Oleh Zamzuri Damanhuri
Pertama, mereka mungkin terkejut kerana mereka merasakan mereka pelru dirundingi (ketawa saya seorang diri) dan kedua, mereka merasakan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak perlu merujuk kepada mereka dahulu, sebelum satu-satu keputusan dibuat (sekali lagi saya ketawa seorang diri).
Satu masalah yang dialami para blogger dan blog ini ialah, mereka merasakan mereka juga boleh berfikir macam mana Perdana Menteri berfikir. Dalam masa yang sama, hujah-hujah tawar yang dikemukakan oleh para blogger dan blog ini dipercayai dan diyakini beberapa orang dari kalangan pemimpin Umno.
Maka, masing-masing meluahkan perasaan tidak puashati kenapa begitu mudah Nalla dilantik menjadi Senator dan kemungkinan juga selepas ini Nalla akan dilantik menjadi Menteri kabinet.
Umno menjadi tidak kuat kerana mempunyai ahli yang merasakan mereka setaraf dengan Perdana Menteri. Padahal, mereka tahu dalam Umno ada ramai ketua bahagian, ada ramai Ahli MT dan ada ramai ahli, tetapi Umno hanya mempunyai seorang Presiden.
Dalam kerajaan pula, ada orang yang merasakan dia mampu berfikir seperti Perdana Menteri berfikir dan bila Perdana Menteri membuat satu-satu keputusan, mereka mula tidak bersetuju sedangkan menjadi tanggungjawab Perdana Menteri untuk membuat sesuatu demi kepentingan negara, sedangkan para pencacai ini sebenarnya, perlu memikirkan bagaimana mampu membantu Perdana Menteri memperkuatkan kerajaan.
Umno pula, mereka yang menyibuk membuat komen tidak perlu ini, sepatutnya berterima kasih kepada Presidennya, Najib Tun Razak yang sudah meringankan beban penceramah Umno untuk menyerang dan mendedahkan siapa dia Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan kehadiran Nalla sebagai seorang Senator.
Di Malaysia, tiada siapa yang boleh mendakwa dirinya lebih tahu dari Nalla mengenai Anwar Ibrahim. Walaupun bukan bertujuan memburuk-burukkan Anwar tetapi, rakyat dan negara perlu diselamatkan dari Anwar. Maka, inilah peranan Nalla kini.
Para blogger dan blog yang selama ini pro kerajaan dan pro Umno, usahlah menyangka mereka boleh menyerang sesiapa sahaja kerana apa yang Perdana Menteri buat itu mestilah bersebab. Dan tidak perlulah Perdana Menteri merujuk kepada mereka kerana Perdana Menteri mempunyai sebab tersendiri mengapa Nalla perlu dilantik menjadi Senator.
Mereka yang tidak bersetuju dengan perlantikan ini, kena belajar satu perkara bahawa mereka bukan Perdana Menteri dan mereka bukan Presiden Umno. Mereka juga bukan Pengerusi Barisan Nasional (BN).
Kerja melantik Senator ini adalah kerja Perdana Menteri dan biarlah Perdana Menteri buat keputusan dan sokonglah tindakan itu. Apa salahnya menyokong kerana bukan semua yang blog dan blogger tahu, bukan semua Ketua Umno bahagian-bahagian perlu diberitahu, mengapa seseorang itu dilantik menjadi Senator.
Kalau mereka hendak menyerang, seranglah musuh Umno iaitu Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang dan Lim Guan Eng.
Nalla bukan musuh Umno dan Nalla telah membantu Umno dan BN ketika banyak pilihan raya kecil dan PRU 12 yang lalu.
Apa yang Nalla buat? Tentulah tidak semua blog dan blogger tahu. Begitu juga tidak semua ketua-ketua bahagian tahu. Nalla bekerja kuat dan lebih kuat dari sesetengah ketua-ketua bahagian yang hanya menjaga bahagian masing-masing sahaja.
Nalla pergi banyak tempat. Nalla mendedahkan kepada umum siapa Anwar Ibrahim, dari sudut sebenar dan menyebabkan Anwar tidak pernah mengertak Nalla untuk diambil tindakan mahkamah.
Siapa orang Umno yang mampu menentang pembohongan Anwar? Kini, BN mempunyai “kereta kebal”. Kereta kebal itu ialah Nalla.
Jadi, tindakan Perdana Menteri ini adalah tidak betul, tindakan bijak dan tindakan yang tidak perlu dipersoalkan. Biarlah Anwar Ibrahim menyerang perlantikan ini. Tidak usahlah orang-orang Umno dan para blog dan blogger yang selama ini mempertahankan Umno, tiba-tiba menjadi “alat secara tidak langsung” kepada parti pembangkang.
Umno akan selamat jika ahli dapat berfikir secara ahli. Umno akan selamat jika ketua bahagian dapat berfikir sebagai ketua bahagian. Negara akan selamat jika rakyat dapat berfikir sebagai rakyat dan negara ini akan lebih selamat jika Perdana Menteri dapat disokong dengan keputusan yang diambilnya kerana beliau tentulah sudah membuat penilaian dan siasatan sebelum sesuatu itu dibuat.
Para blogger, blog dan mereka yang menyerang perlantikan Nalla dah buat penyelidikan mengenai sumbangan Nalla kepada Barisan Nasional dan kepada negara ini? Mereka yang mengkritik perlantikan ini mampu melakukan pengorbanan yang Nalla lakukan?
Belajarlah menjadi rakyat, menjadi ahli parti dan menjadi rakyat yang tahu meletakkan sesuatu di tempatnya. Perdana Menteri akan lebih mudah menjalankan kerjanya jika tidak ramai yang merasakan mereka juga mampu berfikir seperti Perdana Menteri berfikir.
Dengan lain perkataan, cerminlah muka dahulu sebelum mengkritik kerana bukan semuanya kita tahu dan bukan semua yang Perdana Menteri tahu perlu diberitahu kepada kita dan kepada semua.
1 ulasan:
Falsafah kepimpinan Melayu:
DIHADAPAN MEMIMPIN ;
DITENGAH SOKONG / BANTU;
DIBAWAH IKUT.
(dipetik dari kata kata Dato Aziz Deraman)
Catat Ulasan