Oleh Ahmad Hj Ishak
AMATLAH malang bagi rakyat Malaysia, kerana selama ini, mereka yang terpesona dengan kahadiran seorang pakar kononnya dari Thailand, dengan pakaian yang rangi dan rambut berwarna warni (tak tahulah bulu ketiaknya diwarnakan atau tidak), rupa-rupanay salah seorang yang disiasat polis Thailand kerana mengada-adakan cerita mengenai kematian seorang jutawan.
Kalaulah dalam kes kematian Teoh Beng Hock, keluarga Teoh Beng Hock masih tidak sukakan cara kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja, memanglah patut mereka menyanjung Dr. Pornthip Rojanasunand kerana mungkin ada pihak yang “berminat” dengan kepakarannya seperti dalam kes kematian seorang jutawan di Thailand.
Rakyat Malaysia memang suka ditipu. Itulah sebabnya, apabila Ketua Polis Negara (IGP), Tan Sri Ismail Omar mengesahkan video seks yang didedahkan oleh Datuk Trio sebagai video tulen, maka ada bebelas orang yang memaki hamun IGP.
(Sila rujuk Malaysiakini – jika mereka tidak padamkan).
Masih ada rakyat Malaysia yang percaya kepada Dr. Pornthip dari mempercayai Tan Sri Ismail Omar.
Bagi mereka, Teoh Beng Hock tetap dicekik kerana kononnya ada tanda-tanda lebam dileher simati.
Rakyat Malaysia lupa kes penyiasatan Teoh Beng Hock itu disebabkan apa? Adakah SPRM saja-saja nak menyiasat mendiang? Kalau ada kes, kesnya itu bagaimana ya. Mahu dilupakan begitu sahaja atau menyiasat kematiannya lebih mustahak dari menyiasat sebab apa mendiang disiasat?
Begitu juga dengan cerita video seks. Cerita video seks yang dikatakan melibatkan seorang tokoh pembangkang mahu dilupakan tetapi mereka bertanya kenapa tidak ditangkap ketiga-tiga Datuk Trio ini kerana menyimpan dan mengedarkan video lucah?
Lucahkah video itu? Siapakah yang berlakon dalam video itu? Sudahkah dikenal pasti siapakah pelakonnya? Kalau sudah dikenal, tidak adakah tindakan untuk mendakwanya? Kalau mahu dakwa, apakah ada tunjuk perasaan di jalan raya kelak kononnya ini satu konspirasi?
Rakyat Malaysia kena membaca pendedahan dan pengakuan Datuk Nalakaruupan, bekas sahabat baik Anwar Ibrahim yang mahu menyelamatkan negara lebih dari menyelamatkan kawannya sendiri.
Tapi, biasalah. Tentu ada rakyat Malaysia akan mengatakan kenapa nak percaya dengan Datuk Nala sedangkan dia seorang bekas banduan? Tetapi, tiada siapa mahu bertanya kenapa dia dipenjarakan? Bukankah kerana dia mempertahankan Anwar sebagai seorang sahabatnya?
Datuk Trio diserang. Salah seorang dari Datuk Trio itu, bekas Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik yang berani tampil kerana mahukan kebenaran didedahkan.
Tampil pula seorang lelaki bernama Mat Zin Ibrahim, kononnya dia bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Kuala Lumpur yang menyerang keperibadian Tan Sri Gani Patail dan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, kerana mahu menyelamatkan Anwar Ibrahim.
Betullah seperti kata Datuk Nalla, Anwar akan menggunakan kepetahannya bercakap hingga apple boleh dikatakan oren.
Dan ada orang seperti Mat Zin Ibrahim ini mengaku bahawa apa yang Anwar kata itu, benar belaka.
Bayangkan, jutawan yang bunuh diri di Thailand menyebabkan adiknya dipenjarakan kerana Dr. Pornthip mengatakan dia dibunuh. Tetapi, akhirnya kebenaran dapat ditegakkan dan adik jutawan ini dibebaskan tetapi selepas “nasi menjadi bubur”.
Ya, ada rakyat Malaysia akan berguling-guling di jalanraya nanti kerana mempertahankan Dr. Pornthip. Ya, aka nada rakyat Malaysia nanti yang berguling-guling di atas jalan raya kerana mempertahankan hero filem porno yang Datuk Trio dedahkan. Ini kerana mereka tetap yakin apple itu adalah oren.
Tidak aka nada orang Malaysia yang sanggup berguling-guling di atas jalan raya kerana mempertahankan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik kerana “jasanya” yang membuatkan Lim Guan Eng masuk penjara.
Kerana, rakyat Malaysia yakin bahawa “apple akan menjadi oren” dan apple itu adalah oren.
Malanglah rakyat Malaysia kerana mereka lebih yakin dengan Dr. Pornthip dari pakar-pakar tempatan.
Malangnya, bila keluarga mereka memerlukan khidmat pakar, tidak pula mereka menjemput Dr. Pornthip ini merawat saudara mara mereka. Yang lebih pelik lagi, siapalah agaknya yang dapat mengesan “kepakaran” yang ada pada Dr. Pornthip hingga dia disiasat pihak polis Thailand dari ribuan pakar yang setanding dengan Dr. Pornthip dari Thailand.
Tentulah orang yang mencadangkan nama Dr. Pornthip ini dari kalangan mereka yang boleh mengatakan “apple itu adalah oren” juga, barangkali.
Jangan lupa, masih ada kes yang sedang SPRM siasat hingga menyebabkan Teoh Beng Hock berada di Plaza Masalam tempohari, Usah dilupakan begitu sahaja kes itu hanya kerana mahu membela kematian Teoh Beng Hock.
Jangan lupa, isu pelakon video lucah wajar diketahui lebih daripada siapa yang mendedahkannya kerana seperti permintaan banyak pihak, Karpal Singh sendiri pernah mengajak semua Ahli Parlimen menonton filem lucah yang melibatkan seorang pemimpin MIC suatu ketika dahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan