan kat mereka, gunakan tenaga yang mereka ada untuk menyerang pembangkang bukan menyerang kawan-kawan.
Tetapi kalau mereka masih mahu menyerang kawan-kawan, suruh mereka meninggalkan Umno seperti yang pernah dikatakan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Sesiapa sahaja yang mengikuti perkembangan NFC, jelas bahawa Shahrizat tidak ada kena mengena dengan isu ini.
Jadi, apabila Shahrizat mengambil cuti tiga minggu untuk memberi kemudahan kepada SPRM dan Polis menjalankan siasatan, sepatutnya orang-orang Umno rasa sesuatu kehilangan yang tidak sepatutnya. Tetapi, ada yang mengatakan, sepatutnya Shahrizat sepatutnya berhenti terus dan bukan bercuti.
Sudah banyak artikel di tulis sebelum ini, oelh rakan-rakan penulis mengatakan orang Umno ini kurang setia kepada parti. Mereka kurang setia kepada ketua dan mereka kurang tahu fungsi mereka sebagai seorang ahi parti.
Tentu mereka tidak boleh terima teguran ini. Pembaca blog ini juga ada yang tidak dapat menerima “pembelaan” harus dibuat terhadap Shahrizat. Mereka seolah-olah mengajak penulis-penulis blog supaya sama-sama membelasah Shahrizat.
Inilah yang saya tengok selama ini, orang kita cukup kurang mahu bangkit mempertahankan kebenaran. Shahrizat tidak bersalah, tetapi kenapa kita semua, termasuk mereka yang buat komen sebelum ini mahu menghukumnya? Kenapa mereka sanggup mendakwa kononnya jika Shahrizat tidak berhenti, Umno (BN) akan kalah. Mereka lupa, sebelum ini pun BN kalah teruk dan tidak ada kena mengena dengan Shahrizat.
Dalam politik, kalah menang sebenarnya biasa. Tun Dr Mahathir pernah kalah dalam pilihan raya. Datuk Seri Mohd Najib pernah menang tidak sampai 300 undi dalam satu pilihan raya umum di kawasan Pekan.
Semua pengalaman ini tidak ada kena mengena dengan isu NFC. Malangnya, ada orang yang tidak buat kajian terhadap keputusan pilihan raya dan turun naik sokongan terhadap Umno dan BN terus mahu menjadikan NFC dan Shahrizat sebagai “kambing hitam”.
Umno dan BN sudah semakin kuat sebenarnya sekarang ini. Malangnya, usaha memperkuatkan Umno dan BN ini yang turut dibantu oleh Wanita Umno mahu dimusnahkan oleh agen-agen pembangkang yang masih berakar umbi di dalam Umno.
Jika Umno tidak membersihkan agen-agen pembangkang ini, Umno yang sudah semakin kuat akan secara perlahan-lahan akan menjadi lemah kembali.
Jika boleh, mereka ini diminta untuk keluar dari Umno kerana kehadiran mereka tidak diperlukan. Jangan mereka asyik bercakap mereka sayangkan Umno dan itulah sebabnya mereka mengritik Umno dan Wanita Umno, tetapi ia sebenarnya silap dan kesilapan ini tidak boleh dibiarkan.
Wanita Umno bertuah mempunyai seorang ketua yang bersemangat kental seperti Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Beliau bukan sahaja seorang ibu, pemimpin dan wira, tetapi beliau seorang menteri yang cukup aktif dan kreatif.
Jangan lupa apa anggapan bekas Menteri Pertanian, Datuk Seri Afendi Norwawi bahawa Malaysia beruntung mempunyai seorang menteri bernama Shahrizat.... tulisan bekas menteri ini pernah tersiar dalam Berita Harian suatu ketika dahulu.....!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan