Isnin, 6 Februari 2012

Azmin Heli kena tahan, Elizebeth Wong tidak tertahan...



Oleh Hassan Md Hussein (Sandakan)

TERBACA oleh saya berita ini. Dalam hati kecil saya terus berkata, tidak terbangkah Elizebeth Wong, ADUN Bukit Lanjan dan Exco Kerajaan Negeri Selangor ke Jakarta, menziarahi bekas kekasihnya yang di Malaysia dahulu, dikenali dengan nama Hilmi Malek.

Di Indonesia, dia menggunakan nama Azmin Heli... (mungkin dia pemuja Timbalan Presiden PKR, Sdr Azmin Ali dan Heli itu adalah pangkal nama Eli... zebeth Wong.
Dia memberikan alamatnya di Jalan 4H, Ampang. Nasib baik dia tidak beri alamat rumah di mana dia merakamkan gambar separuh bogel bekas kekasihnya itu yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Mungkin Tian Chua, Naib Presiden PKR yang pernah dikaitkan dengan Elizebeth Wong boleh menemani Elizebeth ke Jakarta. Boleh juga bawa Zuraidah Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang Jaya salah seorang pembela Elizebeth Wong ketika isu ini meletup suatu ketika dahulu, bersama-sama beberapa orang Muslimat PAS yang pastinya boleh membekalkan jubah dan tudung mereka bagi membela wanita-wanita bogel yang dianiaya.
Nasib baik Elizebeth belum berkahwin. Kalau dia sudah berkahwin, ketika isu ini timbul dulu, mungkin suaminya diminta bercuti dan Lim Kit Siang akan membuat desakan supaya ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja.

Disebabkan dia belum berkahwin ketika kejadian itu dan kemudiannya mengadap Tok Janggut Nik Aziz di Kelantan, maka semua jentera PKR dan PAS termasuk DAP mempertahankan Elizebeth Wong yang dianggap teraniaya.

Muslimat PAS mendakap Elizebeth. Mereka berkata, sabarlah dengan ujian ini. Gambar-gambar yang tersebar dapat dilihat jutaan manusia dari seluruh dunia. Wanita PKR juga tidak pula menyerang teman lelaki Elizebeth Wong kerana lelaki ini khabarnya tidak dapat dikesan.
Malangnya, dari laporan yang dibaca mengatakan PKR membiayai lelaki ini selama berada di Indonesia sejak 2009, selain keluarganya juga. Kalaulah betul dakwaan itu, marilah kita semua yang menyokong PKR berguling di atas jalan raya. Kita kena nafikan. Mana mungkin PKR boleh membiayai bekas kekasih Elizebeth Wong. Bunyi macam fitnah.
Marilah kita mengajak semua Muslimat PAS menjerit dengan “hancur-hancur, hancur Jakarta” kerana mereka mungkin memfitnah bekas kekasih Elizebeth Wong. Pasangan ini suci. Mereka tidak boleh dianiaya. Mereka tidak boleh dituduh yang bukan-bukan.
Marilah kita yang menyokong DAP, kita berhimpun di bawah Pokok Demokrasi di Ipoh kerana mana mungkin wakil rakyat PKR yang bersekongkol dengan Pakatan Rakyat boleh duduk serumah dan dirakamkan gambar separuh bogel.
“Kenapa Kit Siang tidak mendesak ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja”, kata seorang tukang kebun sekolah di Taman Tun Dr Ismail, tidak jauh dari Bukit Lanjan, di mana Elizebeth Wong menjadi wakil rakyat di situ.
Wahai para penyokong PAS, bila kita semua boleh berguling-guling atas jalan raya untuk menyatakan tidak mungkin Elizebeth Wong pernah dirakamkan gambar separuh bogel. Wahai para penyokong PKR, mari kita semua kuatkan serangan kepada NFC kerana dengan cara ini sahaja semua pekong yang ada dalam PKR boleh diselindungi.
Kalaulah betul seperti laporan portal Indonesia yang mengatakan Azmin Heli dibiayai PKR selama berada di Indonesia sejak dia masuk ke negara itu dalam tahun 2009, marilah kita semua yang menyokong PKR menafikannya kerana jika tidak, malu kita nanti bila ada orang bertanya, dari mana kita dapat duit untuk membiayainya.
Susah nak jawab. Sebab selama ini PKR banyak sangat buat fitnah kat orang lain. Serang Datuk Seri Shahrizat siang dan malam. Serang Datin Sri Rosmah Mansor bagi mengambarkan seolah-olah semua yang berada di dalam Umno semuanya jahat tetapi yang duduk dalam PKR semuanya baik.
Kalau ada cerita-cerita pemimpin PKR terlibat dengan liwat, jangan kita duduk diam. Kita kena nafikan habis-habisan. Kalau kita semua tidak nafikan, nanti orang akan pandang hina pemimpin kita dan pandang hina parti kita.
Parti kita adalah parti terbaik yang akan menuju ke Putrajaya. Jadi, kena nafikan kalau ada cerita buruk, termasuk cerita China doll dan sebagainya. Tidak mungkin, tidak mungkin dan tidak mungkin, kita katakan kepada penyokong-penyokong kita yang bodoh dan bebal.
Dalam politik PKR, selagi ada penyokong bebal, mereka akan boleh dibohong. Semua benda kita katakan sebagai konspirasi. Ini mudah untuk menyakinkan penyokong kita yang kita sudah perbodohkan sekian lama.
Dulu, pemimpin kita kata ada Peristiwa 16 September. Pemimpin kita akan jadi Perdana Menteri. Ada pemimpin tinggi dalam pasukan keselamatan sudah beria-ia mahu membantu dan Yang DiPertuan Agung juga dikaitkan. Ia cerita temberang tetapi kita kena percaya sebab ia datang dari pemimpin kita.
Sama-sama kita buat desakan, minta Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan, Zuraidah Kamaruddin dan Muslimat PAS kena bersama-sama Elizebeth Wong dalam keadaan sukar seperti ini. Jika Azmin Heli kena tahan, tentulah kerinduan Elizebeth Wong tidak tertahan.
“Oh bulan mana bintang, atas pucuk kayu ara....” Begitulah keresahan yang melanda jiwa seorang kekasih yang menanti kepulangan setelah terpisah sekian lama. Nasib baiklah ada pihak yang membiayai Azmin Heli selama berada di Indonesia. Jika tidak, mungkin jadi budak jaga parkir kereta di Jakarta untuk meneruskan hidup.
Macam manalah pihak berkuasa Malaysia tidak dapat mengesan di mana hilangnya Hilmi Malek selama ini. Kita tunggulah Sekreteriat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor buat penjelasan lagi selepas ini.
Mereka memang orang-orang kuat PKR. Tentu mereka mempunyai kepakaran mencari alasan untuk menyedapkan cerita dan yang paling menarik nanti, mereka akan kata ini semua Umno yang dedahkan di mana Azmin Heli atau Hilmi Malek bersembunyi.
Jom, kita buat kempen berguling-guling di atas jalan raya... kita bantu dan sokong Elizebeth Wong dan bekas kekasihnya Azmin Heli.... oh bulan di mana bintang, di atas pucuk kayu ara.....
Lagu ini sesuai jika dinyanyikan Muslimat PAS dan sesekali diselang seli dengan suara Fuziah Salleh dan Zuraidah Kamaruddin. Jangan ajar Nurul Izah sama, dia sibuk membantu ayahnya yang akan bicara lagi dengan Saiful Bukhari Azlan.

Tiada ulasan: