Ahad, 12 Februari 2012

PAS. PKR dan DAP – Matlamat mereka sama



Oleh Zainal Yusof

TIGA parti pembangkang terbesar, PAS, PKR dan DAP dilihat mempunyai matlamat yang sama, iaitu menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan menjadikan Umno sebagai sasaran mereka, kerana mereka tahu, Umno adalah tulang belakang kepada gabungan BN itu.


Jika mereka boleh menjadikan tulang belakang BN ini kesakitan, mudahlah mereka menumbangkan BN kerana bagi mereka, jika Umno sibuk dengan “mengubat kesakitan” maka tidaklah mereka mempunyai cukup masa untuk mempertahankan diri dari serangan PAS, PKR dan DAP.

PM Najib dan TPM Muhyiddin berhempas pulas untuk mendekati rakyat kebelakangan ini, berulang-ulangkali turun padang. Harapannya, rakyat yang dulunya dikatakan meninggalkan Umno (BN) dalam PRU 12, akan kembali menyokong BN dalam PRU 13 akan datang.
Ketika DAP, PKR dan PAS menyerang BN, mereka memporak purandakan Umno dan BN, Umno dan BN pula sibuk dengan perkara-perkara lain. Banyak kerja-kerja kerajaan yang mereka lakukan dan meninggalkan kerja-kerja parti yang mana mereka yang bertanding nanti dalam pilihan raya, mewakili parti dan bukan mewakili kerajaan.
Ambil contoh bila pembangkang menyerang kerajaan isu NFC. Tiada satu jawapan yang dilihat menyakinkan malahan, pembangkang nampak kerajaan teraba-raba mempertahankan diri maka mereka menyusun strategi menjadi isu ini sebagai “makanan lazat” mereka.
Padahal, NFC tidak ada membuat apa-apa kesalahan kecuali ada sedikit kelemahan. Itu laporan Ketua Audit Negara. Maka, jika ada sesiapa mengesyaki NFC melakukan penyelewengan, serahkan bukti kepada SPRM dan Polis supaya kedua-dua agensi ini boleh menjalankan siasatan dan membuat pendakwaan.

Tetapi, mereka menjadikan isu ini sebagai isu politik dan ada di kalangan pemimpin Umno, sanggup menawarkan diri mereka menjadi “agen pembangkang”. Tentulah pembangkang suka dan seronok dengan “penawaran khidmat” orang-orang Umno ini. Mereka memang hidup dengan propaganda seperti ini. Faktanya betul atau tidak, mereka letak tepi.
Umno ada pemegang jawatan Ketua Penerangan Umno. Umno ada Ibu Pejabat. Umno ada Pejabat Penerangan Umno. Tetapi apa mereka buat bila Ketua Pergerakan Wanita Umno kena serang? Mereka tidur kot? Kata seorang tukang sapu sampah di sebuah kompleks membeli belah di Kuala Lumpur.

Kalau mereka tak mampu menjawab, mereka boleh cari tukang jawab. Kalau mereka tak tahu mempertahankan Umno, mereka boleh berundur secara diam-diam dan bagi orang yang tahu menjawab dan mempertahankan Umno untuk ke depan. Janganlah mereka asyik dan membesarkan perut dan berlagak dengan kereta mewah sahaja.
Umno kuat kalau masing-masing tahu menjalankan peranan masing-masing. Malangnya, masing-masing tidak tahu buat kerja dan menghayati Perlembagaan Umno, fungsi sebagai seorang ahli. Mereka mestilah mempertahankan parti mereka, bangsa Melayu dan agama Islam yang suci.
Kalau mereka mempertahankan kenderaan mewah mereka, elok kalau mereka berhenti dari memegang jawatan demi membesarkan perut mereka.
Umno kena menguruskan semua serangan pembangkang dengan menjawab dan memberi penjelasan. Kalau mereka menyerang dalam Malaysiakini, jawaplah dalam Malaysiakini. Kalau mereka menyerang dalam malaysianinsider, jawablah di portal yang sama. Tetapi biarlah jawapan itu berfakta dan menyakinkan.
Zaman menoreh getah dan bermalam di rumah penduduk kampung sudah berlalu. Berpura-pura berbuat baik denga wartawan dan membuat jamuan makan malam dengan jurugambar bukan masanya kini.
Kenapa Umno mahu bergantung kepada pendedahan Raja Petra Kamaruddin baru mahu menyerang? Kenapa Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak bertindak ke atas fitnah yang tersebar melalui media cetak dan portal?
Dulu, bila Suara Perkasa menyerang seorang Timbalan Menteri dari MCA, Pegawai-pegawai KDN memanggil Ketua Pengarang Suara Perkasa Daud Ibrahim mengadap. Teguran keras diberikan kepada Suara Perkasa hingga menjejaskan jualan akhbar dwi-mingguan tersebut.

Hari ini, surat khabar pembangkang menyerang isu NFC dan menyerang Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat dengan dakwaan-dakwaan yang tidak munasabah, firtnah dan sangka jahat.
Mana suara dari Ibu Pejabat Umno, Pejabat Ketua Penerangan Umno, Pejabat Pergerakan Wanita Umno dan lain-lain termasuk Umno negeri dan bahagian yang bangkit mempertahankan Ketua Pergerakan Wanita Umno itu?

Apakah Ketua Pergerakan Wanita Umno bukan sayap da sebuah entiti yang merupakan sebahagian dari Umno? Kenapa tak pertahankan Datuk Seri Shahrizat? Apakah ada usaha mahu menjatuhkan Datuk Seri Sahhrizat kerana ada orang lain yang nakkan jawatan itu?
Cara bertindak Pejabat Penerangan Umno dan Ibu Pejabat Umno kena berubah. Jangan mereka membesarkan perut Setiausaha Kerja Umno sahaja tetapi Umno tidak dipertahankan sewajarnya. Perut dia besar bukan bererti sokongan golongan muda kepada Umno semakin bertambah.
Silaplah kalau ada sesiapa yang memberi alasan perut Setiausaha Kerja Umno semakin besar sebab sokongan kepada Umno semakin besar.

Pilihan raya semakin hampir. Umno memerlukan ramai blogger yang boleh membantu menyampaikan mesej dan melawan hujah pembangkang.

Umno juga memerlukan penceramah yang hebat untuk memberi penerangan kepada rakyat tetapi Umno tidak memerlukan sesiapa menayangkan perut yang besar dan pakaian yang mahal serta kereta mewah untuk menarik minat golongan pengundi atas pagar menyokong Barisan Nasional (BN).

Sebagai Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak perlulah memikirkan semula perlantikannya ke atas Setiausaha Kerja Umno ini.
Cari seorang yang terpelajar dan boleh membuat kajian mengenai sikap dan bukan orang yang bercakap kasar, celupar dan perasan.
Apakah Datuk Seri Najib tidak mendengar sungutan ahli-ahli Umno terhadap Setiausaha Kerja ini?

Tiada ulasan: