Oleh Zamzuri Damanhuri
KEBELAKANGAN ini, memang ada ahli parti yang memilih jalan mengkritik parti secara terbuka. Ada juga yang bercakap di merata-rata tempat, memburukkan-burukkan pemimpin parti, seolah-olah mereka sahaja yang layak menjadi pemimpin, dan orang yang mereka kritik tidak layak.
Mengulas perkara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir tampil menegur mereka ini, dengan meminta mereka yang tidak menyukai parti disarankan meninggalkan segera parti itu daripada terus bersekongkol dengan pakatan pembangkang untuk memburukkan perjuangan parti.
Katanya, tidak ada gunanya golongan itu berada dalam Umno sekiranya mereka hanya mahu mengambil kesempatan mengeluarkan kenyataan menghina dan menghentam parti.
Dr. Zambry yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Perak berkata, sebagai parti yang menjunjung demokrasi, Umno tidak menghalang ahlinya membuat kritikan tetapi ia perlu dilakukan dengan saluran yang betul, bukan dengan menjatuhkan maruah parti.
Kata-kata Dr. Zambry ini tentulah ditujukan kepada seorang berdua bekas pemimpin Umno yang sekarang ini seperti orang hilang pembesar suara. Kalau dulu mereka sering dijemput berucap atas kapasitinya sebagai menteri dan sebagainya, tetapi bila semua ini hilang, mereka meroyan ke sana ke mari dan bercakap ikut sedap mulut.
Ada pula ahli parti, dia merasakan dia lebih pandai dari orang lain. Semua orang dikritiknya dan disebabkan dia terlalu banyak bercakap, akhirnya mulut dia lebih luas dari otaknya. Dengan otak yang sempit itulah dia mengukur semua hal dan semua benda berkaitan Umno dan kepimpinan.
Elok sangatlah Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengarahkan Jawatankuasa Disiplin Umno bergerak awal bagi melihat perkara-perkara sumbang yang dilakukan oleh ahli-ahli parti menjelang pilihan raya umum ke 13.
Kata Najib, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin akan bertanggungjawab terhadap Jawatankuasa Disiplin ini atas sifatnya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Umno.
Muhyiddin sepatutnya tidak perlu takut mengambil tindakan terhadap simulut lebar ini kerana parti tidak pernah untung memiliki mereka yang sempit otaknya dan luas mulutnya.
Yang peliknya, ada yang sudah bertindak meninggalkan Umno, tetapi masih mahu bercakap mengenai Umno dan masih mengkritik Umno seolah-olah dia boleh perbaiki Umno. Padahal, dia sendiri tidak mampu memperbaiki dirinya sendiri dan tidak mampu untuk merubah sikap dan perangai buruknya.
Baru-baru ini, ada beberapa blogger yang selama ini mengkritik Umno dan memburukkan-burukkan Umno bertindak menyertai parti pembangkang. Sejak mereka tahu menulis politik, tidaklah ada yang Umno buat baik, yang mereka nampak, kecuali tidak baik sahaja.
Alhamdulilah, mereka ini sedang berenang bersama-sama pembangkang sekarang dan mudah-mudahan mereka dapat melupakan terus Umno dari jiwa mereka kerana mereka sendiri sudah tidak memerlukan Umno lagi.
Kalaulah mereka boleh mengkritik pembangkang, seperti yang mereka pernah buat mengkritik Umno ketika berada di dalam Umno, alangkah baiknya! Malangnya, ketika duduk dalam Umno, mereka mengkritik Umno, tetapi bila mereka duduk dalam pembangkang, mereka terus mengkritik Umno.
Ini namanya kerja orang gila talak. Tak dapat bernikah dengan Umno, tengok bumbung pejabat Umno pun cukuplah. Dahsyat sebenarnya orang gila talak ni, barulah kita tahu. Dia tidak boleh pergi jauh dari Umno. Dia tidak boleh berkawan dengan kawan-kawan barunya dalam parti pembangkang. Dia masih berkeliaran di sekitar pejabat Umno dan dia masih mahu ditegur dan disapa oleh orang Umno.
Siang dan malam, saya sentiasa berdoa ke hadrat Allah, mudah-mudahan Allah tutup pintu hati mereka ini daripada kembali ke pangkuan Umno semula. Ini kerana manusia seperti ini akan menyebabkan Umno hilang sokongan jika mereka berpatah balik. Akan ada orang lain keluar Umno jika mereka ini masuk Umno semula.
Namun, Umno dan kepimpinannya cukup baik. Jika ada yang tersesat di hujung jalan, mereka yang ingin balik ke pangkal jalan akan diterima semula. Ada yang sudah dua kali keluar Umno pun masih diterima semula, kerana Umno ini memang baik.
Namun, kali ini, kalau boleh Umno “tutup teruslah” pintu buat mereka yang durjana ini. Umno bukan parti keluar masuk dan Umno bukan kedai runcit yang boleh kita masuk dan keluar ikut suka hati kita. Umno adalah sebuah aprti keramat. Mereka yang pernah menyertai Umno, kemudian keluar dan memaki parti ini, hidup mereka tidak akan selamat, percayalah.
Jasa Umno besar. Kalau bukan kerana jasa Umno, mana mungkin ada anak-anak Melayu miskin boleh jadi Menteri Besar? Baca sejarah Menteri Besar di Malaysia. Dulu-dulu, hanya anak bangsawan aje yang boleh jadi Menteri Besar tetapi sekarang anak orang miskin pun boleh jadi Menteri Besar.
Tepat sungguh seruan Dr Zambry kepada mereka yang tidak lagi menyukai Umno dan saya tambah, tidak lagi menyukai kepimpinan Umno, sama ada di peringkat tertinggi, iaitu Presiden dan Timbalan Presiden, di peringkat negeri, bahagian dan cawangan, keluarlah dari Umno.
Buat apa tunggu lagi. Umno tidak memerlukan pengkhianat seperti mereka ini. Mereka jangan perasanlah mereka lebih baik dari yang lain. Mereka jangan ingat mereka lebih pandai dari yang lain. Jangan iangat mereka lebih betul dari yang lain. Mereka ini layak digelar “gila talak”. Mereka patutnya tidak bersama-sama Umno lagi.
Para blogger juga begitu. Kalau mereka ahli Umno, tidak tahu jasa dan pengorbanan Umno, eloklah kalau mereka mengikut jejak abang-abang mereka yang tidak sedar diri, melompat ke parti pembangkang. Di sana, “kalau ada telor” cuba kritik parti baru mereka. Berani ke tak?
Jangan loyar buruklah! Kokok berderai-derai, ekor bergelumang......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan