Oleh Ali Bin Khamis
MASIH lagi kisah NFC. Bukan apa, saja nak sebut ada seorang budak dari PKR, mungkin budak jambu jugalah, nak ajar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri (TPM), Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin supaya mendedahkan akaun NFC.
Budak ni, saya tidak perlu sebut namanya, bukan budak penting tetapi setaraf dengan budak hingusan, yang memasang niat buruk kepada perniagaan NFC, menyerang Menteri Pembangunan Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil dalam semua keadaan, tanpa mengambil kira benar atau tidak dakwaannya.
Cara dia menyerang, macam orang mabuk. Saya tidak kata dia mabuk tetapi tindak-tanduknya macam orang mabuk. Orang mabuk, kalau dia berjalan terhuyung hayang. Kalau dia bercakap, dia tidak dapat berfikir. Dia mabuk, macam mana dia nak berfikir.
Malangnya, ada portal, yang mabuk mencari berita, bertujuan menyerang kepimpinan kerajaan, menjadikan budak yang macam orang mabuk ini, sebagai sumber utama berita. Kalau tidak ada berita dari budak yang macam orang mabuk ini, macam tidak sah portal ini menjadi portal pro pembangkang.
Portal ini juga nampaknya suka melayan orang mabuk. Termasuk yang mabuk kuasa dan mabuk macam-macam. Orang mabuk ni, kalau ada gambar kekasihnya berbogel pun dia sebarkan kepada orang ramai, kerana dia mabuk dan dia tidak berfikir apa yang dia nak buat.
Tidak pula saya tahu budak PKR yang siang dan malam menyerang Datuk Seri Shahrizat ini mabuk apa? Tidak mungkin dia mabuk lauk atau tidak mungkin dia mabuk udara. Kerana kelihatan dia tidak berada di dalam kapal atau dia berada di udara di dalam penerbangan.
Apa tidaknya macam orang mabuk. Ketika SPRM masih menjalankan siasatan terhadap NFC, dia pula mengarahkan PM Najib dan TPM Muhyiddin supaya mendedahkan akaun NFC. Apa hal? Apa kena mengenai akaun NFC dengan PM Najib dan TPM Muhyiddin? Budak PKR yang macam orang mabuk ni faham atau tidak akta syarikat.
Kalau tidak faham, budak yang macam orang mabuk yang sering mendapat tempat di portal pro pembangkang yang cukup meinat menyiarkan berita budak ini, sepatutnya pergi berkursus untuk mengetahui akta syarikat. Siapa yang boleh semak akauan syarikat. Adakah PM atau TPM?
Budak PKR yang macam orang mabuk ini sudah lebih. Nasib baiklah dalam Umno, orang tidak perasaan dia ni sudah lebih. Maka, selamatlah dia. Kalau orang Umno perasan dia ni sudah lebih, nahas budak ni kena belasah.
Belasah yang saya maksudkan, serangan seperti mana dia serang Datuk Seri Shahrizat dan macam mana dia serang NFC. Saya berharap sangat Lembaga Pengarah NFC mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang bertindak macam orang mabuk ni. Jangan lepaskan budak PKR yang macam orang mabuk ni. Kejar dia sampai ke lubang cacing.
Orang mabuk biasanya tidak menyorok. Kerana dia tidak tahu apa yang dia buat. Ada yang dia buat, dia sendiri tidak sedar. Maklumlah, orang mabuk memang tidak sedar. Kalau sedar, tidak mabuklah dia.
Malang sungguh politik orang Melayu di Malaysia. Mereka terpengaruh dengan permainan budak-budak yang bertindak dan berperangai macam orang mabuk. Mungkin juga dia mabuk mengejar publisiti.
Mabuk publisitilah kira-kirannya. Malangnya, jika orang mabuk yang berperangai macam budak PKR ni boleh mempengaruhi orang waras. Maka, orang yang waras ini akan menjadi mangsa orang mabuk dan berperangai macam budak PKR yang berkelakuan macam orang mabuk.
Saya sengaja tidak mahu menyebut nama budak PKR ini kerana sudah naik meluat. Meluat kerana dia jadikan dunia politik ini untuk sesuka hatinya memfitnah. Maknanya, dalam politik, segala-galanya mereka halalkan.
Masalahnya, mereka berguru dengan orang PAS. Bagi orang PAS, semua yang mereka buat, halal dan yang orang lain buat, haram.
Jadi, bagi mereka, apa yang mereka buat, kalau ustaz mereka kata halal, atau diamkan sahaja, itu maknanya boleh. Yang mana ustaz mereka kata tidak boleh, baru itu mereka anggap haram. Mabuk pun mungkin mereka anggap “boleh” dan mereka akan terus berperangai macam orang mabuk.
Lebih buruk keadaan politik di malaysia, gelagat budak-budak PKR ini menarik minat orang Umno. Hingga ada orang Umno sanggut melantik diri mereka menjadi agen kepada pembangkang. Mereka sama-sama budak-budak ini untuk menyerang Datuk Seri Shahrizat.
Padahal budak PKR ini ini bukan ada jasa dalam Umno, tetapi segelintir orang Umno mengkaguminya. Datuk Seri Shahrizat yang banyak jasa di dalam Umno, tidak menjadikan orang Umno yang segelintir itu mengkaguminya.
Pelik sungguh politik orang Umno ni. Namun, saya berharap PM Najib dan TPM Muhyiddin tidak tertekan dengan desakan budak hingusan dari PKR ini.
Saya juga mengharapkan Datuk Seri Shahrizat tidak kalah dalam pertempuran ini.
Paling penting NFC bertindak terhadap budak-budak PKR yang macam orang mabuk ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan