Ahad, 5 Februari 2012

Semak siapa yang suruh Shahrizat berundur

Oleh Ahmad Hj Ishak



DI Beruas, Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil mengatakan, cuba semak siapa yang menyuruh dia letak jawatan. Cukup ringkas jawapannya itu tetapi tepat kena di batang hidung mereka yang terkinja-kinja itu.


Seperti yang penulis-penulis lain perkatakan, kenapa masih ada di kalangan kawan-kawan dalam Umno (saya sebut kawab-kawan dalam Umno kerana sekarang Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tidak minat kepada ahli Umno tetapi kepada orang Umno), kenapa masih ada yang mahu menjadi agen pembangkang?

Agen pembangkang ini saya sebut, sebab Ketua Pergerakan Wanita Umno Negeri Johor, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain menggunakannya kelmarin yang menyeru jangan ada sesiapa orang Umno yang menjadi agen pembangkang.

Sharifah Azizah menyindir mereka ini, sama seperti bossnya, Datuk Seri Shahrizat menyindir mereka yang memintanya berhenti dari jawatan parti dan kerajaan. Cerminkanlah muka tu dulu sebelum menyerang Shahrizat.

Saya berminat mahu menulis kisah Shahrizat ini kerana saya mahu orang Umno belajar berpolitik. Politik Umno ini unik. Mereka seronok menyerang sama-sama sendiri, kemudian, mereka secara senyap-senyap menyokong pembangkang. Mereka mendakwa mereka orang Umno.

Dakwaan dan pengakuan sahaja tidak cukup. Orang Umno, baik yang muda ataupun yang sudah cukup tua, tidak pandai berpolitik. Mereka tidak tahu siapa musuh mereka, siapa musuh parti mereka dan siapa yang harus dan wajar mereka serang.

Mereka lupa nama Fuziah Salleh. Ahli Parlimen PKR Kuantan yang siang malam menyerang kepimpinan Umno Negeri Pahang dan Kerajaan Negeri Pahang atas projek Lynas. Mana orang Umno yang mempertahankan Menteri Besar Pahang, Umno dan BN Pahang? Fuziah Salleh tidak menyerang ada wakil rakyat partinya dirakamkan gambar separuh bogel.... tetapi dia alihkan isu itu kepada menyerang BN dan Umno. Inilah yang orang Umno, khususnya Wanita Umno perlu belajar cara sebenar berpolitik.
Mereka lupa nama Zuraidah Kamaruddin yang khabarnya memeluk dan mendakap seorang wanita yang masih bujang, kerana bekas boy friendnya menyebarkan gambar separuh lucah, hasil hubungan sulit dan tinggal se rumah antara lelaki dan perempuan. Nasib baiklah wakil rakyat PKR ini bukan Islam, kalau tidak mungkin Zuraidah uruskan pernikahannya.
Zuraidah tidak menyerang wakil rakyat separuh bogel itu. Tetapi orang Umno, khususnya bekas-bekas pemimpin Wanita Umno termasuk yang barui dapat jawatan tinggi dalam Pergerakan Wanita Umno, bukan main garang memberikan pendapatnya mengenai Shahrizat.
Dia lupa bahawa orang ramai sekarang ini sedang membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim mencari jam tangan jenis Omega yang hilang. Dia nampak, apa yang berlaku dalam NFC, Shahrizat kena bertanggungjawab.
Seluruh tenaga Pergerakan Wanita Umno sepatutnya menumpukan kerja-kerja “jalinan mesra rakyat” atau dulu dikenali dengan nama Ketua Rumah 10. Jangan buat kerja-kerja mendesak dan menyerang ketua. Tak selamat nanti.

Politik ini marathon. Jauh lagi perjalanannya. Kerja melantik dan memecat Shahrizat ke jawatan menteri kabinet adalah kerja Perdana Menteri. Timbalan Perdana Menteri pun tak boleh melantik Shahrizat. Jadi, kenapa semua orang, khususnya kawan-kawan dalam Umno mahu menjalankan kerja-kerja Perdana Menteri?

Sejak Shahrizat menerajui Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, banyak program membantu rakyat yang diperkenalkan. Luas biasa program tersebut dan ramai orang-orang miskin yang disantuninya.

Jiwa Shahrizat memang sesuai mendekati orang-orang tua, orang cacat dan orang miskin. Nampka keikhlasannya menjalankan tugasnya itu. Malahan, menyeluruh sasarannya. Menjadi penting kementerian ini di bawah Shahrizat.

Orang Melayu biasalah. Bila ada orang buat baik, mereka tidak boleh buat baik, maka dicarinya isu yang boleh dikaitkan dengan orang yang buat baik itu, supaya dijatuhkan. Masalah betul mereka ini. Ketika mereka tidak boleh berbuat baik, sokonglah orang lain yang boleh buat baik. Jangan jatuhkan orang yang buat baik.
Yang mereka sokong, termasuk Fuziah dan Zuraidah, dan seorang dua yang duduk dalam Umno, termasuk bekas pemimpin Wanita Umno dan mereka yang datang sekampung dengannya, menyerang orang buat baik supaya berundur, supaya meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi.
Apanya yang peribadi Shahrizat dalam kes NFC? Betulkah NFC buah penyelewengan seperti dakwaan pembangkang? Bila pula pembangkang ni mengambil tugas SPRM dan Polis. Bila pula mereka menjalankan siasatan? Bukankah mereka ini pakar dalam memfitnah. Sabarlah dulu.
Kalau betul Shahrizat bersalah dan memang terbabit, mungkin waktu itu desakan memang patut dibuat. Orang Umno lupa, mudah lupa dan memang pelupa. Sudah ramai pemimpin yang dijatuhkan kerana desas-desus dari pembangkang dan akhirnya terbukti tidak benar. Namun, segala-galanya sudah musnah.
Sukalah saya meminjam kata-kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, mereka yang asyik mengkritik dan menjejaskan Umno, lebih baik tinggalkan sahaja Umno. Buat apa mereka masih kekal dalam Umno kalau mereka yang bekerja siang dan malam menghakis keyakinan orang ramai kepada Umno?

Saya berharap dan berdoa agar Shahrizat bersabar dan bertenang. Jangan layan dengan desakan dari mereka ini. Buatlah kerja. Yang mana tak mahu membantunya, tinggalkan mereka. Yang mana banyak bercakap, sisihkan mereka. Kita cari pasukan yang mahu bekerja untuk memperkuatkan parti.
Mereka tidak tahu, menyerang Ketua Pergerakan Wanita Umno itu samalah seperti menyerang Umno. Ketua Pergerakan Wanita itu adalah insitusi. Kedudukannya di situ kerana dipilih oleh perwakilan. Belum apa-apa dah nak makan kawan. Apalah jenis manusia seperti ini. Tiga lori pun ada kat Chow Kit.

Kalau sesiapa rajin dan mempunyai masa, semak peribadi orang yang menyuruh Shahrizat supaya berundur itu. Rekodnya lebih dahsyat termasuk dalam kes saham dengan menantu dulu....sudah lupakah?
Opppp... musuh kita ialah pembangkang. Jom...serang pembangkang!

1 ulasan:

Ryzal72 berkata...

Assalamualaikum Tuan,
Apa yang tuan perkatakan ada benarnya, tetapi rakyat melihat isu terkini yang berlaku dalam UMNO. Kes mantan Ketua Wanita UMNO dulu sudah tidak lagi menjadi laba politik kepada pembangkang kerana ia sudah lama dan empunya diri sudah isytiharkan tidak mahu bertanding.
Pemimpin UMNO harus melihat bagaimana isu tersebut membina persepsi yang tebal negatif kepada rakyat khususnya golongan atas pagar dan ini perlukan kepada satu tindakan politik yang betul. Walaubagaimanapun, desakan untuk KAK IJAT berhenti bukan hanya baru hari ini, malah telah galak diperkatakan semasa perhimpunan agung UMNO. Jadi jika nak kata semua yang menyuarakan rasa ketidakpuasan hati itu adalah orang yan bukan UMNO maka saya rasa UMNO akan tewas dalam PRU nanti. So kita kena lebih realistik lah sikit.Kadang2 betul kata sdr, UMNO ini aneh!.