Sabtu, 28 Januari 2012

Harakahdaily kata, Rosmah ganggu Najib untuk buat pilihan raya

Oleh Hassan Md Hussein (Sandakan)



KEYAKINAN saya bahawa isteri Perdana Menteri (PM) Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak, Datin Sri Rosmah Mansor tidak berbelanja besar di Sydney seperti dakwaan kolumnis sebuah akhbar Australia, ternyata benar.

Malangnya, ada penganalis politik menulis dalam Harakahdaily, yang tidak perlulah saya sebutkan namanya, menyebut bahawa tingkah laku Datin Sri Rosmah akan menyebabkan suaminya, Datuk Sri Mohd Najib terganggu untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya.

Kenapa ya, zaman ini, zaman selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari Umno dan kini memilih untuk bekerjasama dengan PAS dan DAP, penulis-penulis, termasuk penulis media pro pembangkang dan penulis di portal yang membenci kerajaan menulis seperti “orang bebas yang tidak ada batasan”?

Apakah apa yang mereka tulis, dalam bentuk fitnah dan dakwaan tidak benar tidak berdosa? Bagaimana kalau mereka yang pro pembangkang ini difitnah sebagaimana mereka memfitnah isteri Perdana Menteri?

Saya tertarik dengan kata-kata Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abd Samad, yang meminta peneroka FELDA membandingkan siapakah yang lebih banyak menyumbang kepada mereka. Adakah pembangkang atau kerajaan.

Begitu juga dengan penyokong-penyokong PAS, khususnya penulis dan pelukis kartun, apakah mereka dapat banyak bakti dan jasa dari pembangkang atau mereka selama ini dapat dari kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN)?

Penulis-penulis ini sebenarnya sudah kering modal untuk menyerang Perdana Menteri. Mereka sudah tidak ada peluru yang hendak mereka gunakan untuk menembak peribadi Datuk Sri Mohd Najib. Maka, mereka serang isteri Perdana menteri.

Begitu juga dengan isu NFC. Mereka sebenarnya tidak mempunyai cukup peluru untuk menyerang Datuk Seri Salleh Ismail, suami kepada Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, maka mereka serang isteri Salleh, untuk menjatuhkannya.

Siang malam mereka serang Shahrizat dan ada beberapa orang Umno yang termakan dengan serangan itu dan turut menyerang Shahrizat. Harapan mereka, penulis-penulis dan blogger ini, supaya pembangkang tidak sempat diserang oleh Umno.

Besar jasa blogger yang pro pembangkang ini kepada pembangkang. Mereka membantu pembangkang menyebarkan fitnah dan jika mereka disaman nanti, akan ada beberapa orang peguam yang sudah banyak duit, menawarkan diri menjadi peguam secara percuma kepada kumpulan ini.

Itu sebab saya tidak hairan diserang dengan pelbagai kecaman dari mereka yang baru berjinak-jinak dalam media baru, khususnya twitter dan facebook. Ini kerana saya mahu memberitahu mereka, cara mereka menulis dan memfitnah itu tidak betul dan tidak wajar diteruskan.

Mereka kata saya diupah. Ada yang mengatakan saya diternak seperti NFC menternak lembu. Saya tidak terasa apa-apa kerana saya tahu, jiwa blogger jenis ini sebenarnya sudah dibaluti dengan bangkai dan najis yang mereka dapat dari pemimpin-pemimpin pembangkang.

Pemimpin pembangkang memang pandai mereka-reka cerita. Mereka memang kaki fitnah. Mereka memang beranggapan memfitnah itu boleh, asalkan jangan menyokong Umno dan BN.
Kalau yang masuk PAS atau menyokong PAS, dosa mereka boleh diampunkan. Tetapi kalau orang yang tidak berdosa tetapi tidak menyokong PAS dan Pakatan Pembangkang, mereka akan dianggap sebagai berdosa.

Bukan senang mahu menarik balik mereka yang sudah tersesat ini. Malahan, selepas penafian pereka fesyen mengenai dakwaan Datin Sri Rosmah berbelanja besar, ada blogger yang terus menyerang dan memfitnah Datin Sri Rosmah, kerana ia tidak berdosa selagi ia masih menyokong pembangkang.

Malahan, pemimpin-pemimpin pembangkang pun tidak pernah menghalang fitnah dilakukan oleh penyokong-penyokongnya. Malahan, mungkin mereka menggalakannya.

Begitu juga isu NFC, walaupun sudah sah seperti yang dikatakan oleh Tan Sri Ambrin Buang, namun mereka tetap mahu menyerang Shahrizat dan mendesak supaya Shahrizat berhenti dari jawatannya sebagai menteri.

Malahan, Lim Kit Siang yang menjadi tokoh pujaan beberapa orang Melayu yang baru masuk DAP mendesak supaya ditubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menjalankan siasatan terhadap NFC. Yang peliknya, tidak pula mereka mendesak suruhanjaya yang sama ditubuhkan untuk menyiasat video seks yang melibatkan Ketua Pembangkang.

Orang-orang Melayu yang baru masuk DAP tidak mahu Suruhanjaya Siasatan DiRaja ditubuhkan jika ia ada kaitan dengan pembangkang tetapi jika ia ada kaitan dengan pemimpin Umno, maka idola orang Melayu yang baru masuk DAP ini akan tampil membuat desakan.

Untung DAP sekarang ini kerana mereka sudah mempunyai beberapa orang Melayu yang boleh diharapkan untuk menjadi perkakas dalam menghadapi PRU 13.

Tiga orang Melayu yang baru masuk DAP itu juga akan merasakan diri mereka juga untung kerana DAP memerlukan mereka dan mereka ada nilai lagi sebagai seorang pengundi. Dalam Umno mungkin mereka ini hanya “kupang tembaga”. Tidak boleh duigunakan walaupun ia “duit”.

Selalunya, “duit” ini bernilai tetapi bila tiga orang Melayu ini hanyalah “kupang tembaga”, maka mereka terpaksa mencari tempat baru.

Kesihan betul tiga orang Melayu ni. Dah beruban kepala mereka, tetapi tidak cerdik. Mungkin cerdik, tetapi tidak cukup cerdik. Mungkin mereka lupa pepatah Melayu yang berbunyi “jangan sedih jika kita tidak dihargai tetapi sedihlah jika kita sudah tidak berharga”.

Mungkin lutung dan beruk di hutan ketawa besar bila mereka tahu ada tiga orang Melayu yang baru masuk DAP. Cuma, kera dan lutung juga tentunya sedih kalau mereka tahu ada blogger yang terus memfitnah isteri Perdana Menteri kerana blogger ini ternyata orang Melayu yang beragama Islam tetapi tidak tahu dosa dan pahala.

Tiada ulasan: