Oleh Hassan Md Hussein (Sandakan)
MEMBACA tulisan Saiful Malik Muda bertajuk Video Sek : Rahim Perlu Ambil Tindakan; menyebabkan saya terpannggil untuk mengulas dan menambah sedikit sebanyak padangan penulis itu.
Jika penulis itu merujuk tulisannya melalui surat tidak bertandatangan dari bekas Pegawai Polis bernama Mat Zin Ibrahim yang kononnya bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ingin saya tegaskan di sini bahawa pegawai penyiasat tidak berhak menggunakan perkataan “ada prima farcie” hasil siasatannya.
Pegawai polis, lebih-lebih lagi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, janganlah bertindak seolah-olah dia adalah pendakwa. Semua siasatannya mereka, itu pun kalau dia yang menyiasatnya, kenalah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk diteliti.
Dalam bahasa mudah, usahlah perasan, dialah pegawai penyiasat, dialah pendakwa dan dialah yang hendak jadi hakim.
Itulah sebabnya, saya amat-amat bersetuju dengan penulis Malik Saiful Muda, bahawa amatlah rugi jika PDRM mendapat seorang pegawai polis setengah masak, yang berlagak seperti dialah hebat segala-galanya, dialah yang tahu ada “prima facie” atau tidak dan dialah yang menjatuhkan hukuman, kononnya apa yang dia siasat itu benar dan betul.
Kalau awak kerja polis, kerja awak siasat sahajalah. Tak usahlah jadi penyiasat, jadi pendakwa dan jadi hamim sekaligus.
Usahlah berlagak macam dia lebih pandai dari bekas Peguam Negara, Allahyarham Moktar Abdullah. Awak hanya seorang pegawai polis dan dinaikkan pangkat atas ihsan pegawai atasan.
Kalau gaji awak tak cukup, mungkin kerana kalah judi, atau kerana menanggung anak yang ramai, atau kerana isteri kuat berbelanja atau kerana awak ada buat pelaburan dan tidak mendapat pulangan yang baik hingga bangrap, itu bukan salah Peguam Negara atau salah Tan Sri Gani Patail, tetapi salah diri kita sendiri.
Ramai lagi pegawia polis yang berpangkat seperti dia, SAC11 sebelum bersara. Ramai lagi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah seperti jawatan dia, sebelum dia bersara kerana tiap-tiap negeri ada KJSJ tetapi mereka ini bersara dengan tenang dan tidak sibuk menjadi penulis surat.
Percayalah, rezeki Tan Sri Musa Hassan menyebabkan dia berjaya menjadi Ketua Polis Negara walaupun sehari sebelum dia bersara, dia juga ada bersungut bahawa campurtangan politik menyebabkan dia tidak seronok selama dia menjadi IGP…tetapi Musa tidaklah menjadi “pengkhianat” dengan menuduh orang-orang tertentu termasuk menyebut nama individu yang kurang diminatinya.
Mat Zin ini mungkin berperut besar…sebab cara dia menulis surat ini menunjukkan orang yang “susah bernafas” kerana perutnya yang besar.
Tetapi saya mengharapkan pegawai-pegawai polis, tidak kiralah dia seorang yang berpangkat Inspektor atau ASP atau SAC 11 dan sebagai, bertindaklah sebagai seorang penjawat awam, bekerjalah dengan bidang kuasa sendiri sahaja dan tidak usahlah bertindak melebihi dari apa yang sepatutnya.
Saya sukalah mahu menasihatkan Mat Zin Ibrahim, kalau dia mempunyai kesihatan yang masih baik, kerana khabarnya dia pencen awal, jangan gunakan masa untuk buat maksiat tetapi beribadatlah.
Saya tidak kata Mat Zin seorang kaki maksiat. Saya tidak kata dia seorang kaki judi tetapi kalau dia sihat, seringlah ke masjid, belajar agama, redha atas ketentuan Allah dan belajarlah menjadi manusia yang beriman.
Tidak ada apa-apa faedah dia menyerang Tan Sri Gani Patail kerana tugas itu sudah dijalankan oleh ramai di kalangan pemimpin PKR. Usahlah menyerang Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik kerana tugas dia itu sudah dijalankan oleh ramai pemimpin PAS. Lagipun, jasa Tan Sri Rahim jauh lebih besar dari jasa yang ditinggalkan Mat Zin bekerja dengan PDRM.
Boleh sesiapa menafikan sumbangan Tan Sri Rahim membangunkan Melaka? Mat Zin Ibrahim sebagai bekas SAC11 dalam PDRM membangunkan apa? Apa jasanya yang menjadi ikutan anggota polis di bawahnya…berperut besar? Berjudi atau apa?
Kadang-kadang, bila membaca surat bekas SAC11 Mat Zin Ibrahim yang digunakan pula oleh anak Anwar Ibrahim untuk membuat laporan polis, saya terfikir mengapakah PKR tidak menjemput Mat Zin Ibrahim naik ke pentas berceramah membantu PKR dan mempertahankan Anwar Ibrahim.
Dia bencikan Rahim, Gani Patail dan Dr. Mahathir menyebabkan dia turut campurtangan dalam kes video seks ini dengan menulis surat dan membuat pelbagai andaian kononnya akan jadi macam ni, akan jadi macam tu, seolah-olah polis sekarang tidak berkeupayaan seperti ketika dia menjadi KJSJ.
Kesihan juga saya memikirkan nasib Mat Zin Ibrahim ini. Maklumlah, mungkin dia tidak ada kerja sekarang. Kalau adalah syarikat pegawal keselamatan memerlukan khidmat seorang bekas pegawai polis, tawarkanlah jawatan kepada Mat Zin Ibrahim ini. Kalau tidak, boleh sakit orang ini dibuatnya. Menulis surat dan menulis surat aje kerjanya.
Kalaulah betul dia yang menulis surat kepada IGP, Tan Sri Ismail Omar mengenai video seks ini, saya amat simpati dengan dia. Dia menuduh dengan kata-kata “Namun begitu kertas siasatan ini kelak akan diteliti dan diputuskan oleh Gani Patail, Peguam Negara. Di peringkat inilah dijangka akan berlaku, putar belit, manipulasi, penipuan dan pemalsuan apabila sedar akan cara mana Gani Patail dan Musa Hassan menangani penyiasatan kes-kes jenayah apabila melibatkan Anwar Ibrahim (Anwar) dan Rahim Tambi Chik (Rahim) dimasa lampau.”
Boleh tak kita fikirkan betapa “busuknya perut” penulis ini bila dia berprasangka begitu teruk terhadap seseorang yang dia tidak suka?
Jadi, saya bersetuju jika Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik mengambil tindakan terhadap semua pihak yang menyerangnya tanpa asas kerana isunya di sini bukan batang tubuh Tan Sri Rahim sebaliknya, kisah kesahihan video seks yang melibatkan seorang tokoh pembangkang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan